Thursday, September 17, 2009

Susah Sgt Nak Cari Mr/Mrs Right!!


"we are perfect couple,dear..."

Susah sgt nak cari Mrs/Mr Right kan?Berpijaklah di bumi yang nyata bahawa tiada manusia sempurna...Aku faham yang setiap orang impikan pasangan yang perfect dan takde orang yang nak pasangannya tu cacat ke, bodoh atau bingai.Tapi sedarkah kita bahawa kita ini terlampau memilih!Bagi aku istilah "perfect couple" tu mengarut.

Contohnya...

  • Fizikal – Sebuk taknak cari yang gemuk gedempol. Sebuk tak nak cari yang kurus keding. Nak jugak cari body yang mantap² macam Angelina Jolie atau Fahrin Ahmad.
  • Pendidikan – Sebuk mencari orang yang bertitle “doctor”, ”lawyer”, “lecturer”, “professor”. Setakat orang yang lepas SPM takde diploma dan degree memang takkan pandang. Apetah lagi orang² yang jual bunga kat tepi jalan.
  • Paras rupa – Sebuk nak cari muka² yang macam model. Bersih, takde jerawat, tak berminyak, kulit putih, gebu, licin. Kalau muka menggerutu memang cancel awal².
  • Berharta – Sebuk mencari calon² yang berduit macam anak dato, anak menteri, anak raja. Paling tak pun mesti cari yang bergaji besar. Setakat gaji SPM, boleh blah.
  • Alim Ulama – Sebuk cari calon yang macam ustad², baik, alim alim kucing, tahfiz, or imam.


Situasi² biasa...

Aku suka Fahrin Ahmad sebab dia berduit…ish tapi dia tak hensem la…

Aku suka Angelina Jolie sebab dia comel…ish tapi dia SPM pun takde, bingai plak tu…

Aku suka Brad Pitt sebab dia bijak, pandai…ish tapi dia takde ciri² ustad yang aku nak…

Aku suka Paris Hilton sebab body dia mantap…ish tapi kulit dia menggerutu pulak…

Aku suka Dodi AlFayed sebab dia hensem…ish tapi dia kerja kilang jer…

Kalau semua insan² kat dunia ni kita dah reject, sampai bila² lah kita takkan temui pasangan kita tu...sebab dalam dunia ni takde siapa yang sempurna sayang.


Ikhlas dari kepala ke lutut, neo si lampu neon.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Katering, Kanopi & Fotografi!

Pakej Katering, Kanopi dan Fotografi Paling Murah dan Berpatutan di Malaysia !! Sila hubungi TUAN HAJI ZAKARIA BIN JAAFAR Email: hajizakaria@yahoo.com 019-3766261
 

Designed by Alieff Artwork