Tuesday, March 01, 2011

Pendidikan Muzik, Nyanyi Lagu Haiwan.

Salam ! 

Hahaha, aku ke yang mengajar Pendidikan Muzik ni ? Oh no way... ! Ni kelas Aishah Haron kawan aku yer, beliau jadi cikgu muzik untuk budak budak khas PPKI nih.. Aku cuma menyebok je lepak dalam kelas beliau sebab aku tengah boring takde kelas...hahaha. 

layan gambar sat !


Feeling Lucky?


Cikgu Nurul @ Silampuneon bersama anak anak murid yang cumel = )
Hai bebeh, peace eberibadiiii...banyak lagi gambar ni scroll down = )

Dari kiri, Tien Kean, Cikgu Nurul @ Silampuneon, Jia An, Li hui & Rong Sao.

Murid murid dalam gambar ni semua kelas Rohani, which is kelas paling bawah sekali. T___T menangis mengajar kelas ni, sebab setiap murid perlukan perhatian penuh dari cikgu. Ibarat mengajar 1 Cikgu : 1 Murid...

Bayangkan, dalam kelas ade 7 orang murid. Cikgu kena ulang benda sama kat murid sebanyak 7 kali...sakik tekak, lemah tenaga zahir dan batin...

Aktiviti nyanyian : Lagu Old MacDonald Had a Farm, Ee Ii Ee Ii Oo

Aktiviti nyanyian lagu haiwan menggunakan topeng haiwan.

Letih mengajar ? Takpe takpe..., hati panas mengajar ni terubat biler tengok murid murid pendidikan khas ni senyum, gelak, sekurang kurangnya dapat terlibat dalam aktiviti pengajaran tuh. So, bebeh...we rock the world ahh ! Chow, till next time = ) 


P/s : Korang korang yang nak mendermakan perabot, barang, makanan, baju, buku cerita, permainan, or duit or apa apa jer boleh contact aku ok ? Kalau korang duduk area Kuala Lumpur, aku boleh datang direct kat korang untuk amik barang barang yang korang nak donate untuk kegunaan murid murid khas ni. Sekolah aku daif, memang memerlukan banyak bantuan = )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed by Alieff Artwork