Kronologi Praktikum 1

Sedar tak sedar sudah minggu ketiga aku menjalani praktikum di Sekolah Taman Segar. Pengalaman makin bertambah bila tiap - tiap hari aku menghadap budak-budak khas ni. Sekarang, aku dalam proses mengenal dan menghafal nama mereka. Aku juga harus mendalami sifat dan kerenah mereka supaya senang aku tackle dalam kelas nanti.

Dan sungguh, walau aku sayang dan suka akan kanak-kanak ini, masih ada rase geram dan marah bila berhadapan dengan murid yang bermasalah tingkah laku. Kadang-kadang naik juga tangan aku untuk mencubit mereka. Maaf ya.

Ya, aku benci murid yang mengada-ngada. Dan kadang-kadang aku rasa, tidak wajar sama sekali aku nak marah mereka. Yelah, budak kecil . Apa yang mereka tahu?

"Irfan, sila jangan buat cikgu sakit hati,ye".

Dalam minggu ni, keadaan aku bertambah huru-hara bila murid hard core kembali bersekolah. Patutlah aku tak perasan akan muka murid itu. Lama dia bercuti rupanya. Si dia yang terencat akal agak teruk, membuatkan aku ingin mencuba untuk mengajarnya dengan lebih gigih.

Aku tumpukan banyak perhatian padanya, tapi aku hampa. Adam ketawa seorang diri, dan bila diajak belajar, dia membaling kertas dan ketawa ke arah ku. Air liurnya yang meleleh sepanjang masa membuatkan bau busuk menusuk ke dalam hidungku. Aku sabar, aku faham. Dalam hati diam-diam aku berdoa semoga Allah jauhkan aku dan keturunanku dari penyakit seperti kanak-kanak ini.

"Adam jangan risau. Cikgu cuba tolong Adam,ye".

bersambung lagi...

Ikhlas dari kepala ke lutut, neo si lampu neon.

Read more

Ini adalah Fear Factor![Do You Have The Guts?]

Akulah Guru Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

Ini Ain dan Sian Mun, Ain hyper, Sian Mun bijak tapi slow.

Aku tau korang sure geli dan tidak biasa bila tengok budak hingus meleleh, budak sawan babi, budak belajar sambil air liur penuh atas meja, budak membogelkan diri dalam kelas, budak meraba dan mencium guru, budak kencing terberak dalam kelas, dan ada juga budak melancap dalam kelas. Heh, bagi aku perkara itu perkara biasa. Amacam special tak jadi seorang cikgu pendidikan khas ni?


Sekarang ni, I want to revealed..Why do I love to teach special kids?

Ini Wei Lun dan Liew. Yang paling comel tu sangat agresif. Liew senyap jer.

1stly, kanak-kanak khas tak banyak songeh. Kelas tak bising sangat walaupun penat dan sakit hati mengajar, tapi aku tenang je tengok murid-murid khas ni.

2ndly, kanak-kanak khas tak kurang ajar. Aku penah la buat ROS dekat bahagian budak-budak mainstream. Penat dan sakit hati sebab budak-budak sekarang makin kurang ajar. Better lagi budak-budak khas.

3rdly, range kanak-kanak khas dalam satu kelas tak ramai. Selalunya dalam satu kelas tu cuma ada 5 hingga 7 orang paling ramai. Walaupun 5 orang, hanya orang yang terlatih sahaja yang tau nak handle budak-budak khas ni. So janganlah downrate cikgu pendidikan khas.

4thly, semua kanak-kanak khas ni confirm masuk syurga. Kalau mengajar, janganlah terlampau berkeras sangat kalau ade budak yang tak boleh follow tu. Sebab sejak azali dia hidup kat dunia ni, dia memang dah macam tu.

5thly, kanak-kanak khas sangat comel. Biasalah, aku kan suka budak-budak, kadang-kadang ramai budak-budak khas yang handsome, cantik dan comel. Nampak macam normal, tapi sebenarnya tidak. Aku nak cium , tapi aku tahan je. Takut jadi kes sexual harrasment pulak.

6thly, sebab diorang special. Mana-mana pergi pun mesti dapat 1st privileges. Kalau murid-murid dapat, selalunya cikgu pun dapat jugak kan. Jadi kalau budak-budak khas dapat barang free, kami pun selalunya dapat free juga.

p/s : Seriously, memang aku in love dengan kanak-kanak khas ni.

Ikhlas dari kepala ke lutut, neo si lampu neon.

Read more