"Kalau perempuan tu cun macamana pun kalau hati tak bersih, muka tetap huduh.Ada beberapa sebab aku tak pandang tinggi terhadap orang budget cun ni."
10 perkara tentang orang budget cun.
1. Bersukan.
Kalau time sukan, bila suruh lompat dia lompat macam hamster. Bila suruh baling bola, dia baling macam baling kapas. Bila suruh lari satu padang, dia lari macam orang tak cukup makan. Sambil - sambil bersukan tu muka nak cover sengih - sengih macam kerang busuk. Kebanyakan orang yang budget cun ni, selalunya jarang terlibat dengan aktiviti sukan. Tak tahu lah apa yang nak cover sgt. Meluat aku.
2. Presentation.
Kalau time berborak dengan geng - geng cun, suara macam jantan. Bila sampai time presentation, suara macam semut. Tak dengar langsung. Cakap lebih kurang merapu, lepas tu gelak atas kesilapan sendiri masa presentation. Apa yang dia cuba tunjuk? Aku tak paham.
3. Perasan.
Wah, kalau orang puji dia sekali. Tak tahan tengok muka dia cover bangga. Kalau orang kutuk dia sekali, mengamuk macam gila pulak. Kalau orang normal macam aku, orang puji rasa biasa bila orang kutuk rase best pulak. Aku pelik!
4. Tempat makan.
Rata - rata , tapi bukan semua. Memilih tempat makan. Makan dekat kedai - kedai tepi longkang , kedai mamak, warung memang bukan taste orang budget cun ni. Alasannya makanan tak sedap, tempat takde air-cond dan kotor. Kalau nak tau taste diorang macam mana, ha..pergila kat coffe bean, white coffee, delicious . Bukan aku cakap aku tak pergi tempat macam tu, sekurang - kurangnya aku jenis tak memilih. Nak makan sedap, pergi tempat sedap.Nak makan ala biasa, pergi warung je.
5. Pakaian.
Nak trendy je. Yang penting pakaian dia tak boleh sama dengan orang lain. Nanti malu. Agaknya kalau sama dengan orang lain, maun dia balik rumah tukar dulu baru puas hati. Tapi rata - rata memang baju orang budget cun ni branded la. Baju bundle or pasar malam tak pandang ok?
6. Shopping Mall
Wah. Tak pandang la petaling street, central market, or kotaraya. Takde class ok? Dah tentu asyik pergi Pavilion, KLCC, The Curve. Harga barang so unreasonable. Tapi selalunya orang jakun je yang asyik pergi shopping mall lepas tu heboh - heboh kat orang ramai. Kelakar kan?
7. Ngorat
Kalau kena ngorat, mak aii kau tak boleh bayangkan muka orang budget cun ni macam mana. Mau buat aku tergelak je. Kena ngorat tu buat bodoh je dah la, ni tak, terpancar dekat muka bangga orang ngorat dia, lepas tu senyum sendiri lepas kena ngorat. Dalam hati cakap " Tau la aku cun, tapi sorry aku tak layan muka pecah macam korang " Wah geli!
8. Memilih.
BF. Kesian jugak kalau BF orang budget cun ni tak kaya. Nak tunaikan hasrat orang budget cun ni punya pasal, si BF terpaksa fork out a lot of money untuk beli barang - barang mahal untuk orang budget cun ni. Memilih sangat, kalau BF tu tak handsome, dan berduit , sorry you boleh blah.
9. Make up
Bersiap lambat. Concealer menebal. Agaknya 10 lapisan kat muka semata - mata nak tutup jerawat je. Itu belum pakai maskara, eye liner, dan yang lain- lain. Dah siap make up nak touch up kening pulak. Cabut - cabut kening yang konon bersepah tu. Ape ni??
10. Duit
Sanggup diet, tahan makan, telan air liur tengok orang makan sedap - sedap untuk simpam duit semata - mata nak beli barang make up, dan baju mahal - mahal. Sungguh pelik!
"Kesimpulannya, post ini ada kaitan dengan yang hidup, tiada kaitan dengan yang mati. Sapa makan cili, check kat gigi takut terselit!!"
Random thoughts
1. Busy pergi balik HUKM jenguk atuk. Alhamdullilah atuk dah keluar ward. Tapimasih tak berapa sihat.
2. Busy menjadi pegawai sukan untuk KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN.
3. Busy dengan aktiviti niaga yang selalu sangat SHORT!
4. Busy dengan masalah PERSONAL.
5. Busy dengan assignment juga.
Bebelan hari ni : Takde sapa culik aku okay? =P







