Blog Members

Saturday, July 31, 2010

Syampu Ba Wang Syampu Terbaik.

Lisa Surihani Pakai Syampu Ba Wang ? Walaaweeh ! Ini Sudah hebat ! Hihihi...Jom pakai syampu Ba Wang wehhh ! Aku suka, suka suka suka sangat dengan Syampu Ba Wang ni ! 

Oleh sebab aku dah mencuba syampu Ba Wang, aku nak berkongsi sikit testimoni berkenaan Syampu Ba Wang ni...hehehe...mesti korang tak sabar nak tau kan ? Ada perkara yang best dan tak best nye memakai Syampu Ba Wang ni...

Kebaikan Memakai Syampu Ba Wang :
  • Rambut korang nampak segar bugar walaupun korang pakai tudung ! 
  • Rambut korang nampak baru lepas g salon, tersusun rapi .
  • Rambut menjadi lebih kuat , tak layu layuan dan bersemangat . 
  • Rambut bertambah subur...! 
  • Tidak berbau seperti bawang atau onions ! 
Keburukan Memakai Syampu Ba Wang : 
  • Bau dia tak best, bau macam akar akar kayu
  • Diperbuat daripada China , barangan China korang tau tau je laaa
  • Menggunakan gambar Jackie Chan untuk menggoda pelanggan
  • Botol Syampu Ba Wang tak cantik, macam botol minyak angin sapu
  • Harga Syampu Ba Wang boleh tahan mahal sikit je dari syampu-syampu lain : RM26.50 Syampu Ba Wang botol besar, RM17.50 Syampu Ba Wang botol kecil
Teman lelaki Lisa Surihani nak bergambar dengan Syampu Ba Wang !
Jackie Chan nak menggoda Lisa Surihani...

Syampu Ba Wang memang terbaik !

Saya sayang Syampu Ba Wang Jackie Chan!

Belilah Syampu Ba Wang ye !

Muka depan Syampu Ba Wang...

Botol besar Syampu Ba Wang 400ml...


Gembira hati ku bersama Syampu Ba Wang... ;)



Ba Wang I love you !




Friday, July 30, 2010

Cara Menangani Panas Baran.

Cara Mengelakkan Diri Dari Sifat Panas Baran, Kaki Pukul Dan Maki Hamun Orang


Statistik nuffnang menunjukkan ramai tersangat ramai suami isteri di luar sana yang menghadap dengan masalah panas baran dan maki hamun ni. Aku kesian sangat-sangat pada siapa yang dapat laki or bini yang macam ni. 

Dalam rumahtangga tak sepatutnya ada maki hamun ni. Perkataan mencarut macam babi, sial, bodoh, setan kauuu tak patut wujud atau tak patut terlintas dalam kepala otak korang bila nak bercakap dengan orang yang paling kita sayang.

Mana pergi hormat korang? Mana pergi budi bahasa korang? Kalau korang menunjukkan yang korang ni memang tak berbudi bahasa, itu menunjukkan yang mak bapak korang memang tak ajar korang. Jadi janganlah memalukan mak bapak korang, bawalah nama yang baik untuk keluarga sendiri. 

Macamana nak jaga hubungan suami isteri dan elakkan diri dari mencarut, atau memaki hamun ketika panas baran :
  • Ambil air semayang bila rasa hati dah panas baran sangat.
  • Haramkan penggunaan carut mencarut dalam rumah atau luar rumah.
  • Elakkan anak-anak dari dengar perkataan macam tu supaya mereka tak terikut.
  • Setiap kali rasa nak marah marah bawak mengucap dan istighfar banyak - banyak.
  • Bawak bertenang, jangan bercakap-cakap sengat bila hati tengah panas, nanti lagi bertambah meletup.
  • Kalau dah buat macam-macam tapi masih lagitak boleh nak cool down, gunakan orang ketiga. Pergilah jumpa ustaz atau kaunselor yang boleh tenangkan ati korang tu... 
  • Korang bolehlah baca doa-doa untuk tenangkan jiwa dan hati korang yang panas tu : 

    " اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ، وَجَلاَءَ حُزْنِيْ، وَذَهَابَ هَمِّيْ.  "

    "Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (Adam) dan anak hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusan-Mu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Quran sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku."

    " اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ. "

    " Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang."





    Thursday, July 29, 2010

    Kantoi Isu Nuffnang Racist : Seorang Blogger Ditangkap Akibat Menimbulkan Isu Perkauman !

    Nama saya Tukiman Aman Ramli
    Tangkap diaaa ! Ada blogger kantoi ditangkap sebab timbulkan isu perkauman ! 

