Wednesday, December 16, 2009

Tak Perlu Denda Murid, Gunakan Kepakaran Psiko Mental Murid Je


Dulu masa kita sekolah, mesti selalu kena denda kan? Terutama sekali bagi yang nakal macam aku. Bercakap mengenai denda, jika dibandingkan zaman dahulu dengan zaman modern, pasti gaya denda jauh berbeza. Dendaan selalunya bergantung kepada jantina murid juga. Selalunya murid perempuan akan diberi dendaan yang ringan-ringan sedikit berbanding murid lelaki yang dikenakan denda teruk-teruk. Nasib baik aku perempuan, jadi tak pernah kena cubit di tetek.

Desas-desus orang berkata bahawa guru tidak reti mendidik murid dan akibatnya, murid didenda teruk. Tidak kurang juga ada yang menganggap bahawa guru tidak tahu mengawal emosi ketika mengajar.Benar, emosi yang tidak stabil boleh membawa kepada kemarahan sekaligus niat mendenda murid-murid. Tak salah rasanya jika denda yang diberi itu membawa kepada perubahan positif, tetapi jika sebaliknya , guru pasti terima padahnya. Guru - guru yang tengah gaduh dengan boyfriend ke, tengah putus tunang ke, tengah rindu dekat awek ke, janganlah terbawa-bawa emosi dalam kelas ye. Mengajarlah dengan penuh sabar.

Zaman aku sekolah dulu, murid-murid yang bermasalah disiplin dibariskan dekat atas pentas masa perhimpunan. Dengan gagahnya guru displin datang membawa rotan setebal 2 inci dan memberi libasan mantap ke atas bontot murid-murid yang mungil itu. Ada sekali tu, cikgu displin aku tak dapat kawal emosi sampai menampar muka pelajar sampai berbirat-birat. Lepas kejadian tu, cikgu tu kena buang sekolah. Terima padah sendiri.

Rasanya tak perlulah beri denda yang berat-berat. Guru zaman sekarang ni dah banyak diberi ilmu psikologi untuk digunapakai di sekolah. Rotan,penerajang,penampar,penumbuk dan flying kick bukanlah cara terbaik untuk membuang tingkahlaku negatif murid. Cuma perlu guna kaedah psiko mental murid supaya murid tak buat hal dalam kelas pun dah cukup. Tak payah pening-pening kepala lagi. Kita buat murid jadi gila dulu, sebelum dia buat kita jadi gila. Ok tak idea aku? Hurm. Tak tak. Salah.


 Denda salah, tak denda salah. Beza dendaan zaman dulu dan sekarang ;)

 Dendaan oleh guru zaman dahulu :
  • kena rotan
  • kena cuci toilet
  • kena koyak buku
  • kena diri atas kerusi
  • kena ketuk ketampi
  • kena duduk luar kelas
  • kena cubit dekat tetek
  • kena buang buku kat luar
  • kena lari padang sekolah
  • tulis seribu kali dekat buku
  • kena cabut lovegrass kat padang
  • kena ketuk dengan pembaris kat tulang jari
  • kena melekat dekat pagar berjemur tengah panas
  • kena cubit sampai lebam sebab pakai nametag orang lain
  • kena berbaris kat pagar sekolah dan berjemur tengah panas
    Dendaan oleh guru zaman modern :
    • Waktu rehat dipendekkan
    • Tambah markah dimerit
    • Turunkan ke kelas bawah
    • Buat homework bertimbun-timbun
    • Bagi surat waran tangkap,eh surat amaran
    • Stayback lepas sekolah untuk masuk kelas tambahan
    • Bagi hadiah kat semua murid kecuali murid yang buat hal
    • Buat commnunity service, bersihkan halaman sekolah sebelum masuk kelas


    P/s : Mesti korang ada pengalaman sendiri bukan? Meh la cite kat aku. Hehe. Mana korang suka, denda zaman dulu ke, zaman modern?

    18 Komen Bernas !:

    noor afzan on December 16, 2009 10:26 AM said...

    benar sekali...=)
    dulu kena libas kat tangan..

    pastu x de dah..
    jadi baik..=)
    past unakal balik..
    cikgu bagi kaunseling je..=)

    Si budak Aboi on December 16, 2009 10:40 AM said...

    adakah anda seorg cikgu?

    p.i.n.a.t. on December 16, 2009 12:00 PM said...

    dulu masa skolah rndh,salu kna libas kt kaki time klas sains.
    cekgu tu sgt suke melibas ank2 murid die..

    skolah mngh,
    time sjrh satu klas kna bediri ats kusi..
    kna libas kt tgn time est sbb ponteng klas..
    ahaha..

