Wednesday, April 27, 2011

Tutorial : Cara Buat Template Blog Sendiri.

Tutorial Time !

Terasa bosan dengan template blog ? Nak cuba buat template blog sendiri ? Ok, jom kita cuba buat blog sendiri dengan bantuan website DoTemplate !
si kunang la pulak...hihi
tak perlu Photoshop !

Korang ingat lagi tak template aku yang sebelum ni ? Aku pakai Dotemplate la ! Ikuti tutorial mudah untuk dapat template yang comel dan simple macam kat atas ni ...

Kebaikan buat template blog di DoTemplate :
  • Tak perlu risau tentang header. Tak payah pakai photoshop pon ! Korang boleh masukkan gambar korang kat header, DoTemplate akan adjust gambar korang secara automatic jadi header blog !
  • Mudah dan cepat ikut citarasa korang ! Cuma perlu pilih design template yang korang suka dan edit di DoTemplate dan siap !
  • Tak perlu main dengan coding html ! Dah siap buat kat DoTemplate, terus upload di blogspot


1. Go to >> DoTemplate.com  (Tak perlu register)

2. Click >> Free Template 


3. Pilih template mana yang korang suka. 


4. Click pada template tersebut dan Click >> Customize and Download


 5. Bila click tu, kena tunggu page loading...


6. Page template yang korang pilih akan appear, dan mula Click >> Header



Dalam bahagian Header, ada beberapa bahagian korang perlu buat. Sila tengok tepi sidebar yang dibulatkan tu.

7. Mulakan dengan Background header >> Pilih Background Colour dan Opacity (untuk nampak glossy atau tidak)


8. Kemudian, Click >> Foreground Image >> Choose image from computer >> Kemudian adjust image opacity supaya gambar header korang dapat blend dengan warna header tu.


9. Ini adalah hasil bila korang adjust image opacity...Image di header terus blend masuk dengan warna background kuning tu.

10. Click >> Title 1 (Type Tajuk Blog Korang) , pilih font, size serta warna yang korang nak.


 11. Click >> Slogan (Description blog korang @ tajuk kecil di bawah tajuk blog), pilih font, size, serta warna yang dimahukan. Kemudian Click >> Apply


Bila dah click apply, nanti akan keluar lah header korang tu...macam ni. Cantik kan ? Senang kan ?


 12. Teruskan usaha dengan edit Sidebar. Click >> Sidebar.  Adjust size sidebar, colour text dan links. Kemudian Click >> Apply.


 13. Click >> Content @ post. Adjust text, tajuk entri, links dan sebagainya. Kemudian Click >> Apply.


 14. Click >> Background pulak. Pilih warna apa yang korang kat belakang tu. Kemudian Click >> Apply.


Final...look !

 15. Click >> Download

16. Click >> Blogger Template.


 17. Click >> Download your template


 18. Tandakan >> Save File, dan Click >> Ok


 19. Siap download, open template file yang bernama blogger tu.  

Select All >> Copy kod template baru tersebut.


 20. Go to >> Blogspot >> Design >> Edit Html.

Click >> Download Full Template (untuk backup template lame incase tak jadi nanti). 

Click Select All kemudian, Delete kod template lama yang ada dalam kotak html tu. 

>> Paste kod template baru (yang korang copy kat Step 19 tadi)

>> Click Preview untuk lihat samaada template berfungsi ke tak

>> Save templates.


Pesanan penaja ! = )
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed by Alieff Artwork