    Isu nuffnang racist ? Gaaahh. Ade contest aku masuk, tak de contest aku lepak. Ade ads aku tak rajin klik, takde ads aku diam. Menang contest aku lompat, tak menang contest aku duduk. Dapat invitation aku pergi, tak dapat aku tidor. Tu je komen aku takat ni. Tapi overall berkenaan dengan isu ini, aku maluu nak baca blog korang...

    (Tajuk, cam biasa nak bikin gempak sikit)

    Maluuuuuu. Malu sebab bila segelintir yang melatah, semua muka tercalit tahi. Itu je la aku nak cakap. Tolong jangan bikin benda panas boleh tak. Lebih-lebih lagi pasal isu perkauman ni. Nak ke peristiwa 13 Mei berlaku lagi? Ahhh... Malu I sebagai blogger pendiam ni. Hahaha...

    Kreatif. Siapa yang kreatif yek ? Semua orang ade perspektif masing-masing tentang kreatif nye sesuatu karya itu. Sebelah kanan nampak cantik, tapi sebelah kiri hodoh la pulak. Kalau karya kita orang kata tak kreatif, mungkin hanya kita je yang nampak betapa agungnya karya kita tu kan. InsyaAllah , rezeki kat mana-mana ada.

    Komen ni buat aku tersedak sikit. Dalam kesibukan hidup, muncul pulak isu isu remeh macam ni. Tersebut lah kisahhh...nama ku disebut sebut dalam komen panjang lebar dari Nuffnang kan : Jabatan Perhubungan Blogger
    Setelah membaca blog dan tweet saudara, pihak kami berasa saudara mungkin tersalah faham tentang prosedur pemilihan pemenang-pemenang peraduan yang dianjurkan di komuniti Nuffnang.

    Seperti mana yang telah dikemukakan di bahagian Terma & Syarat (Terms & Conditions), semua peraduan akan dihakimi berdasarkan kreativiti artikel blog yang dihantar. Butir-butir lain seperti bangsa, agama, umur, lokasi tidak pernah diambil kira dalam mana-mana prosedur penghakiman peraduan bersama komuniti Nuffnang. Pemenang-pemenang bagi setiap peraduan dipilih kerana para hakim yang terdiri daripada wakil pengiklan dan wakil Nuffnang berasa artikel blog yang mereka hantar merupakan artikel-artikel blog yang paling kreatif bagi peraduan tersebut. Bahasa yang digunakan peserta juga tidak diambil kira (Bahasa Melayu, Inggeris, Cina, Tamil) selagi artikel tersebut boleh dibaca para hakim (tanpa singkatan yang mengelirukan).

    Pihak kami amat memahami perasaan syak wasangka saudara bahawa sistem penghakiman peraduan mungkin tidak adil kerana kebetulan ketiga-tiga pemenang peraduan tersebut adalah dari bangsa Cina. Kami ingin menegaskan sekali lagi bahawa sistem penghakiman yang digunakan adalah saksama tanpa mengira butiran peserta dan hanya berdasarkan kreativiti blog post yang diterima.

    Dakwaan saudara bahawa peraduan di komuniti Nuffnang tidak pernah dimenangi blogger berbangsa Melayu adalah tidak benar sama sekali. Pelbagai blogger berbangsa Melayu telah memenangi peraduan yang dianjurkan di komuniti Nuffnang. Berikut merupakan sebilangan kecil pemenang-pemenang peraduan yang telah dianjurkan di komuniti Nuffnang;

    Nurul Aina binti Zakaria (http://silampuneon.blogspot.com/2010/05/big-fish-moment-with-pizza-hut.html) – Big Fish Moment with Pizza Hut, RM2,000 cash prize ( ehem - ehem ni nama aku la ni .. hehehe.. )
    Azham Ariff bin Abd. Aziz (http://azham.smskb.edu.my/?p=1839) – Big Fish Moment with Pizza Hut, RM2,000 cash prize
    Fairuz binti Mohd Tajalli (http://www.rozeboomerang.com/2010/01/one-funny-video.html) – flymas.mobi video contest, Tiket Penerbangan ke Tokyo/Seoul
    Sharizal (http://tehtarikmemoirs.blogspot.com/2010/02/blackberry-storm-9520-by-celcom-enter.html) – Celcom Blackberry Storm Blogging Contest, Blackberry Storm sebagai hadiah
    Nor Iman Mazuki (http://eyriqazz.blogspot.com/2010/01/astro-byond-bloggers-night.html) – Astro B.yond Blogging Contest, 32″ HD LCD TV
    Wan Faziatul Amira Wan Mohd Salleh (http://emmira.blogspot.com/2010/01/exciting-family-day-out-nuffnang-and.html) – Nuffnang Friso Gold Family Day Out contest, 3D/2N Percutian ke Hong Kong Disneyland Untuk 2 Orang Dewasa dan 2 Kanak-kanak
    Pihak kami berharap saudara bersama pembaca blog anda memahami prosedur sebenar di sebalik pemilihan pemenang-pemenang peraduan. Kami juga berharap bahawa komen ini sedikit sebanyak mengembalikan keyakinan anda terhadap kesaksamaan pemilihan pemenang-pemenang peraduan di komuniti kami.
    Sekian,
    Jabatan Perhubungan Blogger
    Nuffnang Sdn Bhd

