Saturday, March 26, 2011

Tutorial : Buat Cursor Ciptaan Sendiri.

Salam !

Aku tau korang memang suka kan kelainan dalam blog korang kan ? Amacam, perasan tak cursor blog silampuneon ni special sikit ? Selama ni memang malas nak buat. Hari ni hari sabtu...so godek sikit lah photoshop yang dah berhabuk tu. Aku tau korang boleh buat cursor lebih lawa dari aku. Korang nak cuba buat cursor sendiri tak ? Jom !

Cara Buat Cursor Blog Gambar Sendiri : 
  • Langkah 1
  • Pergi kat Photoshop >> New >> Name :  Cursor Blog
  • Pastikan saiz widht, height, resolution sama seperti di bawah.
  • Langkah 2
  • Kemudian, pergi kat >> Custom Shape Tool >> Pilih Arrow dibahagian atas bar menu.
  • Langkah 3
  • Bermainlah dengan Blending Option, Layer Style untuk mencantikkan cursor korang tu. Dan pastikan korang ubah kedudukan cursor supaya senget (tekan Ctrl+Alt+I) macam kat bawah ni.
  • Langkah 4
  • Aku tau korang lagi terror photoshop kan ? Kalau korang nak letak gambar sendiri pun boleh gak. Korang crop la gambar korang sekecil yang boleh supaya dia fit cursor korang nanti. Contoh gambar muka pada cursor ? Hehehe...tengok bawah ni : Walaupun buruk, aku sure korang boleh buat dengan lebih baik.
  • Langkah 5
  • Dah siap cursor ciptaan sendiri tu, kita nak save pulak. Save as >> CompuServe.Gif
  • Langkah 6
  • Lepas semuanya dah siap, upload gambar cursor korang yang dah siap tadi di Image Hosting atau blog gambar untuk mendapatkan Image Location. Contohnya aku dah upload gambar cursor di blog bergambar aku dan aku Right Click >> Copy Image Location macam ni : 

  • Langkah 7
  • Langkah terakhir, Log In ke Blogspot Account korang. Go to >> Add Page Element >> Pilih Html >> Copy & Paste Kod dibawah : 
  • <style type="text/css">body {cursor:url("https://lh3.googleusercontent.com/-cCJdS4tts74/TY2bAjhXteI/AAAAAAAAHwQ/5Lgz1qegDjo/s1600/neoncursor.gif"),default}</style>
  • Tukar link url image yang berwarna merah di atas dengan Url Image korang yang korang copy sebentar tadi (lihat langkah 6) 
  • Click Save, dan Preview Blog korang ! Siap.
Feeling Lucky?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed by Alieff Artwork