WE ARE BLOGGERS UNITED

Saturday, March 26, 2011

Gempa Bumi Myanmar 2011 !

Salam !

Mari kita sama sama istighfar semoga segala dosa dosa kita diampunkan Allah, semoga kita sentiasa dibawah lindungan dan kasih sayang Nya.

Dunia baru sahaja digegarkan dengan bencana Tsunami di Jepun, kini Gempa Bumi pula berlaku di Myanmar. Sungguh dasyat...Untuk maklumat dan bacaan bersama, aku sisipkan petikan, gambar serta video berkenaan maklumat Gempa Bumi di Myanmar Mac 2011.


Kejadian Gempa Bumi Myanmar Mac 2011
Lihat gambar dan video Gempa Bumi di Myanmar Mac 2011 ! Scroll for more !
Wikipedia Gempa Bumi Myanmar 2011 : 
Pada 24 Mac 2011, berlakunya sebuah gempa bumi bermagnitud 6.8 yang berpusat di bahagian timur Negeri Shan di Myanmar yang hipopusatnya sedalam 10 km.[2] Ia disusuli oleh tiga kejutan lanjur yang masing-masing bermagnitud 4.8, 5.4[3] dan 5.0. Pusat gempa terletak 70 batus (110 km) dari bandaraya Chiang Rai di Thailand, di utara Mae Sai dan tenggara Kentung.[4]
Utusan Online :

Gempa bumi di Myanmar, 75 dilapor maut
YANGON 25 Mac - Sekurang-kurangnya 75 orang maut apabila satu gempa bumi kuat menggegarkan timur Myanmar malam tadi, dengan angka korban dijangka meningkat apabila laporan diterima dari kawasan-kawasan terpencil yang masih terputus hubungan.

Gegaran dirasai sejauh Bangkok, hampir 800 kilometer dari pusat gempa di kawasan pergunungan Myanmar, serta Hanoi di Vietnam dan beberapa bahagian China apabila gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter itu berlaku pada 8.25 malam tadi (9.55 malam waktu Malaysia).

Pegawai Myanmar berkata, 74 orang terbunuh dan 111 lagi cedera di lima kawasan berdekatan pusat gempa, manakala lebih 240 bangunan runtuh.

"Kami masih cuba masuk ke kawasan terpencil, dengan tentera, polis dan pihak berkuasa tempatan berusaha untuk mencari mangsa yang cedera di kawasan bencana, tetapi jalan masih ditutup," katanya.

Di seberang sempadan, pihak berkuasa Thailand berkata, seorang wanita berusia 52 tahun maut di daerah Mae Sai ditimpa dinding rumahnya yang roboh.

Utara Thailand turut digegarkan dengan gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter pada 7 pagi ini (8 pagi waktu Malaysia), tetapi pihak berkuasa melaporkan tiada kerosakan besar berlaku.

Penduduk yang ketakutan di wilayah itu keluar rumah dan bangunan tinggi bergoyang, manakala hospital dan sekolah dikosongkan, semasa gempa bumi malam tadi.

Di Yangon, pengarah badan kebajikan World Vision bagi Myanmar, Chris Herink berkata, kerosakan infrastruktur yang besar tidak berlaku di kawasan Kengtung dan Tachileik yang terjejas, walaupun bangunan retak dan bekalan air terputus di sesetengah tempat.

"Namun paling membimbangkan ialah kawasan luar bandar kerana saya khuatir, maklumat tidak menggembirakan akan diterima dari sana sepanjang hari ini," katanya.

Gempa bumi itu berpusat 90 kilometer ke utara Chiang Rai dan 235 kilometer ke timur timur laut Chiang Mai, destinasi popular pelancong di Thailand. - AFP


Harian Metro Online : 
Gegaran Gempa Bumi Di Myanmar Turut Dirasai Di Thailand
BANGKOK: Thailand merasai sedikit gegaran berikutan kejadian gempa bumi dengan kekuatan 6.8 pada skala Richter melanda Myanmar pada malam Jumaat.

Timbalan Pengarah Jabatan Meteorologi Thailand, Somchai Baimuang berkata, penduduk di wilayah utara di Chiang Rai, Chiang Mai, Nam dan Bangkok turut merasai kesan daripada gempa bumi pada pukul 8.55 malam waktu tempatan.

“Jangan panik dan tiada gempa bumi di Thailand dan tiada amaran tsunami dikeluarkan,” katanya.Pusat Amaran Tsunami Pasifik melaporkan kejadian gempa bumi di Myanmar berlaku jauh di pendalaman dan tidak mencetuskan ombak tsunami. -BERNAMA


Magnitude 6.8 - MYANMAR 2011 March 24 13:55:12 UTC : Earthquake Details
  • This event has been reviewed by a seismologist.
Magnitude6.8
Date-Time
Location20.705°N, 99.949°E
Depth10 km (6.2 miles)
RegionMYANMAR
Distances89 km (55 miles) N of Chiang Rai, Thailand
168 km (104 miles) SSW of Yunjinghong, Yunnan, China
589 km (365 miles) NE of Rangoon, Myanmar
772 km (479 miles) N of BANGKOK, Thailand
Location Uncertaintyhorizontal +/- 15.4 km (9.6 miles); depth +/- 5.8 km (3.6 miles)
ParametersNST=109, Nph=109, Dmin=234.9 km, Rmss=0.88 sec, Gp= 36°,
M-type=regional moment magnitude (Mw), Version=C
Source
  • USGS NEIC (WDCS-D)
Event IDusc0002ae



Lihat gambar dan video Gempa Bumi di Myanmar Mac 2011 ! Click for more !

Gambar Gempa Bumi di Myanmar 2011

Gambar Gempa Bumi di Myanmar 2011
Gambar Gempa Bumi di Myanmar 2011 

 Gambar Gempa Bumi di Myanmar 2011

Gambar Gempa Bumi di Myanmar 2011 
Gambar Gempa Bumi di Myanmar 2011 

Gambar Gempa Bumi di Myanmar 2011 

Gambar Gempa Bumi di Myanmar 2011 
Gambar Gempa Bumi di Myanmar 2011 

Gambar Gempa Bumi di Myanmar 2011 

Gambar Gempa Bumi di Myanmar 2011

Gambar Gempa Bumi di Myanmar 2011
Gambar Gempa Bumi di Myanmar 2011 
Gambar Gempa Bumi di Myanmar 2011 
Gambar Gempa Bumi di Myanmar 2011 
Gambar Gempa Bumi di Myanmar 2011 
Gambar Gempa Bumi di Myanmar 2011 

Video Gempa Bumi di Myanmar 2011

Video Gempa Bumi di Myanmar 2011

Video Gempa Bumi di Myanmar 2011


Sebarkan entri ini pada rakan rakan dan sanak saudara dengan click like facebook button dibawah. Doakan keselamatan semua manusia di muka bumi ini. Subhanallah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed by Alieff Artwork