WE ARE BLOGGERS UNITED

Tuesday, July 27, 2010

Maksud Rukun Sembahyang : 13 Rukun Sembahyang Yang Perlu Diketahui

Siapa ingat rukun solat ada berapa ? Haaa...jeng jeng jeng...

Hello adik adik ! Nak tau tak rukun sembahyang tu ape ? Rukun sembahyang tu maksudnya perkara-perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang. Kalau tak buat semua perkara-perkara ni, tak sah sembahyang kita tau !

Rukun sembahyang ada 13 semuanya : 


  1. Berdiri betul - Kalau kita tak mampu...kita boleh sembahyang dalam keadaan duduk, tapi kalau tak larat nak duduk baring pun takpe. 
  2. Niat 
  3. Takbiratul Ihram - Ucapkan Allahuakhbar (Allah Maha Besar)
  4. Al Fatihah - Mulakan dengan bismillah, habiskan dengan Waladhaallinn...
  5. Rukuk + Thumakninah - 90 darjah ye bongkok, jangan bongkok malas malas. 
  6. Iktidal + Thumakninah - berdiri dengan betul selepas rukuk
  7. Sujud 2 X dengan Thumakninah - Membongkok dengan dari paras lantai.
  8. Duduk antara dua sujud dengan Thumakninah - Duduk kejap lepas sujud yang pertama, yang baca robbirfirghli tuuu...
  9. Duduk Tahaiyat Akhir - Haaa, tahaiyat akhir ni kene buat ni ! 
  10. Membaca Tahaiyat Akhir - Jangan lupa baca bacaan tahaiyat akhir okay...
  11. Membaca Selawat - kita bacakan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Bila nih? Waktu Tahaiyat laaa.
  12. Bagi Salam - Memalingkan muka ke arah kanan dan kiri sambil beri salam. Sejahteralah ke atas kamu.
  13. Tertib - ikut aturan dan turutan , perkara lain selain dalam rukun ini dinamakan sunat.

Bagaimana jika kita tertinggal satu perkara dalam solat : 
  • Kalau kita terlepas tahaiyat awal dalam solat kita, setahu aku tak salah. Sebab ia bukan dalam rukun solat. Rukun solat perlu ada Tahaiyat Akhir...
  • Kalau kita rasa kita lupa buat salah satu rukun sembahyang, kita perlulah buat sujud sahwi, sesesudah tahaiyat tapi sebelum kita bagi salam.

  • Maksud Dan Bacaan Sujud Sahwi : Sujud sahwi dilakukan pada penghujung rakaat yang terakhir, yaitu sesudah tahiyyat dan sebelum salam. Bersujud sambil mengucapkan "Allaahu Akbar" dan dalam sujud membaca: Subhaanalladzi laa yanaamu walaa yansaa (3x) "Maha suci Allah yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa"

P/s : Sharing is caring, jangan lupa komen kalau aku ada salah bagi maklumat okayy. Chow !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed by Alieff Artwork