Wednesday, July 15, 2009

Kronologi Praktikum 1

Sedar tak sedar sudah minggu ketiga aku menjalani praktikum di Sekolah Taman Segar. Pengalaman makin bertambah bila tiap - tiap hari aku menghadap budak-budak khas ni. Sekarang, aku dalam proses mengenal dan menghafal nama mereka. Aku juga harus mendalami sifat dan kerenah mereka supaya senang aku tackle dalam kelas nanti.

Dan sungguh, walau aku sayang dan suka akan kanak-kanak ini, masih ada rase geram dan marah bila berhadapan dengan murid yang bermasalah tingkah laku. Kadang-kadang naik juga tangan aku untuk mencubit mereka. Maaf ya.

Ya, aku benci murid yang mengada-ngada. Dan kadang-kadang aku rasa, tidak wajar sama sekali aku nak marah mereka. Yelah, budak kecil . Apa yang mereka tahu?

"Irfan, sila jangan buat cikgu sakit hati,ye".

Dalam minggu ni, keadaan aku bertambah huru-hara bila murid hard core kembali bersekolah. Patutlah aku tak perasan akan muka murid itu. Lama dia bercuti rupanya. Si dia yang terencat akal agak teruk, membuatkan aku ingin mencuba untuk mengajarnya dengan lebih gigih.

Aku tumpukan banyak perhatian padanya, tapi aku hampa. Adam ketawa seorang diri, dan bila diajak belajar, dia membaling kertas dan ketawa ke arah ku. Air liurnya yang meleleh sepanjang masa membuatkan bau busuk menusuk ke dalam hidungku. Aku sabar, aku faham. Dalam hati diam-diam aku berdoa semoga Allah jauhkan aku dan keturunanku dari penyakit seperti kanak-kanak ini.

"Adam jangan risau. Cikgu cuba tolong Adam,ye".

bersambung lagi...

Ikhlas dari kepala ke lutut, neo si lampu neon.

31 Komen Bernas !:

PutraRocker on July 15, 2009 7:17 PM said...

sabar dan ikhlas,,jodoh itu rahsia TUHAN..hohoh

catz_mafia on July 15, 2009 7:23 PM said...

Neon,
Ko kena sabar byk2. Aku dulu pernah jadi GSTT Pendidikan Khas (bermasalah pembelajaran) di Putrajaya.. macam-macam kerenah. Yang pakai pampers, yang lari dari sekolah, yang menggatal.. semuanya ada..

Alhamdulillah, aku dapat mengajar seorang murid ni sampai dia boleh membaca.. terasa juga bangganya..

Luth Textile on July 15, 2009 7:23 PM said...

aiseh, sabar je nurul..
pengalaman semua itu..

anonymous on July 15, 2009 7:36 PM said...

baikla hati ko ni neon..

byak2 kan bersabar..

mgkin saatu hari nanti aku blh berganding tenaga

dengan ko.. kita pakat2 cuba brainwash bdak2 ni..

okay tak?

ciK LyndaWawa igUana on July 15, 2009 7:51 PM said...

semoga berjaya membimbing kanak2 istimewa....kanak2 itu anugerah.....

ALiE on July 15, 2009 7:59 PM said...

selamat berjaya..
sabarlah menempuh cabaran mendidik mereka...
banyak pahala kita ajar budak2 khas ni...

all da best!!

azizan4444 on July 15, 2009 8:16 PM said...

cikgu xley benci anak murid..kena trima seadanya.tugas seorang guru adalh mendidik masyarakat supaya menjadi org yang berguna..

Chekgu BaniHassim on July 15, 2009 8:45 PM said...

budak2 cemni, kekerasan kdg2 bukan caranya...
cara yg berhemah dan berhikmah pun boleh menjadi...

bersabarlahh..
dan belajarlah...

ZARA 札拉 on July 15, 2009 9:16 PM said...

wah!!

mulainya cikgu neo!!

aku suka kamu!!

thejijie♥ on July 15, 2009 9:51 PM said...

ada samnbungan la plkssss

Bapak on July 15, 2009 10:11 PM said...