    P/s : Secara kebetulan, ramai chinese yang menang...dorang aku tengok selalu berusaha weh. Kalau kita ni, sekali cuba je dah taknak cuba dah...tu sebab aku kata, jangan bikin benda remeh temeh ni jadik isu...Gua chow ! Taknak masuk campo ! Peace ;) Salam Satu Malaysia !


    Karnival Pendidikan Khas.

    OOh, meriah meriah ! Kenapa karnival pendidikan khas kali ni meriah ? Sebab ada Lisa Surihani !! Oh yeah...ni kalau betul Lisa Surihani datang, memang aku salute laaa sebab tanah penuh lecak wehhh ! Hahaha...mana satu Lisa Surihani ? Cube korang tengok betul-betul...gadis yang pakai baju warne hijau dengan kipas tu...ha tu laaa diaa...tu bukan Lisa Surihani, tu cik neo si lampu neon. Hehehe...

    Jamuan Perpisahan, Guru Praktikal SK Lelaki Jalan Batu.

    Cikgu sekolah buat projek ??? Projek ape nih???


    neon, pejal, paiz kill the cake !! die kill diee !!


    rakan sepraktikum !


    ayooo gerak !!


    kek kaler terkois ;)

    bergambau la ape lagiii


    guru pembimbing yang sporting yang suke pakai baju sport!


    cikgu cikgi yang comel, ade gak yang mantap-mantap...


     amacam, ganas tak ??

    havoc ;) and thanks guyss ! jumpa lagi untuk buat projek baik punya ok? 

    Rasanye gambar-gambar sempena aku habis praktikal dulu aku belum update masuk blog lagi kan. So ni la antara keriangan selepas kesengsaraan buat praktikal kat Sekolah Jalan Batu Lelaki. Hehe...Seronok gak bile diraikan macam ni kan, rasa dihargai...

    Terima kasih ye, pihak-pihak yang terlibat yang meraikan kami... ;) 

    Tapi !!! Hahaha..kesengsaraan belum tamat lagi weh. Semester ni sem last aku dekat maktab. Bulan tujuh ni kitorang akan buat comeback dekat sekolah yang sama, Sekolah Jalan Batu Lelaki untuk buat projek besar-besaran. Aku harap gandingan aku, faizal dan faiz boleh menjayakan projek tu...

    Mari kembali ke sekolah , adik adik !! 



    Wednesday, July 28, 2010

    Karnival Pendidikan Khas Wilayah Persekutuan.

     Cikgu Neon nak jemput semua pergi Karnival OKU Heboh !! Hari ni !! Jomm

    Pheeewiiit ! Untuk makluman semua, cikgu nak umumkan yang hari ini akan berlangsung sebuah Karnival Usahawan Pendidikan Khas bagi zon wilayah persekutuan. Karnival ni lebih kurang macam Jom Heboh laaa mesti heboh punya sebab semua sekolah pendidikan khas area wilayah persekutuan berkumpul dan buat aktiviti menjual-jual.

    Tuesday, July 27, 2010

    Maksud Rukun Sembahyang : 13 Rukun Sembahyang Yang Perlu Diketahui

    Siapa ingat rukun solat ada berapa ? Haaa...jeng jeng jeng...

    Hello adik adik ! Nak tau tak rukun sembahyang tu ape ? Rukun sembahyang tu maksudnya perkara-perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang. Kalau tak buat semua perkara-perkara ni, tak sah sembahyang kita tau !

