Monday, August 31, 2009

Dajjal Pendusta Pembinasa Umat Islam (Ya Allah Selamatkanlah Kami)

Bismillahirrohmanirrahim. Semoga apa yang aku sampaikan dapat dimanfaat oleh semua. Dan jika aku salah, silalah tegur. Please spend your 10 minutes to read this entry.

2 minggu aku baca tentang dajjal . Now it comes into my dream lately. Gosh..

Hendaklah kita percaya bahawa kiamat itu pasti berlaku. Sebelum kiamat tiba, dunia akan didatangi oleh Al- Dajjal iaitu penyamar atau pendusta yang akan muncul dari muka bumi untuk menyesatkan umat Islam.

Persiapkanlah diri kita dengan iman, dan taqwa. Dajjal atau lebih dikenali sebagai Antichrists akan keluar apabila di hujung zaman nanti. Sila baca entri ini, berkongsilah idea, dan berilah pendapat yang bermanfaat. Semoga kita sama-sama dapat sesuatu yang berguna melalui entri ini.

Mengikut kiraan para ulama, ianya mungkin terjadi pada tahun 2012. 2012, iaitu lebih kurang 3 tahun dari sekarang. Sesungguhnya Dajjal amat susah dipatahkan sehingga Imam Mahdi turun membantu kita. Perkara yang pasti terjadi kelak ialah : ...



  1. Dunia didatangi Dajjal yang akan menyesatkan manusia, umat Islam.
  2. Dajjal akan memerintah bumi selama 40 hari.


    1 hari = 1 tahun
    1 hari = 1 bulan
    1 hari = 1 minggu
    37 hari berikutnya = Hari –hari biasa
  3. Dajjal akan mengaku diri sebagai Tuhan dan mengumpul pengikut2 nya.
  4. Dajjal akan bertanya, “Kau mahu syurga atau neraka, jika kau pilih syurga, kau akan dapat sebaliknya”
  5. Dajjal akan mengelilingi seluruh pelusuk bumi, dan tidak akan berganjak dari satu daerah melainkan telah menetap selama 40 malam di daerah itu.
  6. Dajjal akan menaiki keldai, dan kelajuan Dajjal adalah seperti hujan badai , seperti angin ditiup kencang


Dalam pelbagai sumber yang telah aku godek, Dajjal tidak disebut di dalam Alquran, tetapi banyak disebut di dalam hadith – hadith oleh rasul, dan para ulama kita yang terdahulu.


Mengikut hadith, sebelum Aldajjal yang sebenar keluar, akan terdapat 30 dajal – dajal kecil yang akan muncul demi menyesatkan manusia. Dajjal akan mengaku dirinya nabi, penyuluh ke jalan yang benar. Kalau kita lihat balik, ramai juga di kalangan manusia yang telah mengaku sebagai Tuhan, rasul, nabi, dan sebagainya. Contoh yang paling kuat diingatan aku ialah : Ayah Pin, dan Sai Baba (Korang even boleh fikir sendiri orang mane yang dah banyak mengaku diri dia berkuasa)


Dalam bacaan yang telah aku buat, aku dapat rasakan bahawa Al-Dajjal itu sudah dekat benar dengan kita. Cuma kita alpa...


Mengikut teori aku , [ Bapa (rosak) + Ibu (rosak) = Al Dajjal (binasa) ]
Lihat serba sedikit tentang kewujudan dan asal usul Aldajal yang pasti wujud nanti ialah :

Bapa Dajjal : Seorang yang tinggi, daging di badan tidak teratur, hidung panjang seperti paruh burung.

Ibu Dajjal : Seorang yang berbadan besar, tanganya panjang, dan teteknya besar.

Kelahiran : Selama 30 tahun tidak dikurniakan anak, akhirnya dikurniakan anak lelaki yang bermata satu, perangai buruk, jika tidur mata akan turut tidur, tetapi hatinya tidak.

Dajjal (seperti yang aku lukis) – dan Rasulullah telah bersabda ;

  • Mata kananya buta, seperti anggur busuk. (diriwayatkan oleh , Ibnu Umar)
  • Rambutnya kerinting. (diriwayatkan oleh ,Nawwas bin sam’an)
  • Lelaki pendek, berjalan seperti kengkang orang berkhatan (diriwayatkan oleh ,Ubadah bin Shamit)
  • Leher yang luas dan badan yang bongkok (diriwayatkan oleh ,Abu Hurairah)
  • Memilik syurga dan neraka.Syurga adalah neraka, dan Neraka adalah Syurga bagi Dajjal (diriwayatkan oleh ,Huzaifah)
  • Diantara mata ada tertulis Ka Fa Ra - KAFIR,dimana semua muslim dapat membacanya (diriwayatkan oleh , Hudzaifah)
  • Para Nabi memperingatkan tentang FITNAH DAJJAL. Diingatkan bahawa Dajjal itu berbadan besar dan pendusta.(diriwayatkan oleh , HR.Bukhari)
  • Dajjal lebih besar dari Nabi Adam A.S.(diriwayatkan oleh, Imran bin Husain)
  • Tidak mempunyai keturunan. (diriwayatkan oleh , Abu sa’id al khudry)
  • Akan muncul di belah timur bertempat di khurasan (diriwayatkan oleh, Abu Bakar Ash Siddiq)
  • Dajjal keluar dari daerah Yahudi, bersamanya 70,000 orang Yahudi (diriwayatkan oleh, Annas bin Malik)
  • Dajjal tidak dapat masuk Makkah dan Madinah kerana Allah telah mengharamkannya, tetapi Dajjal akan mengelilingi dunia.
  • Dajjal akan berkata
“…maka aku akan keluar dan mengelilingi dunia.tidak ada satupun Daerah kecuali aku masuki dalam waktu 40 malam,kecuali Makkah dan Thayibah karena keduanya diharamkan atasku. Setiap aku akan memasuki salah satunya, maka akau di halangi oleh malaikat-malaikat yang ditangan-tangan mereka tergenggam pedang-pedang yang terhunus menghalauku dari keduanya…”(diriwayatkan oleh, Fatimah binti Qais)
  • Peringatan Rasulullah doa berlindung dari Dajjal :
اللهمإني أعو ذبك من عذاب جحنم ومن عذاب القبر ومن فتنة المحيا والممات ومن فتنة المسيح الدجال

Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepada-MU dari adzab neraka Jahannam,dari azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian dan dari kejahatan fitnah al masih ad-Dajjal



Aku harap, daripada masa yang korang ada, sila luangkan masa 10 minit korang untuk video ini. Aku harap korang lihat, dan fahami. Kebenaran yang kita cuma ada sedikit shaja masa lagi ... sebelum hari kiamat tiba ... subhanallah ...




p/s : Ianya sedang berlaku... sumber - Dajjal 1, Dajjal 2, Dajjal 3,Dajjal 4
Ikhlas dari kepala ke lutut, neo si lampu neon.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed by Alieff Artwork