Tuesday, January 12, 2010

Ex-SMTKK Meetup | Kenduri Kahwin , Jeram Toi dan Man Tom Yam |

Semalam jadi sejarah, berjumpa balik dengan kawan-kawan lama SMTKK. Terlanjur bertandang ke kenduri kahwin kawan , kitorang ambil kesempatan dalam kesempitan itu untuk melepak di jeram toi, dan makan-makan di Man Tomyam, Jelebu Negeri Sembilan. Sumpah, bukan semua kawan yang datang tu aku kenal , sebab aku dah hilang ingatan dah.

Pengantin perempuan yang jemput aku tu kawan lama aku, aku ingat dia tak cam muka aku ni. Sampai je kat kawasan kenduri tu dari jauh dia dah melambai-lambai. Aku pun macam " Eh, fofuler gak la aku ni kan ". Bukan apa, nak dekat 6 tahun tak jumpa dengan diorang . Lepas habis sekolah semua senyap je.

Borak - borak di Man Tomyam, kitorang berkira-kira dengan jari kaki kawan-kawan yang dan pun kahwin. Kelakarnya, ada yang dulu kelab anti lelaki tapi lebih cepat kahwin dari kitorang. Tak kurang juga yang bujang sebaya dengan aku pun dah berbini. Semua macam tertanya-tanya lepas ni sapa pulak nak pakai inai kat jari. Masing-masing cube nak duduk kat pelamin pengantin kononnya nak ambil berkat nak kahwen cepat. Kelakar la korang.

Yang pasti aku tengah tunggu gambar nak upload dekat sini. Tunggu je lah, mana tau korang teruja dengan keindahan air terjun dekat Jeram Toi tu. Boleh kita buat BBQ Blogger Gathering pulak kat situ. Amacam, kedengaran poyo tak aku kali ni?

8 Komen Bernas !:

Hazzy Ishak on January 12, 2010 7:59 AM said...

jeles jeles...nak kawin gak..

~@k1 is @utuMn!~ on January 12, 2010 8:32 AM said...

huhuh..
beskn lepak2 ngn member2 blaja da lme2 x jmpe...
tp ak jmpe dorg dalam 2 jam nye..
2 pn ad knduri kawen lect ak.
hurmm.. bl la nk bjmpa ag~

Lifesaver on January 12, 2010 8:57 AM said...

bila nak kawin plak?hehhee

Khairi on January 12, 2010 9:34 AM said...

awk masih muda belia. kalau yg tua2 mcm pakcik ni, jumpa kawan2 amat menyeronokkan, pastu bersembang hal2 masa kecil sampai ke pagi.

seolah2 itulah nilai hidup yg sebenar :)

kks.com

[z@ck] on January 12, 2010 9:43 AM said...

ha..letak gambaq..mana la tau aku nak pi sana..hehehe

[s][u][e][h][a][n][n] on January 12, 2010 10:11 AM said...

oooo mmg best kan dapat jumpa...aku pun kadang2 jadi hilang ingatan kat kawan2 lama..huhhuhu

k.A on January 12, 2010 1:02 PM said...

aku rasa lepas ni turn kau pulak. hahaha. ;D

saypOOL rafhtello on January 12, 2010 2:18 PM said...

kan dah kena diri sendiri..xsuka lelaki..kawen jugak..gaga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Katering, Kanopi & Fotografi!

Pakej Katering, Kanopi dan Fotografi Paling Murah dan Berpatutan di Malaysia !! Sila hubungi TUAN HAJI ZAKARIA BIN JAAFAR Email: hajizakaria@yahoo.com 019-3766261
 

Designed by Alieff Artwork