    Rukun sembahyang ada 13 semuanya : 


    1. Berdiri betul - Kalau kita tak mampu...kita boleh sembahyang dalam keadaan duduk, tapi kalau tak larat nak duduk baring pun takpe. 
    2. Niat 
    3. Takbiratul Ihram - Ucapkan Allahuakhbar (Allah Maha Besar)
    4. Al Fatihah - Mulakan dengan bismillah, habiskan dengan Waladhaallinn...
    5. Rukuk + Thumakninah - 90 darjah ye bongkok, jangan bongkok malas malas. 
    6. Iktidal + Thumakninah - berdiri dengan betul selepas rukuk
    7. Sujud 2 X dengan Thumakninah - Membongkok dengan dari paras lantai.
    8. Duduk antara dua sujud dengan Thumakninah - Duduk kejap lepas sujud yang pertama, yang baca robbirfirghli tuuu...
    9. Duduk Tahaiyat Akhir - Haaa, tahaiyat akhir ni kene buat ni ! 
    10. Membaca Tahaiyat Akhir - Jangan lupa baca bacaan tahaiyat akhir okay...
    11. Membaca Selawat - kita bacakan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Bila nih? Waktu Tahaiyat laaa.
    12. Bagi Salam - Memalingkan muka ke arah kanan dan kiri sambil beri salam. Sejahteralah ke atas kamu.
    13. Tertib - ikut aturan dan turutan , perkara lain selain dalam rukun ini dinamakan sunat.

    Bagaimana jika kita tertinggal satu perkara dalam solat : 
    • Kalau kita terlepas tahaiyat awal dalam solat kita, setahu aku tak salah. Sebab ia bukan dalam rukun solat. Rukun solat perlu ada Tahaiyat Akhir...
    • Kalau kita rasa kita lupa buat salah satu rukun sembahyang, kita perlulah buat sujud sahwi, sesesudah tahaiyat tapi sebelum kita bagi salam.

    • Maksud Dan Bacaan Sujud Sahwi : Sujud sahwi dilakukan pada penghujung rakaat yang terakhir, yaitu sesudah tahiyyat dan sebelum salam. Bersujud sambil mengucapkan "Allaahu Akbar" dan dalam sujud membaca: Subhaanalladzi laa yanaamu walaa yansaa (3x) "Maha suci Allah yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa"

    P/s : Sharing is caring, jangan lupa komen kalau aku ada salah bagi maklumat okayy. Chow !

    Sport Bra Untuk Perempuan.

     Sport Bra Jenama Taylor Swift ? Jom beliiii ! Baik punyaaa...

    Belilah Sport Bra di kedai kedai sukan yang terdekat :)

    Gambar Lisa Surihani pilih sport bra?  Hahahaha, lebih besar lebih nilai ! Ok, itu agak sensitif untuk disebut ye.

    Hello, hello hello. Aku nak cerita pasal sport bra la pulak hari ni kan. Perempuan sinonim dengan bra dan sport bra. Ini satu kemestian tauuu ! Kalau hari-hari biasa tu pakailah bra biasa je. Kalau hari luar biasa tu, dah tau aktiviti extra goyang atau extra lompat, korang mestilah memakai sport bra okay ! Mestiiiiii ! Aku merayuuu...

    Okay, aktiviti kita lepas ni ialah Lompat Bintang ! Aikk...asal perempuan liat sangat nak buat lompat bintang ni? Oohh, ni mesti tak pakai safety bra ni. Bahaya wooo. Jangan begitu. Beli lah sport bra yang mampu menyokong payudara anda. Jangan biarkan payudara anda tidak tentu arah, dan membuat orang lain tak tentu arah juga ye ! 

    Cara - cara untuk seorang perempuan membeli dan mencuba sport bra : 

    • Beli yang berkualiti - Mengikut pengalaman aku, kalau aku beli yang cikai cikai mesti tak tahan lame punyaaa...so aku beli yang berkualiti lah . Sedap pakai, tahan lama. Saranan aku, jenama reebok ok jugak harga lebih kurang RM80 camtu.
    • Jangan beli sport bra yang bukan saiz anda - Tolong jangan beli sport bra yang terlampau kecik sampai payudara korang tak boleh bernafas okay! Dan tolong jangan beli yang besar sangat pulak, sebab nanti korang lari lari bergoyang gak. Takde guna lak beli sport bra !
    • Lompat - lompat sambil pakai sport bra - Pastikan masa korang beli tu, tolong cuba dulu ya ! Masa korang cuba sport bra tu, pastikan korang selesa . Cuba lompat-lompat sikit untuk pastikan payudara korang disokong dengan penuh tanpa ragu-ragu.
    So amacam geng, adeke antara korang yang pergi bersukan tapi tak pakai Sport Bra? Ape yang korang rasa macam korang buat lompat bintang ye ? Ahhh. Jangan cerita aaah, i maluu youuu ;) Weng weng...Chow ! 

    Cara Memakai Maxi Dress Untuk Muslimah.