    CikguYiee on December 16, 2009 12:58 PM said...

    Ramai yang boleh jadi cikgu...
    Sedikit yang boleh jadi pendidik..

    intanurulfateha (◡‿◡✿) on December 16, 2009 1:05 PM said...

    .err pnh skali tu tym geog, cikgu samad nk pukul tgn pakai rotan sbb failed test
    .tp i rse i lulus
    .then bile recheck, ade salah tanda
    .tym tu, cikgu samad soh kiteorg yg tanda, dia bg jawapan
    .then die ckp kat i "alaa ko lulus ke intan? baru ingt dpt peluang pukul anak polis"
    .haha siut gile~
    .muke baek cmni, mesti la semua test pen biru, mne de pen merah ;)

    alie on December 16, 2009 1:33 PM said...

    tecer suh sekelas kuar berjalan itik keliling bangunan sekolah..
    sakit weii terkangkang2..

    ~sampai hari ni geram kt tecer tu..
    ha3~

    Khairi on December 16, 2009 2:28 PM said...

    dulu selalu paling benci kalau kena tarik side burn, pedih gile.

    KayZ on December 16, 2009 2:28 PM said...

    bercakap psl denda, teringat aku time skolah dulu. sbb malas buat keje rumah yg cikgu BI bg, aku kene pukul kat tangan dgn pembaris kayu warna kuning berkali2. berbirat dan merah tapak tangan aku. dan aku pun menangisdlm kelas. masa tu aku darjah 2 klau tak silap aku.

    tu la. sape soh xnk wat keje skolah kan. padan muke aku.

    skrg nie klau cikgu buat cmtu, bukan takat kene buang skolah. silap2 leh kene saman skali. bila pk2 balik psl nie, aku tergelak. anak murid yg buat hal, cikgu yg kene buang skolah. pelik2.

    btul kata si lampu neon. kene gune psikologi untuk mendidik murid2 skrg. sbb murid2 skrg nie sungguh manja. sbb apa? sbb mereka telah dimanjakan.

    ...
    pendapat aku bukan takat nie jer, nt aku sambung lg.
    ...

    Lifesaver on December 16, 2009 4:15 PM said...

    budak skrg tak dgr kata dah.

    Tedrichie on December 16, 2009 5:22 PM said...

    bro... yg penting kan kte knal anak murid kte tu... bru power... denda2 ni watpe... dlu kte kne dende pown, jd benci kt cikgu tu

    enyheartsdiamond on December 16, 2009 5:58 PM said...

    eny pnh kena buat kerja bertimbun..tp x siap dan x submit pon..

    gertak je tu ;))

    et on December 16, 2009 6:40 PM said...

    pernah kne rotan dlu2..mase skola rendah laaa..skola menengah pandai elak..cekgu nk cubit je, dah elak cam power..nk kne lg, elak lg..last2 cikgu give up..malas nak layan..hahaha~~ ^^

    ░♥si lampu neon♥░ on December 16, 2009 6:58 PM said...

    @noor afzan
    kalau kena kaunseling selalu bosan gak kan? huhu

    sophie on December 16, 2009 7:30 PM said...

    lu2 slaloo kne rotan kat tngan..daa besr ny tade laa..yup,sophie rase btter cikgu psiko murid je..tp mesty pndei la psiko..hehehe

    Budak Kuning on December 16, 2009 8:39 PM said...

    member akoo penah kene baling dgn kasut oleh cikgu sampai bengkak matanya lalu masuk dlm paper..namun paling best bile cikgu disiplin starlight atas dahi aku pakai jari tengah, masa tu aku rasa best ajek nk tendang balik cikgu turrr..huahuahua

    ░♥si lampu neon♥░ on December 16, 2009 10:14 PM said...

    @Si budak Aboi
    hehehe, ye kot ;)

    @p.i.n.a.t.cikgu tu suka betul main libas2 ek hahaha kecian..

    ░♥si lampu neon♥░ on December 16, 2009 10:17 PM said...

    @Budak Kuning
    apesal cikgu ko ganas giler BK? hurmmm pakai jari tengah? siot giler

    ░♥si lampu neon♥░ on December 16, 2009 10:19 PM said...

    @sophie
    kadang2 ade gak cikgu yang tak belajar ilmu psikologi kanak2..so tu yang menjadi2 kes denda berat2 tuu kesian..

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Katering, Kanopi & Fotografi!

    Pakej Katering, Kanopi dan Fotografi Paling Murah dan Berpatutan di Malaysia !! Sila hubungi TUAN HAJI ZAKARIA BIN JAAFAR Email: hajizakaria@yahoo.com 019-3766261
     

    Designed by Alieff Artwork