WE ARE BLOGGERS UNITED

Tuesday, February 01, 2011

Cara Masak Sambal Ayam !

Salam !

Resepi ayam masak sambal mestilah ada gaya yang tersendiri , barulah rasanya boleh jadi ummph dan terbaik. Pernah tak korang makan ayam masak sambal yang rasanya pedas menyala, tapi tak sedap? In that case, aku kurang mahir kenapa dia jadi tak sedap dan pedas menggila hingga menggigit tekak.

Aku lebih sukakan kalau ayam masak sambal tu basah-basah sikit, dan banyak bawang. Ayam masak sambal buatan aku lebih macam ayam masak tomato sebab rasa dia macam ayam masak tomato.Rasa masakan aku ni memang terbaek la. Aku pun sampai menjilat 20 jari kaki...Tak salah kan nak puji diri sendiri dalam blog sendiri, sebab aku kan poyo suka mencapap.


"Ayam! Bermacam ayam, ada ayam katik, ayam purba,ayam bandar, ayam kampung!"
Ayam Masak Sambal Neo

Bawang putih, lagi banyak lagi sedap.

Bawang merah @ Bawang besar juga sedap dikunyah-kunyah...

Mak pesan, ayam jangan terlampau garing. Nanti tak sedap.

Ok, wajib ada air asam jawa, blended chillies, sos tomato, sos cili, dan perasa tambahan...

Cili mesti digoreng sampai masak, tunggu sampai terbit minyak...tau.

Campakkan ketulan-ketulan ayam yang rangup dan sodap ke dalam kuali...

Lagi basah, lagi menarik. Kalau terlampau kering, tak dapatlah nak jilat jari lepas makan nanti...

Nampak macam sedap, tapi memang sedap pun.

Kasi zoom sikit eh eh eh...jangan terliur ye...

Ok, siap boleh dimakan.

Yang penting, lepas habis masak...dapur mesti kemas dan bersih. Kalau tak nanti mak bising.



Keseronokan memasak itu ada bila ada yang puji masakan tu sedap. Lagi seronok bila masakan yang ko masak tu cepat je habis. Lagi terharu kalau orang yang memakan masakan kita tu sampai burpppp, dan menjilat jari, kalau boleh menjilat pinggan mangkuk sekali.

Oklah Aku chow dulu, busy...busy...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed by Alieff Artwork