    Cara memakai maxi dree dengan bergaya untuk muslimah ? Ya mari kita belajar memakai maxi dress, kepada orang yang tak pernah memakai maxi dress ! Tajuk macam tak boleh blah kan...hahaha. Tapi ape kate aku amik peluang ni untuk update ;) Haha...Korang suka pakai maxi dress tak ? Kerana aku suka, suka, dan sangat suka !

    Ehem ehem macam kenal je kan sape ni...hehehe Taylor Swift kot.


    Taylor Swift bergambar dengan peminatnya....Lisa Surihani dibiarkan sepi begitu sahaja...


    Haiiip !! Dilarang fokus pada breast dia ok !


    Pilih lah maxi dress yang sesuai dengan warna kamu ! Jangan amik banyak corak sangat !!

    Tips - tips yang cambest nak bagi korang nampak cantik fabulous bila memakai maxi dress :
    • Pakai kasut tinggi atau wedges -  Kepada orang yang rendah-rendah tu, tak padan sangat kalau pakai maxi dress tapi pakai kasut flat. Tak sesuai you ! Pakai la kasut wedges ke, high heels ke...terompah mak korang ke. Bila nampak tinggi, nampak langsing sikit ah. (boleh caya ke ni).
    • Pakai cardigan - Cardigan sekarang ni banyak di jual kat pasar malam. hehehe, tapi aku tak berapa nak suka yang jual kat pasar malam tu. Kain dia aku tak berkenan plak...korang cari je cardigan kat mana - mana stor pun ade jual. Kedai Hari-Hari tu berlambak ;) Tapi ! Aku lebih prefer pakai cardigan yang separuh bila bergaya dengan maxi. Cardigan yang panjang, aku belum cuba lagi. 
    • Pakai jacket - Yang ni paling aku suka ! Sejak aku jadi minah country ala Taylor Swift ni, aku nak kumpul jacket je. Hihi...Jacket yang baik agak mahal harganya, kalau kat forever 21 tu...harganya RM100 ke atas la. Tapi kalau nak cari jacket yang lebih murah, kat Time Square belambak ;) Pakai la maxi dress dengan jacket ! Mesti korang nampak lagi cun !
    • Pakai selendang - Hehehe, aku padankan dengan semua selendang. Selalunya boleh juga masukkan bahagian belakang selendang dalam jacket atau cardigan, ia nampak lebih kemas. So ape lagi, korang takmau try ke ? Bila lagi nak cuba ?
    Perkara yang dilarang buat bila pakai Maxi Dress Untuk Muslimah : 
    • Memakai maxi dress singkat paras lutut dan mengenakan leggings ketat metat - Tak sesuai laaa nak tengok gaya muslimah pakai maxi dress tapi bawah ketat metat pulak ye. Cari lah maxi dress yang labuh tuuu..
    • Memakai maxi dress yang ketat dan memakai inner yang sangat ketat - Awwch, sebenarnya kelebihan memakai maxi dress nak bagi you all selesa. Bila pakai maxi yang bergetah dan pakai inner yang sangat ketat, sometimes tali bra selalu ternampak kan...lemak pun boleh nampak gak. So pandai-pandai lah pilih yang longgar-longgar sikit.
    • Seelok eloknya hindarkan diri dari pakai inner. Huhuhu, seelok eloknya pakailah jacket atau cardigan untuk nampak lebih kemas.
    • Pakai kasut flat - Oh no, no , no for maxi dress. Kalau orang tinggi tak payahlah pakai kasut tinggi lagi yer. 
    P/s : Wakakaka...berangan pulak nak jadi Taylor Swift :) Chow !


    Sunday, July 25, 2010

    Cara Membersihkan Tahi Kucing @ Anjing, Poop Freeze.

    Aku memang pantang betul kalau dapat tugas kena buang taik kucing dekat laman rumah aku ni ! Mak aku mesti suruh aku kaut taik taik kucing tu setiap hari sabtu ahad punyaaaa laaa...mesti taauu !


    Je'Taime, Saya Cinta Awak Bahasa France.


    Amboi, amboi. Sejak berkawan dengan orang Algeria ni, aku mulalah belajar cakap france sikit-sikit hahaha. Buat pengetahuan korang, orang Algeria menggunakan bahasa france sebagai bahasa pertama, bahasa arab merupakan bahasa yang kedua. 

    Je'Taime, adalah ungkapan cinta yang biasa disebut-sebut. Apa maksud Je'Taime ? Je'Taime bermaksud I Love You dalam bahasa Inggeris, dalam bahasa melayu ia bermaksud Saya Cinta Awak. So, mari kita same-same prektis macam mana nak sebut Je'Taime guna lidah melayu kita ni. Hehehe.


