Sunday, November 14, 2010

Pelekat aka. Sticker Untuk Kereta Viva Elite Neoryna.

Halo ! Bertemu lagi kite dalam sesi borak motokar. Seperti yg korang tahu, dalam kete viva neon aku tu ade tepek macam-macam sticker haiwan. Memang ramai yang merungut suruh aku cabot sticker tu...(link ke entri pelekat haiwan kereta neon)

Tapi...haiwan haiwan dalam kereta aku tu seakan akan berkata kata dengan ku..."jgn cabot kami, kami akan menggembirakan ko bila ko drive sorang sorang, neo !" so...aku pun tak jadi nak cabut sticker tu ;) Sape gatal nak cabot, aku cabot bulu hidung korang !

Sekarang ni, aku minta tolong xman suruh buatkan sticker name-tag untuk kereta viva neon aku ni.  Neoryna, maybe thats the name. Dan kenapa sebenarnye aku nak tepek name-tag untuk kereta ni ??

Supaya menampakkan kereta tu lebih bernyawa ! Harus ! Setiap kereta harus ada namanya sendiri...supaya korang leh belai dia macam korang belai body korang yang mulus tu. Ada faham ! ;)


aksesori kereta viva neon..bermula dengan sticker di bahagian cermin depan dulu... ;)

pemilihan font akan dibuat bg menentukan font mana yang sesuai dengan kereta viva neon tu...


Ok, now pilih !! Mana satu font yang paling sesuai ? Mana satu font yang smart dan padan dengan aku dan kereta viva neon aku ni...


p/s : hey neoryna...esok pagi aku bangun awal untuk basuh kau ok. habislah kau aku bogel kan esok. bermandi sabun lah dikau dengan simbahan air embun pagi...hik hik hik
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed by Alieff Artwork