Tuesday, February 09, 2010

Siapa Ingin Kuat Seperti Badang? Makanlah Ubat Ini.

Hoi bangun la beb. Ramai lagi yang menimpa masalah lagi besar dari kau. Macam sampah masyarakat jer. Benda kecik pun nak kecoh.Kau sedar tak?

Ramai lagi yang ditimpa kesusahan.Ramai lagi yang rasa kehilangan. Kesedihan yang terunggul bila sesuatu yang paling disayangi dan berharga hilang buat selama-lamanya. Kehilangan yang abadi. Kau mahu apa lagi? Menangis, meratap untuk perkara yang remeh temeh macam ni? 

Kau bodoh la wey. Ada orang mati laki, ada orang kene buang dari keluarga, ada orang kene tipu 8 juta, ada orang bankrupt merempat tepi jalan, ada orang sakit tunggu nak mati. Kau semua lengkap. Kau nak apa semua kau dapat. Bodoh...

Sumpah, bergenang air mata aku ni bila publish comment satu persatu. Walaupun dah diberitahu yang aku  ni degil dan tak perlukan nasihat, masih ada yang punya hati untuk menyedarkan aku. Menguatkan aku. Terima kasih. Aku memang nak print semua komen yang berguna. Buat tatapan harian, buat makanan motivasi diri.

Tabahlah. Contoh terbaik adalah Kak Lemang. Aku terharu dengan kisah dia. Aku yakin yang dia seorang yang sangat-sangat tabah mengharungi masalah dia sekarang ni. Bukan semua perempuan boleh jadi tabah seperti mu, Kak. Aku harapkan kesudahan yang baik untuk diri dia dan keluarganya. Aku suka melihat kerenah anak-anak dia yang sentiasa gembira walaupun ibunya sedang menderita. Segala yang perit disimpan dalam dalam di lubuk hatinya. Bukan semua dapat dilihat dengan mata kasar. Yang terpendam , siapa tahu ?

Kesimpulannya, aku yang lembik macam ni. Sampai bila? Betul lah cakap orang. Minda aku ni sempit, belum terbuka lagi. Padahal dunia tu penuh pancaroba. Kalau tak sekuat badang, kau mati dulu lah dari yang lain. Chow..

7 Komen Bernas !:

CikMelur on February 9, 2010 6:59 PM said...

Ujian yang diberi bukana beban, tapi satu pengalaman hidup. Allah takkan uji seseorang, jika dia tidak mampu menanggung ujian tu. Chill~

:)

sharamli on February 9, 2010 7:05 PM said...

ye..sy sedar..tiada lagik kesdihan lepas ni..heee..

kak lemang memang tabah..wal0pun pahit..dy telan jgk..

oranglidi on February 9, 2010 7:34 PM said...

sayu gak bile baca entri2 blog kak lemang tu.. trimas sbab bagi link beliau. wa baru pes time pegi tadi

oranglidi on February 9, 2010 7:34 PM said...

sayu gak bile baca entri2 blog kak lemang tu.. trimas sbab bagi link beliau. wa baru pes time pegi tadi

saypOOL rafhtello on February 9, 2010 9:02 PM said...

tabah menghadapi ujian...sedih..

Dak Wan® on February 9, 2010 9:10 PM said...

Sabar bukan bermakna kita lemah, Tabah bukan bermakna kita senyap, Cekal kan hati menghadapi apa jua rintangan, kerana itulah cara dunia mengajar kita menjadi lebih dewasa....

sophie on February 10, 2010 3:08 AM said...

neo oke x? nape ny? jom jadi kuat cam superman!!tamaw laa badang..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Katering, Kanopi & Fotografi!

Pakej Katering, Kanopi dan Fotografi Paling Murah dan Berpatutan di Malaysia !! Sila hubungi TUAN HAJI ZAKARIA BIN JAAFAR Email: hajizakaria@yahoo.com 019-3766261
 

Designed by Alieff Artwork