    Je'Taime , sebutannye dalam bahasa melayu berbunyi macam ni  : Je Tem . Kalau korang masih lagi keliru macam mana nak menyebut benda ni, korang boleh click link yang aku bagi ni untuk dengar pronounciation Je'Taime yang betul. Click sini untuk dengar.

    Hah, dah tau kan nak sebut i love you dalam bahasa france, so bagitahu lah kat orang orang yang korang sayang ye ! Semoga bergembira , dan sayang sayang selalu. Hehehe...



    Parti Buih !

    Korang kaki jalan? Tak boleh duduk rumah waktu weekend? Suka pergi parti hari sabtu dengan kawan-kawan? Ape lagi, esok hari sabtu kan? Kalau korang takde benda nak buat dekat rumah tu...takde jemputan kahwin...boleh la join parti liar nih  http://malaysia.youthsays.com/neorul87/biotherm-homme


    Biotherm Homme invites ramai jejaka maskulin yang hensem-hensem ! Baik korang pergi parti ni weh...mana tau boleh main buih-buih dengan jejaka-jejaka idaman malaya nih...nilah peluang korang !  Jumpa korang kat sana ok ! Jangan ketinggalan untuk berjumpa dengan ramai jejaka jejaka hensem lagi hot !

    Apa yang korang perlu tahu ? 
    • Reserve tempat korang dan send email :  admin@biotherm.com.my dengan nama penuh , nombor telefon , dan nyatakan berapa ramai kawan korang nak bawak.
    • 300 orang yang awal sampai dapat goodies bags RM70 free.
    • Makan makan free pukul 8.00 - 9.00 malam
    • Banyak aktiviti dan yang menarik serta pelbagai hadiah untuk dimenangi bernilai RM2000.

     Klik untuk maklumat lanjut : Parti buih dengan jejaka maskulin!


    Event Dari Biotherm Homme 26 Jun 2010, Rebut Free Goodies Bags Bernilai RM70 !





    Laman Sosial Hatebook Vs Facebook !

    Anda membenci facebook? Mari join Hatebook sebagai tanda benci membenci. Hahaha. Aku pun kurang pasti siapa moderator Hatebook ni. 

    Tapi yang nyata, semua yang ada dalam laman Hatebook ni banyak perkataan benci, musuh yang berlawanan dengan gaya Facebook. Jadi laman sosial ni agak interesting gitu. Hahaha.Warna background Hatebook pun kontra dengan Facebook, semua warna merah menandakan rasa benci terhadap laman tu.

    " Hatebook is an anti-social utility that disconnects you from the things YOU HATE. " 
    (bapak sengal weh)

    Hatebook !!

    Teks Ucapan Perhimpunan Sekolah.

     Mendebarkan sampai sebut ribbit je ke? Oh Tidak...!

    Hahaha, aku cuma harap ucapan aku kat perhimpunan esok berjalan lancar. Harap semuanya dipermudahkan, harap takde ape yang memalukan. Hahahah kalau tersilap pasrah je la sebab aku kan baru nak belajar kan. Wiit wiiit ! Pakai kebaya merah esok, aku tak kire !!

    Wahahaha siap aku upload lagi teks ni kat SCRIBD. So, sesiapa yang nak rujuk esok lusa tulat kalau aku dah takde...leh laaa hehee. Jangan lupe letak citation ye. Hehehe. Cayok, untuk aku esok ! Hoyeh .
    Teks Perhimpunan Rasmi Sekolah - Nurul Aina Zakaria                                                              
    Peace !



    Suami Isteri Tak Tahan Gersang.

    Suami bagi alasan gersang cari perempuan lain sebab bini kerja jauh? Adakah ini adil...??
    Ini yang aku tak suka ni !! Huaaa, kalau aku ade suami sok , aku taknak la kerja jauh-jauh dari suami. Aku taknak gak kalau suami aku jauh jauh dari aku. Sebab dah banyak kes, suami cari perempuan lain tok lepas nafsu, alasannya? Sebab tak tahan, bini jauh ! 

    Tapi ade benda yang lebih mengejutkan kat sini, okay...jeng jeng...sebab benda ni pun berlaku kat...Kalangan cikgu cikgu sendiri ! Oh no, aku pun tak percaya ni. Tapi ini real punya, berlaku di depan mata kawan aku laa. Bukan aku.Alkisahnya macam ni, : 

    Si Lily ni cikgu praktikal kat sekolah, kat sekolah tu kira banyak la cikgu-cikgu veteran yang lain. Ade sorang cikgu veteran ni dia cuba ngorat Lily. Lily ni tak tahu plak yang si cikgu veteran ni dah kahwin. Bila dah mesej-mesej barulah Si Lily tahu...Yang paling mengejutkan, si cikgu veteran ni cakap macam ni pulak kat Lily : I dah tak tahan laa, bini I kerja jauh...I kene cari perempuan gak kat sini untuk lepaskan rasa ni... Penyudahnya, Si Lily pun tak layan la si cikgu veteran yang gila ni...