Neon,

Sabar. itu salah satu asas tuk jadi guru. Bapak percaya ko akan hargai pengalaman ni apabila karier ko dah berkembang kelak..

Bapak on July 15, 2009 10:13 PM said...

Neon,

Sabar. itu salah satu asas tuk jadi guru. Bapak percaya ko akan hargai pengalaman ni apabila karier ko dah berkembang kelak..

FiFiNeNi on July 15, 2009 10:37 PM said...

respect la kat akak ni..hehe..

fq on July 15, 2009 11:26 PM said...

wahhhhh...
bgusnye cikgu neo ni....
neo...
ap kta bg adress blog ni kat stdnt2....
br bes...
heheheheheh

@deyLL@ on July 15, 2009 11:53 PM said...

mencabarnya karier kamu..!harap2 dapat survive.pahala dapat tu tak terkira..hehe!all the best.ganbatte!

meo188 on July 16, 2009 12:13 AM said...

kronologi percintaan neo... bile lg?

Kojack de Alloohaa on July 16, 2009 12:30 AM said...

sbar2..bdak2 2 nk bermanja la2..hehehe

ateeka amer on July 16, 2009 9:49 AM said...

respek giler aku kat kau.

salute (:

kalau aku, sure tak tahan.

CINTAMANISZ Lite on July 16, 2009 10:30 AM said...

Akak berbangga ngan Neorul kerana menjadi belia yg tak gentar berusaha utk memajukan kanak2 istimewa sebegini.

aku..ibnmasir on July 16, 2009 11:56 AM said...

bagus cikgu.. cabaran n pengalaman mengajar kta...kalo ak mayb x thn, huhu..

cham's on July 16, 2009 12:01 PM said...

takde sape yg sempurna...semua yg berlaku "bersebab" dan kerananya juga kita ada di situ. adakala mereka yg berakal lebih bangang di luar sedar menggunakan akal sendiri. so, apa bezanya mereka??? btul tak? tak kurang dan tak lebih kecuali mampu merenung diri yg juga "sel hidup" utk terus menjadi sempurna.

Mohd Ahmad Ferk on July 16, 2009 2:23 PM said...

isk!
sabar neo..
banyak pahala ko ajar budak² camtu..
alhamdulillah..

cik nana~ on July 16, 2009 2:54 PM said...

neon, sabar ek... ko boleh punye la.
banyak pahala tu weh...

KhairiL's on July 17, 2009 8:45 AM said...

sabar je neo

leafareesya on July 17, 2009 11:53 AM said...

haha. biasa la anak-anak kecil.
nakal nye memang tinggi. sabar ye =)

LALA on July 18, 2009 2:22 PM said...

good luck!!!semoga anda tabah menghadapi anak2 pendidikan khas...

d|n on July 21, 2009 7:21 PM said...

cikgu ke??hehe
xpe2..ak sapot ko..jgn riso..

ReiKo ---(@ JezzeBelle on July 21, 2009 10:48 PM said...

bebudak khas kat skola aku mmg cambest!!!!!
tp skank aku nengah demam panas dan cakit pale BUKAN krana bebudak khas, TAPI CIKGU2 P.KHAS KAT TEMPAT AKU TUUUU... aiseyyyyyyyyyyyyyy
T_T

dORANG Cikgu khas yang memang 'KHAS'!!(KUAT SOKSEK)

Fakhrur Razi on August 1, 2009 4:24 PM said...

best2~
sambungannyer??
xD

░♥si lampu neon♥░ on August 5, 2009 3:34 PM said...

heheh..sambungannye? tungguu...=)

+dat!n iLLiani ariFFin+ on August 9, 2009 11:26 PM said...

lambat la..cepat la..nak tau!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Katering, Kanopi & Fotografi!

Pakej Katering, Kanopi dan Fotografi Paling Murah dan Berpatutan di Malaysia !! Sila hubungi TUAN HAJI ZAKARIA BIN JAAFAR Email: hajizakaria@yahoo.com 019-3766261
 

Designed by Alieff Artwork