Tuesday, December 07, 2010

Maksud Jari Telunjuk Dinaikkan Semasa Tahiyat Dalam Solat.



Salam !



  maksud tersirat jari telunjuk dinaikkan masa tahiyat awal dan akhir


Tahu tak maksud jari telunjuk dinaikkan masa tahiyat dalam sembahyang ? Ini soalan berkaitan dengan jari telunjuk dan jawapannya yang aku dapat kongsi dengan korang = )


Soalan

Asalamualaikum w.r w.b.soalan saya bagaimana cara tahiyat awal dan tahiyat akhir maksud saya jari tunjuk semasa tahiyah awal dan akhir dinaikkan apabila mengucap syahadat ?

Jawapan

Waalaikumussalam wrbt. Cara mengangkat jari telunjuk ketika membaca tahiyat awal dan akhir ialah pada ketika menyebut illallah dalam kalimah syahadah.Tujuannya adalah untuk menegaskan tauhid kepada Allah ( keesaan Allah Taala ) bukan sahaja dengan iktikad kepercayaan yang terpendam dalam hati tetapi juga dengan isyarat anggota dan pengakuan lidah. Sunat juga merenung kepada jari telunjuk semasa memberi isyarat dan membiarkannya terangkat sehingga selesai bacaan dan bangun dari tahiyat awal atau sehingga memberi salam dari tahiyat akhir.



Semoga terjawab persoalan anda !




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed by Alieff Artwork