    Tengok tu, kisah benar kot ! Aku yang dengar cerita ni, jadi tak percaya la plak...seorang cikgu, patutnya jadilah contoh untuk semua orang...Nak didik murid-murid untuk jadi manusia, sedangkan cikgu sendiri mcam setan. Apekes...insaflah weh...

    P/s : Kepada cikgu veteran, aku doakan ko insaf, dan pulanglah ke pangkal jalan dan kuatkan iman. Jangan sebab sorang cikgu cam ko, semua nama cikgu cikgu terpalit plak tahi...Chow !


    Saturday, July 24, 2010

    Happy Shake Herbalife Sux !

    Korang pernah minum Happy Shake produk dari Herbalife tak? Nak cerita satu pengalaman pahit aku harungi masa pertama kali minum air Happy Shake herbalife nih...

    Alkisah...aku follow kawan aku pergi kedai Herbalife ni. Dia minum air ni untuk jaga kesihatan, dan dia promote kat aku dan suruh aku cuba minum Happy Shake. Aku pun order air Happy Shake perisa buah-buahan. 


    Apa yang aku ingat, orang tu telah mencampurkan beberapa bahan dalam Happy Shake tu. Serbuk supplement + air soya + ais batu + buah nenas + buah apple + buah anggur. Semua bahan-bahan ni diblend sekali dan dihidang dalam gelas besar yang boleh isi 900ml air. 

    Gulp !!! Aku pun minum. Cecair minuman itu berapung-apungan dalam mulut aku...bila cecair tu sampai kat tunas-tunas lidah aku,  lidah aku bagi isyarat keras dengan menolak-nolak cecair tu keluar dari mulut aku. Tunas lidah aku pun berkata : "apobondo ekau minum ni? bondo tak sodappp,sila berambusss".

    Aku takkan terpedaya lagi, wahai Herbalife ;(

    Keadaan masa tu macam ditelan mati mak, diludah mati bapak. So aku terpaksa menolak cecair tu ke hujung tekak, lalu disalurkan terus ke lubang esophagus aku. Fuhhh! Banyangkan saat betapa seksanya aku menelan air ibarat air muntah sebanyak 900ml tuh!

    Sengsara wey nak minum air ni. Aku lupa yang aku tak berapa minum sangat air soya ni. Naik loya tekak dan pening aku minum Happy Shake perisa ubat serbuk tuh. On the way dalam kereta nak balik rumah aku dah pengsan tak bangun-bangun akibat minum air tuh. Sumpah taknak minum herbalife lagi ; (




    Tabiat Hon Kereta.

    Bapak kejam kau siooot ! Aku kalau jumpe orang yang kaki main hon kereta ni, memang aku siat habis habis kulit dia. Lepas tu aku lapah daging dia wat salai !! Geram weh, aku ni bukan kaki hon orang, kalau ade orang hon aku...mesti aku rasa nak nangis je. Huaaa...


    Manusia kaki hon orang , kuat hon orang, kentut hon !!



    Kalau kau buat perangai macam ni kat aku, siap ko aku carik sampai lubang cacing! Geram lak aku...hahaha terkujat orang-orang yang lalu lalang kat situ. Tak pasal-pasal je ko nak hon orang ye ! Memang tak berpekdah langsung perbuatan ko tu. Patut tembak je ko hidup-hidup, kalau tak nanti ade pulak orang yang mati hear attack sebab asyik kena sergah dengan hon je !


    P/s : Korang suke horn orang kat jalan raya tak? Baek ngaku !!



    Makanan Tradisional Peranchis Vs Malayisa.

    Couscous !! Itulah makanan traditional orang peranchis aka. france mengikut kawan chatting aku yang sorang ni. Pergh makanan tradisional diorang Couscous kot! Bila aku google dan tengok,...sebijik macam Nasi Beriyani ! Terima kasih kepada Encik Amin dari Algeria sebab berkongsi cakap france dengan saya ya ;)

    Couscous, makanan France !!

    Couscous ni macam sedap je ? !

