WE ARE BLOGGERS UNITED

Saturday, November 20, 2010

Kenduri Kahwin Blogger : Norjannah & Akram Di Restoran Rumah Thai (RRT) Taman Melati.

Salam beb ! Sebenarnye aku agak kurang sihat dua tiga hari ni. Memang lah kalau ikut hati tak larat dan malas nak keluar rumah. Dah telan panadol pagi tadi , dan teguk ubat batuk untuk menghilangkan kesakitan...

20 November 2010, hari bersejarah bagi seorang rakan blogger kita, Nor Jannah. Korang mungkin tak kenal dia sebab dia dah lama tak berblogging sebab busy sambung belajar...

Hana nak sangat jumper aku dengan Xman masa kenduri dia, tapi sorrylah hana, aku datang sorang je nih...Lone renjer ! Walaupun badan tak berapa nak sihat, aku gulingkan diri aku ke kenduri ko ye, Hana ! Tak sabar nak tengok ko dengan Akram atas pelamin ;) 

Majlis makan kenduri kahwin diorang akan berlangsung kat Restoran Rumah Thai (RRT) yang terletak kat Taman Melati. Aku akan ke sini kejap lagi ; )


sini lah tempatnye...setelah aku meng - google map ! ikut je lah MRR2 tu... ;) 

more info pasal Restoran Rumah Thai : jenguk lah Facebook Restoran Rumah Thai

 macam best kan...jom pergiii ;)

Wish untuk Hana dengan Akram : Semoga jadi suami isteri yang soleh dan solehah, semoga segala urusan kamu berdua dipermudahkan Allah swt. Semoga jodoh kamu berkekalan dan bahagia hingga ke akhir hayat, semoga cepat cepat dapat baby yang comel nanti ; )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed by Alieff Artwork