WE ARE BLOGGERS UNITED

Monday, January 31, 2011

Cara Main Paintball.

Ok, kali ini aku nak bagitahu korang syarat dan undang - undang untuk korang main game ni.Perkara ni penting untuk keselamatan korang ok ? Tengok hambar kat bawah ni, inilah kecederaan yang boleh terjadi kalau korang tak bermain Paintball dengan betul.

Nak hadiah free masa main Paintball ?
 Teka tangan siapa ?

Sebenarnya ini tangan sista aku, aku yang tertembak dia masa dalam game haritu. Bullet straight tanpa belok belok terkena kulit tangan dia...kesan bulat, lebam, hampir berdarah. Bahaya kan ? Takpe..ni pengalaman pertama main Paintball. Beselaa tu...aku terpaksa teruskan mission menembak blue team mati matian. Keh3x..


Perkara penting kena tahu semasa Main Paintball : Cara Bermain Paintball Dengan Selamat
  • Sila sain dokumen, pihak penganjur takkan bertanggungjawab atas kecederaan yang korang alami sebab dorang dah terangkan tentang bahaya main Paintball masa briefing.
  • Sila pakai baju longgar dan keras supaya bila korang kena tembak tu, bullet yang ditembak ke arah korang akan melurut jatuh..baju yang keras akan menyelamatkan kulit korang dari lebam dan pendarahan dalaman.
  • Sila buat warm up terlebih dahulu sebelum masuk dan main tembak tembak ni. Macam korang bersukan, kalau tak warm up dulu..nanti badan korang akan kejang dan sakit sakit selepas main game.
  • Sila pakai Goggle aka. Mask aka. Topeng yang diberikan semasa dalam kawasan bermain. Walaupun korang dah kalah, korang kena pakai Goggle ni jugak sebab takut bullet terkena mata atau bahagian kepala.

Kalau korang tak caya, korang boleh tengok sini, Paintball Injury. Kecederaan masa main Paintball !


Pakai Goggle semasa dalam kawasan bermain !

Pakai Goggle dan pakai body shield untuk keselamatan semasa bermain Paintball !

 Dengar briefing betul betul..jangan memain je !

 Minah yang kena tembak, cedera di tangan !

 Pengalaman kena tembak Paintball akan mematangkan korang dalam game Paintball ni hehehe. Selamat kena tembak dan menembak orang ! Go paintballerrrs ! Nantikan entri Paintball Games Siri ke 3 pulak = ) Chow !


 
Feeling Lucky?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed by Alieff Artwork