    Nasi Beriyani !! Itu makanan faveret atuk nenek moyang kita kan...tak sangka makanan ni orang algeria pun makan gak. Cume masakan dia lain sikit lah kot. Ahahaha, nak rasa laaa couscous ni ! Sape leh buatkan aku ? Hehehe...Yang kat bawah ni pulak Nasi Beriyani...!

    Nasi Beriyani makanan Malaysia !!

    Mana satu sedap, Couscous ke Beriani kita weh??

    P/s : Jom pergi Algeria makan Couscous !! Hahahah...




    Keburukan Facebook Part 4



    Seperti yang sedia maklum, aku memang benci facebook ! Dari dulu sampai sekarang, walaupun aku agak bergiat aktif dekat facebook, aku tetap tak setuju dengan kewujudan facebook ni. Sebabnya? Dah macam-macam sebab aku bagitahu dekat dalam post aku sebelum ni. Kalau korang suke facebook sangat, lantak korang lah kan. Hahaha.
    Facebook sebagai tempat meluahkan perasaan. Itu yang aku buat sejak aku berkecimpung dalam dunia facebook ni. Di samping nak lakukan link blog aku, aku luah je semua perasaan aku dekat facebook. Semua perkara yang aku luahkan selalunya indirect, berlapik, dengan banyak lapisan. Yang penting tak menuju kepada sesiapa, dan aku lebih suka berkias.

    Baru-baru ni ade yang tegur aku : 

    " Weh neon...asal kat facebook kau tu banyak sangat berkias, menyampah pulak aku tengok. Kalau ko nak cakap sal aku, ko terus terang je laa, tak payah tulis bende yang berbunga-bunga macam nak perli orang! Tolonglah jangan nak buat status cam bangang centu. Tolong delete "

    Lepas dia sound aku, aku check balik status aku kat facebook :

    Status pertama :

    aku suke tengok ko tipu aku...ko boleh diri situ dan tengok aku terbakar...cume beridri situ dan dengar je aku menangis...takpe, aku suke ko buat cemtu...


    Status kedua :

    its ok, aku cume angin lalu je. angin yang lalu bila ko nak dia lalu...

    Status ketiga :

    kesenyapan dan kecantikan malam lenyap seketika pabila bunyi sang musang melolong di bukit hitam, si pungguk duduk diam tidak berbunyi sepi sahaja di atas pohon oak.


    Aku mintak maaf kalau aku dah guris hati sesiapa...tapi senang macam ni la, kalau korang dah tak suke sangat tengok status aku kat facebook tu cakap bende bende bukan bukan ke, tolong delete facebook aku ok?Sebab aku tahu, bukan semua orang suka dan sayang kita kan? Cara kita berbeza...Chow !!


    Friday, July 23, 2010

    Guru Vs Pembantu Pengurusan Murid (PPM).

    Kes bunuh Cikgu dengan PPM !! Gempak siot kes ni...siapa yang bunuh siapa ? Cikgu cekik PPM sampai mati ke atau PPM yang cekik cikgu sampai mati ? Jom kite tengok kes ni dengan lebih mendalam ! 

    Wednesday, July 21, 2010

    Biskut Coklat Teady Bear

    Gempak !! Siapa model ni ? Model mana ni? Muka tak komersyel langsung ! Ade bakat ke nak jadi model ? Memang perasan nak mampus la kan !  Ni nampaknya macam iklan promote makan biskut beruang yang comel, adakah iklan ini berbayar ??? Sejak bila budak ini jadik model iklan biskot ? Biskot ape yang sedap dan ghairah sangat nak makan tu ? Biskot Choco Chips !!!

    Beruang kutub mana yang datang menyerang ni? Beruang ni nampak macam comel je !

    Waaa...sebenarnya aku dah jatuh cinta dengan bungkusan biskut ni, sewaktu pandang kali pertama !

    Choco chips ! Biskut beruang terbaru yang tengah hangat di pasaran ! Best best...

    Alahai, aku rasa biskut ni leh wat jadi hadiah hari jadi laa sape nak ??

    Biskut dia pon sedap, memang sedap ! Beza dengan Chipsmore just kurang manis je !

    Tapi yang paling best biskot dia nampak menarik potongan badannya pun mengancam ! Aku suka laa !

    Siyeslah weh., aku nak promote biskot ni sedap rasanye memang mantap ! Potongan dia menarik dan menikam kalbu ku. Harga murah, saiz lebih besar dari chipsmore tu. Berbaloi laa makan biskot ni...comel plak bruang aka. teady bear kat kotak depan tu kan. Ceria je hati aku makan biskot ni ; )

    P/s : Aku tengah bengang kat sekumpulan manusia yang bongok ! Chow !

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     

    Designed by Alieff Artwork