WE ARE BLOGGERS UNITED

Thursday, June 24, 2010

Warna Pakaian Yang Sesuai Dengan Kulit.

Salam.


Seringkali bila nak keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan or nak jumpa boyfriend kita mesti terfikir-fikir nak pakai baju warna apa kan? Baju corak macamana pulak yang jadi pilihan kita? Nak nampak casual ke, ranggi ke or fabulous?


Dulu, aku pilih untuk jadi lebih casual. Pakaian aku mostly nampak cam nak pergi pasar malam je seperti pendek and seluar slack.  Masa berubah dengan begitu pantas menjadikan aku lebih nampak ladies bila aku mula mengenakan labuh/dress dan jeans. Tapi sekarang ni aku dah mula jatuh cinta pada jacket denim dan maxi. 

Pemilihan warna pakaian dengan event :
  • Acara formal : Pakai pakaian berwarna gelap.
  • Acara tidak formal : Pakai pakaian berwarna cerah.

Pemilihan warna pakaian dengan mood : 
  • Nampak feminin : Pakaian berwarna pastel.
  • Nampak fabulous : Pakaian berwarna terang benderang.

Pemilihan warna pakaian dengan kulit : Yang penting pilih warna yang sesuai untuk diri kita. Warna kulit perlu sesuai dan padan dengan warna pakaian, jadi takde lah nampak macam clown circus bila orang tengok nanti. Barang aksesori pun kena padan dengan warna pakaian tau, baru cantik !
  • Kulit cerah / putih : Tak sesuai kalau pakai warna pastel macam coklat muda,biru muda atau pink.
  • Kulit kuning langsat : Sesuai kalau pakai warna tropika macam jingga, hijau, merah,kuning, & biru.
  • Kulit sawo matang : Sesuai kalau pakai warna ungu, oren, atau merah hati.
  • Kulit gelap : Sesuai kalau pakai warna-warna tanah yang lembut, jangan sesekali pakai warna kontra dengan kulit macam pink terang, nanti nampak hodoh !

Pemilihan warna pakaian untuk Si Hitam Manis : Disebabkan aku berkulit agak gelap, so aku nak lebihkan tips pemilihan warna pakaian kepada geng-geng dari negara nigeria yang lain.
  • Cool toned (kulit gelap sangat) : Warna-warna yang nampak hebat dengan kulit gelap selalunya seperti merah, merah muda, biru, dan lavender. Warna-warna macam oren dan kuning amatlah tidak sesuai untuk kulit hitam okay! Cariklah warna macam blues, ungu dan merah. 
  • Warm toned (kulit gelap tapi cerah sikit) :Warna yang macam best korang leh pakai ialah warna oren, kuning, warna apricot, emas, coklat dan hijau.- Sumber

Ok, sumpah...aku takkan pakai warna pink striking lagi. Hahahaha...by the way, mak aku selalu pesan kalau nak pakai baju jangan lebih dari 3 warna sebab nanti nampak cam carca marba. Macamana plak dengan korang? Korang belasah je ke pakai semua warna...dari hujung rambut sampai kaki warna macam pelangi? Oh tidak.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed by Alieff Artwork