Sunday, May 09, 2010

Darah Period Warna Coklat.

Oh yeah, yang jauh mari dekat. Yang dekat mari rapat, yang rapat mari lihat !


Jangan teruja sangatlah okay, hari ni bukan nak cerita pasal lelaki period, tapi para lelaki pun perlu tahu pasal period sebab bagi yang dah berkahwin tu, korang tak boleh menyetubuhi isteri korang kalau diorang belum suci.

Kenapa aku bangkitkan tajuk period ni? Sebenarnya aku sendiri pun agak keliru bila period nak habis. Selalunya, bila rasa dah tak period je...aku terus mandi wajib. Yela, aku takut nanti bila tunggu lama-lama, berdosa pulak tinggal solat.

Kadang-kadang bila aku dah solat, sehari lepas tu mucul secalit warna coklat. So, aku cuti lah balik...! Rupa-rupanya ada caranya untuk tahu bila kita betul-betul habis waktu period ok !

قَالَتْ لِلنِّسَاءِ لَا تَعْجَلْنَ حَتَّى تَرَيْنَ الْقَصَّةَ الْبَيْضَاءَ تُرِيد بِذَلِكَ الطُّهْرَ
Maksudnya: Ucapan Aisyah kepada para wanita; Janganlah kamu gopoh untuk mandi haid sehinggalah kamu melihat keputihan sebagai tanda telah bersih.

Okay, menurut hadis ni...kita kaum perempuan boleh pastikan period dah betul-betul habis dengan dua cara :
  • Keluar keputihan seperti warna kapur.
  • Sudah tidak keluar apa-apa walaupun kekuningan ataupun warna keruh. Caranya dengan dimasukkan kapas ke dalam faraj dan dilihat sama ada kapas dikotori darah atau tidak. - Sumber.
Faham tak adik-adik sekalian ? Sekarang saya tak rasa was-was lagi, holiouu..Chow !




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed by Alieff Artwork