Sunday, January 17, 2010

Merokok Menjadi Trend Di Kalangan Kaum Perempuan



Apa nak jadi kalau korang ada kawan baik (perempuan) yang merokok? Adakah korang bersikap terbuka bagi kawan-kawan yang merokok terutama sekali kawan perempuan? Kebiasaannya, sekali pandang kita dah cop perempuan macam ni jenis perempuan yang teruk, tak sopan, kaki sosial dan sebagainya. Tanggapan begitu sukar dikikis walaupun kita cuba bersikap open.

"Kau ni open minded la sket, aku merokok pun sebab nak hilang stress..kalau kau tak suka ko jauh sikit la takde la kena asap rokok tu..."

Perempuan yang merokok itu tidak semestinya jahat, darjatnya dengan perempuan lain tetap sama yang membezakan kita cuma amalan. Namun apabila seorang perempuan merokok, secara automatiknya dia dipandang buruk dan hodoh baik dari pandangan lelaki atau perempuan sendiri. Ini kerana sejak azalinya perempuan dilabel sebagai makhluk tuhan yang halus, mulus, bersih, suci, sopan dan baik.

Kadang-kadang ada juga balak yang bersifat bersahaja bila aweknya merokok. Bagi dia, merokok itu  menjadi satu hiburan. Tidak perlu hairan bila tengok ada awek dengan balaknya duduk semeja berborak sambil merokok. Itu hiburan bagi mereka.

Teguran bukan lagi sesuatu yang wajar bagi aku kerana masing-masing sudah meningkat dewasa dan tahu buruk baik satu tindakan. Pernah aku tegur dalam unsur melawak, tapi nampaknya tak berkesan.Mungkin selepas ni aku kena bersikap open minded? Argh..itu bullshit...

20 Komen Bernas !:

Fikri on January 17, 2010 9:09 AM said...

kalau sayang kawan kene arr tegur. ;3
tapi kawan2 saye spesies yg tak merokok secara public.
ok arr tuh.

fiD on January 17, 2010 9:28 AM said...

tapikan, dulu nenek aku merokok jugak, camne tue ek? heee

::[si putihpurple]:: on January 17, 2010 9:47 AM said...

aku xsuke weh..
dari mrokok,byk lagi care laen yg bleh ilangkn stress..
sape yg xbuka otak skrg ni??
kita ke mereka??
lu pkir la sndri..

huhu~

mello on January 17, 2010 10:41 AM said...

perempuan tak sesuai merokok.. perempuan hanya sesuai kerutkan kening or batuk bila pakwe merokok sbelah dia..

touyakaruma on January 17, 2010 10:55 AM said...

Apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang . Makanlaa sayur ke ? buah ke?

jajarina on January 17, 2010 11:00 AM said...

saya yg pempuan ni pun pelik np kaum sy ade yg ske merokok??
kalo kwn, tegorkan.. mmg x elok and sy cm awk.. try nk open ngn kwn2 pempuan yg merokok tp.. huhu

Emora Valeria on January 17, 2010 11:20 AM said...

tpi slack la kalo tgk perempuan merokok.muka dah lawa sume tpi pegg rokok

yangyuyu on January 17, 2010 11:22 AM said...

sy penah nampak sazzy falak dgn bangganya merokok kat resotaran di damansara perdana, area office sy, husband dia tak merokok pulak time tu

Si budak Aboi on January 17, 2010 11:23 AM said...

ala dh base nmpak !

snid73 on January 17, 2010 11:23 AM said...

lelaki atau perempuan...kedua-duanya tak patut merokok....mencemarkan suasana terutamanya kat tempat makan....

cikmemy on January 17, 2010 11:33 AM said...

x salah weyh kalau nk menegur.lepas tanggungjawap ko..dia nk dgr ke x.terpulang...

aurikelsan on January 17, 2010 11:49 AM said...

satu perkara yg xblh dinafikan..bilangan perokok wanita makin meningkat year by year. mereka macam bangga pulak bila merokok secara terangan lagi2 di kawasan public.. neither man or woman should smoke

sweet.ants on January 17, 2010 12:12 PM said...

member aku muke dah la x lawa merokok plak tu sebijik sundal..blagak giler.cam la org heran sgt

Aizat Si Lipan on January 17, 2010 12:21 PM said...

yg pasti wanita merokok bknlah idaman hamba..REJECTED!!

lollyheartyM@nis on January 17, 2010 9:47 PM said...

tak suke girl merokok.
laki nak tunjuk gntlemen, pompuan nak tunjuk gentlewomen lak ke? ish3~

*first komen to lampu neon! ;DD

y@n@ M!B on January 17, 2010 11:08 PM said...

bukan semua girls yg smoking burok perangai, tp majoritinya gitu...erm..ntah la..dunia nk akhir zaman agaknya =)

Lifesaver on January 18, 2010 9:37 AM said...

aku baru tgk jiran depan umah aku..pompuan...merokok..terkejut aku di buatnya

safri@chaie on January 18, 2010 11:59 AM said...

kuranglah nilai masyarakat kita kan? kurg lagi nilai diri sendiri.. kan? kan? kan?

BezBuddy on January 18, 2010 5:29 PM said...

buruk la pmpn merokok....huhu

arrizz on January 18, 2010 8:51 PM said...

satu jer laa msti ingat, mrokok nie tak baik..klau buat bnde tak baik, scra automat org akan aggp kita ne tak baik jg..

2la fundamentalnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Katering, Kanopi & Fotografi!

Pakej Katering, Kanopi dan Fotografi Paling Murah dan Berpatutan di Malaysia !! Sila hubungi TUAN HAJI ZAKARIA BIN JAAFAR Email: hajizakaria@yahoo.com 019-3766261
 

Designed by Alieff Artwork