Sunday, March 06, 2011

Suami Kaki Pukul !


Salam pagi ahad beb !

Malam semalam aku menyaksikan satu tragedi yang menakutkan sangat sangat. Fuh...ni yang aku nak stori sikit ni. Pasal suami kaki pukul.



Masa aku ondaway balik dari kenduri kahwin malam tadi, kereta aku berada di belakang sebuah kereta Unser. Kereta Unser ni lembab semacam jer...aku dah la nak cepat balik. Ape kes lah kereta ni jalan terhenjut henjut ni kan ? Apa yang berlaku dalam kereta tu agaknya ? Entah entah orang dalam kereta ni tengah buat projek !

Feeling Lucky?

Dari pandangan mata yang dikaburi kegelapan malam, aku nampak macam anak tengah pukul pukul bapak dia yang tengah drive. So aku budget, biasa lah tu..budak budak tengah ganggu bapak dia drive kan...

Tapi aku silap. 

Bila aku amati betul betul...sebenarnya apa yang berlaku dalam kereta tu ialah sepasang suami isteri yang tengah berperang ! Aku nampak jelas kali ni, si isteri memukul mukul kepala si suami, kemudian si suami cuba memandu sambil tangan sebelah membalas balik pukulan isteri.

Kereta Unser tu dah terhuyung hayang dah depan kereta aku ni, hampir nak terbabas. Aku slow kan kereta,  mata aku jadi bulat, aku terkejut dan takut sangat...

Kali ini lebih tragis !

Bila sampai trafik light, kereta Unser berhenti kejap. Kali ni tiba giliran si suami memukul isteri. Suami tu dalam keadaan separuh bangun dari seat kereta, menumbuk kuat dan padu, penuh tenaga ke arah kepala isteri sebanyak 3 kali bertalu talu..kali ni kereta Unser tu bergoyang lebih kuat lagi akibat hentakan tumbukan suami tu tadi. Si isteri longlai sekejap sebelah tempat duduk penumpang.

Lepas dari trafik light tu, kereta aku mengarah ke jalan lain. Dan kereta Unser tu terus ke jalan yang lain dalam keadaan terhuyung hayang. Mungkin isteri tu membalas balik pukulan suami tu sementara dia ada kesempatan. Tunggulah giliran suami pulak, time trafik light jer agak agak mati lah isteri dia tu nanti.

Gambar : "suami panas baran, suami pukul isteri sampai mati.... " dah banyak kes macam ni...


Menggigil aku.

Balik rumah aku terus terpempan akibat kejadian tadi. Ya Allah, kau jauhkanlah aku dari segala kejahatan mahklukmu di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya aku hanya berlindung di bawah jagaan dan kasih sayang mu Ya Allah. Kurniakanlah aku suami yang beriman, bertaqwa, bersopan dan sentiasa memahami...

Amin.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed by Alieff Artwork