Blog Members

Friday, January 14, 2011

Cara Mengatasi Masalah Isteri Mengidam.

Salam Jumaat yol !


Yes, bercakap pasal isteri mengidam, korang pun dah sedia maklum yang bila perempuan mengandung, perempuan akan mengidam benda yang pelik pelik. Tak caya ? Cuba check list benda yang isteri selalu mengdam dalam entri : Senarai Benda / Makanan Pelik Bg Isteri Yang Mengidam.


Parah kalau isteri mengidam benda pelik...

Sebelum tu, layan video lawak ni pasal orang mengidam !



Entri ni sebenarnya entri feedback berkenaan orang yang google blog aku mencari hukum isteri mengidam makan babi. Sebagai suami, korang mesti buntu kan nak buat ape ? So, hari ini kita akan kongsi Cara Mengatasi Masalah Isteri Mengidam ok ? Semoga entri ni membantu yool satu hari nanti = )
Semua yang isteri nak, kena bagi ke ? Sebagai umat Islam, benda atau makanan yang haram dan berdosa, janganlah diturutkan. Jangan lah terpengaruh dengan cakap orang bahawa kalau isteri mengidam tak diturutkan, bayi yang lahir akan sentiasa mengalirkan air liur.

Kenapa isteri mengidam ? Punca isteri mengidam adalah sebab perubahan hormon di dalam badan ibu yang sedang mengandung dan menyebabkan perubahan kepada seleranya. Namun perubahan selera itu tidak semua wajar diikuti. 
Nasihat bagi para suami & isteri :
  • Bagi seorang isteri, sebelum nak makan benda pelik pelik yang mengidam sangat tu, eloklah tanya pendapat suami. Selain tu, suami isteri boleh dapatkan khidmat nasihat doktor sebab doktor lebih tahu cara pemakanan yang baik untuk kesihatan diri si ibu dan bayi dalam kandungan tu.
  • Mengidam ni sebenarnya datang dari dorongan ibu tu sendiri, atas dorongan nafsu makan bukannya keinginan bayi dalam kandungan tu. Credit : Bidan Bersalin

Cara mengatasi mengidam semasa mengandung :
  • Jadikan pemakanan anda seimbang apabila anda mengidamkan makanan yang tinggi kalori. Contonya, lebihkan aneka buah-buahan dalam ais krim anda supaya seimbang nutriennya.
  • Fokuskan pemakanan anda pada makanan yang rendah kalori seperti yoghurt, oat meal bar.
  • Jika anda mengidam makanan yang tinggi kalori, beli saiz yang lebih kecil supaya mengelakkan pemakanan yang berlebihan.
  • Jika mengidam ‘menguasai’ hidup anda, cari aktiviti yang boleh membuatkan anda melupakannya seperti berjalan-jalan bersama suami dan menonton wayang.
  • Makan dengan jumlah yang sedikit tetapi kerap supaya paras gula dalam darah tidak jatuh yang boleh menyebabkan anda makan berlebihan. Cuba makan makanan seimbang 6 kali sehari.
  • Lakukan aktiviti fizikal dan senaman yang dibenarkan oleh doktor.
  • Ambil makanan seimbang termasuk susu, bijirin, sayur dan buah-buahan.
  • Sokongan moral amat penting kerana emosi ibu mengandung yang tidak stabil akan menjadikan makanan sebagai teman rapat, sedangkan pelukan daripada suami sebenarnya sudah mencukupi untuk meredakan emosi ibu mengandung Credit : Comelnya.

Harap dapat membantu = )




Feeling Lucky?

35 comments :

rAtu saLju™ said...

x payah layan sangat klu ngidam pelik2...hahha

klu aku ngidam nak makan lampu neon x ke ssh

Chaoi said...

haha..bahaya betol kalo ada bini ngidam nak makan daigng babi ni...

YanaMIB said...

gud info..utk bakal² parents..huhu~

xmenahan kaoo iklan makanan rupanya..ceh~ =_=

zaty luvlianncezzz said...

oww.. bgus2..

prepare tuk masa depan

>.<

Bro Framestone said...

salah satu cara la kan

amik je daging lembu... masak terus n cakap tue daging yg die mintak.. tp jgn mention nama binatang tue

dhkuar babytue baru citekan perkara sebenar he..23x

Encik Psychopath said...

nnti makin dilayan, makin pelik.

ahsfantasy24 said...

ci abg suami kne
ckup mmahami la.. :)

takky said...

kalau si laki yg mengidam mcm mane???

░♥si lampu neon♥░ said...

