WE ARE BLOGGERS UNITED

Sunday, April 03, 2011

Perbezaan Kereta Viva, Myvi & Saga BLM.

Perodua Viva Elite Facelift Special Edition ! Kini dijual dengan harga potongan yang menarik!?

baca lagi...

Dalam masa seminggu ni, aku bertungkus lumus memikirkan kereta apa yang nak disambar sebelum raya menjelang ni. Hehe...thanks to mak abah yang bagi green light beli kereta nih ;) Pening kepala rupanya bila nak beli sebuah kereta ni, ingatkan boleh order macam order cendol kat kedai mamak...ish !


 Ok ape cer !! Setelah membuat pro and cons, antara Viva, Myvi, dan Saga BLM, cik silampuneon telah bersetuju untuk bercinta dengan Viva Elite Standard A/T yang berwarna Midnight Blue ! Cik neon kenapa tidak beli Myvi atau Saga BLM yer ? (nampak sangat surver kereta murahan je ok, gua bukan anak raja) So bacalah reason aku kenapa tak pilih dua kereta ni :

Keburukan membeli Kereta Perodua Myvi : 
  • Monthly aku terpaksa bayar 550 ke atas.
  • Harga mahal untuk orang beginner macam aku. (aku mampu, tapi nak saving duit kawen nye pasal)
  • Kereta besar susah nak menyelit, aku suka menyelit !
  • Penggunaan minyak lebih kurang sama dengan Saga BLM
  • Minyak tak save macam pakai Viva
Keburukan membeli Kereta Proton Saga BLM : 
  • Bentuk kereta siyes tak lawa bagi aku
  • Monthly 350 plus plus , murah tu...
  • Tak sporty lah beb, tak berjiwa muda
  • Minyak pun tak save macam pakai Viva
  • Kereta lonjong dan panjang, style lama
  • Mengikut cakap kawan kawan aku, minyak BLM agak sakit
  • Da banyak kes, kereta keluaran proton kualiti agak kureng..
Keburukan membeli Kereta Perodua Viva Standard @ Viva Elite :
  • Viva Elite harga mahal 4 ribu daripada Viva biasa
  • Viva kualiti body kureng, body Viva lembut mudah kemek, safety kureng
  • Viva bergegar dengan kuat, bunyik mengaum bila bawa laju laju
  • Viva standard buruk, bentuk body Viva tak smart macam Myvi
  • Viva kecik je, boleh muat 2 orang dewasa kat bahagian depan, 2 bahagian belakang.
  • Kalau ade family tak sesuai pakai Viva la, sangat kecil.
  • Harga lebih mahal dari Proton Saga BLM, tak berpatutan sebab harga Viva lagi mahal dari kereta proton yang besar sikit tuh.
  • Timing belt kena tukar setiap 80,000km
  • Dan banyak lagi...hehehe...macam protes taknak ambil Viva je ni ? ;)

Tapi !!! Kenapa aku akhirnya memilih Viva Elite nih? Poyo, macam taknak ambil Viva kan ? Macam-macam nak fikir sebenarnya bila beli kereta ni...long term used beb  ! Jom tengok kelebihan Viva yang agak tak smart tapi boleh tahan comel ni :

 Berani ke cakap tak smart ? Yela...mahal sikit je dari Viva biasa...selamber belasah ! Sumber sini

Kalau Viva Ezi, beza dia cuma spoiler, air back dengan avs je...hihi...so standard punya takde spoiler okay !
Kelebihan Membeli dan Memakai Kereta Perodua Viva Elite :
  • Minyak gila save, semua pengikut viva setuju dengan kenyataan ni, even kawan aku pakai hanya RM15 seminggu, pastikan rumah dekat dengan tempat kerja , kui kui
  • Viva Elite memang smart ! Sebab dah di modify lawa punya
  • Disebabkan dah upgrade dari Viva biasa, aku kena bayar monthly RM390 setelah Downpayment sebanyak 10k. (lolx what a life without money?)
  • Ada sporty front bumper with fog lamps
  • Ada sporty rear bumper with rear reflectors
  • Spoiler untuk Viva Elite Ezi
  • Ada hood kat depan , dan side skirting
  • Ah...banyak sangat laa kelebihannya kan korang boleh check out Viva Elite specs and features dekat sini : Perodua Viva Elite ! 
Tak guna cerita banyak, lu orang tengok sini !Viva Elite memang cool ;)


    P/s : Beb, bila laa neoryna (viva) nak sampai kat aku ni, harap-harap semua urusan dipermudahkan, penat gila bapak aku naik bas rapid tuh !! Tak larat daa, aku kan da tua bangka huk huk


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     

    Designed by Alieff Artwork