WE ARE BLOGGERS UNITED

Saturday, October 09, 2010

Tengok VCD Cerita Lucah Punca Kes Rogol.

Astagfirullah ! Aku rasa, budak lelaki ni belum layak nak dipanggil remaja lagi. Entah entah masih berhingus lagi agaknye...macamana la kes rogol di kalangan budak dengan budak ni boleh berlaku sewenang wenangnye...takde pengawasan mak bapak ke...? Mak bapak busy sangat ke?

Sedih aku baca berita ni...apelah nasib adik kecil enam tahun yang kena rogol tu...dan apela nasib budak tingkatan satu yang masih berhingus tu...ni la akibatnya tengok VCD video lucah ! Kepada mak bapak kat luar sana, sila pantau anak anak korang semua ok !

(Gambar) Awasi kanak-kanak yang tengok cerita lucah !

 Mak suruh belajar, dia tengok cerita lucah pulak !
Mak Bapak sila awasi pergerakan anak anak anda dirumah ! 
Sila alert dengan apa yang anak korang buat, tengok tv channel ape, bukak ape di internet !

Remaja ditahan disyaki rogol kanak-kanak

LEDANG 8 Okt. - Seorang remaja berusia 13 tahun ditahan setelah disyaki merogol kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang juga sepupunya di sebuah rumah di Tangkak di sini Ahad lalu.
Kejadian dipercayai berlaku selepas remaja serta kanak-kanak itu menonton cakera padat video (VCD) bersama-sama di dalam sebuah bilik di rumah mangsa.
Ketua Polis daerah, Supritendan Harun Idris berkata, ibu mangsa mengesyaki sesuatu setelah melihat kesan darah pada kemaluan mangsa semasa memandikannya keesokan harinya.
Jelasnya, setelah didesak, kanak-kanak itu mengaku mengenai perbuatan sepupunya.
"Ekoran itu, ibu mangsa telah membuat laporan polis pada Isnin dan susulan itu, kita menahan remaja tersebut di rumahnya, Selasa lalu.
"Kami juga mendapat perintah tahan reman selama seminggu sehingga 12 Oktober ini bagi membolehkan siasatan lanjut kes berkenaan dijalankan," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Menurut Harun, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku ketika kedua-dua ibu bapa mangsa berada di rumah.
Katanya, kedua-duanya bagaimanapun tidak mengesyaki apa-apa kerana remaja itu sering berkunjung ke rumah mereka sebelum ini.
"Berdasarkan pemeriksaan perubatan di Hospital Tangkak, mangsa disahkan dirogol berikutan terdapatnya kesan koyakan pada kemaluannya.
"Kes itu diklasifikasikan sebagai kes rogol dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun keseksaan," katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed by Alieff Artwork