@rAtu saLju™


hahah bahaya tu kalau nak telan lampu =( hahaha

CIK TOM said...

tips yg bagus untuk atasi mslh isteri mengidam...jgn ikut sgt kalau dah mengidam perkara pelik2...

░♥si lampu neon♥░ said...

@Chaoi


ko goreng laaa daging lembu cakap bende tu babi =)

░♥si lampu neon♥░ said...

@YanaMIB


iklan tu bodo gile hahahah

░♥si lampu neon♥░ said...

@zaty luvlianncezzz

haaaa jgn mengidam bukan2 heheh

░♥si lampu neon♥░ said...

@Bro Framestone

bro mmg best ! cayalahhhh..

░♥si lampu neon♥░ said...

@Encik Psychopath


waaa jgn la tak layan langsung? huuu

░♥si lampu neon♥░ said...

@ahsfantasy24


betul tu weh !

░♥si lampu neon♥░ said...

@takky


waduhhh tu aku tak pat nak tolong..tolong pelangkung je bleh hahaha

De Mois said...

Hoho..nice info. Baru tau..ingat memang mengidam betul. Kih3..

Azwa Azee said...

cikgu sy pernah cakap dulu..if isteri mengidam yang macam2..so as suami jgn dilayan sgt kehendak isteri tu..

Berto said...

ada jugak mengidam makan babi?? pelik2

HAZWAN17 said...

kalau mengidam mende yang senang carik takpe
jangan yang susah carik dah la

ijatnuar87 said...

heheheh...bagus cik neon nih...dah bersedia dah tu,hehehe...dah tak lama la ni ek...cik neon jangan ngidam pelik2 yek,hehehe

The Crow Empire said...

ala.. tp bukan bakal2 ibu je ngidam2 ni. Awek2 tak kawen pun slalu jgk ngidam pe. Nak makan white choc sebuku la. Nak makan McD jam 4 pagi la. adeh..

Sy lelaki pun ngidam jgk. ngidam nak pegi old trafford stadium tgk Man U. heheh..

(^__^)

Hanisah Safian said...

hamboihhhhhhh melampau nye si isteri mengidam.babi bagai. -_________-""

kak ina kl (1) said...

nasib baiklah masa mengandungkan lima orang anak tak mengidam bukan-bukan

rockinsudu said...

bhaya tol klaw mengidam bukan2 neyh

Anonymous said...

ida...
salam...pada saya jgn la ikut apa yg isteri tu nak kalau dah benda tu haram,kesian kat baby...belum lahir dah makan benda haram jd darah daging.tapi suami dan org2 sekeliling jgn la marah2 atau ckp tak elok kat ibu tu.emosi ibu mengandung ni tak semua sama ye.jgn syok ikut petua atau nasihat org 100%.banyak yg nasihat tu lagak je lebih.kat sini la peranan n kebijaksanaan suami tu nak diguna pakai.
ibu sy pernah cerita,kat kg dia dulu ada jugak yg mengidam babi ni.so,suami dia tak marah...dia beli ikan pari,potong isi saja supaya tak nampak mcm ikan pari...pastu masak n ckp daging babi kat isteri dia.lepas makan,si isteri ni rasa menyesal sgt.br la suami ni terus terang itu bukan babi.syukur si isteri....
mana2 yg ada masalah mcmni.yg isteri mengidam benda2 haram ni.sila guna otak ye dlm menyetelkan masalah anda.jgn buat dono je.selamat berjaya.

De Mois said...

Terbaru di SuaraSendiri
Utama : Once broken..considered sold
Segmen Santai : Hilangkan rasa bosan ketika di bilik termenung

Fitrihadi.com said...

hahaha kelakar ar iklan tu...kantoi sudeyyy... adehh

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

bab2 idam mengidam ni lucu kan? knp waktu mengandung je mengidam mcm2? aneh pulak..

btw, nice info u selitkan di entry ni:)

Encik Tikus said...

nak jadi isteri wa ? keh keh

tehr said...

sungguh tak suka bila isteri mengidam
sangat payah untuk membuat dalih
hahaha

Ain Atika said...

alaaa...mana boleh...time ni la isteri nak manja manja,,hihi

aleen aiden said...

hahah.knape mesti bontot keling?arghhhh!!kiwi kasot boleh terima lagi.tapi part bonto* tuh,haih!payah nak cakap.mengalami trauma d cni.hu3

sophie said...

Kesian suami kalo isteri ngidam bukan2.. Nasib boleh atasi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed by Alieff Artwork