Wednesday, June 01, 2011

Blackhead & Whitehead Remover.

Salam.

Waaa bestnye !! Korang pernah guna benda alah ni tak ? Nama benda ni ialah Blackhead & Whitehead Remover. Benda ni digunakan bila korang nak keluarkan isi perut jerawat korang tu..huhu...saya tak pernah guna benda alah ni until semalam..tetiba rasa nak beli sebatang !

saya tak guna yang tajam tu tau, saya guna yang bulat kat bawah tu...
Harga : RM5.00 jer huhuh

Nak tau best ke tak pakai Blackhead and Whitehead remover ni ? Huhuhu..bagi saya memang syokk laa..Sebab...

Kebaikan Guna Blackhead and Whitehead Remover : 
  • Tak payah susah picit jerawat pakai tangan.
  • Kalau picit jerawat pakai tangan, tangan kotor boleh bagi infection pada kulit muka
  • Dapat mengeluarkan blackhead, whitehead, jerawat batu, jerawat nasi, taik taik jerawat, minyak minyak dalam kulit muka dengan mudah sekali wooo.
  • Tak merosakkan , melecetkan atau mencalarkan kulit muka.
  • Tools remover ni boleh dibasuh dan disimpan dan digunakan banyak kali =)

Cara - cara Guna Blackhead & Whitehead Remover : 
  • Basuh muka korang dengan cleanser @ pencuci muka terlebih dahulu.
  • Lap muka dengan air suam @ sauna muka (air suam dalam mangkuk, korang letak muka atas mangkuk tu bagi wap tu naik kat muka korang) Tujuannya untuk bagi liang roma or pori pori korang tu lembut dan terbuka dan senanglah nanti nak korek keluar jerawat or blackhead yang degil tu.
  • Ambil Blackhead & Whitehead Remover tu dan tenyeh kat semua jerawat jerawat tuh..
  • Mana yang boleh keluarkan la, mana yang tak boleh keluar isi perut tu..biarkan je, jangan paksa nanti rosak muka. 
  • Bila dah siap, basuh muka dengan air biasa...dan last sekali
  • Sapu toner pada muka korang.
  • Siap, muka licin berseri seri  =)
Meh tengok video tentang Cara Guna Blackhead Remover ni..

Meh tengok video tentang Cara Guna Blackhead Remover ni..
Chow !



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed by Alieff Artwork