WE ARE BLOGGERS UNITED

Saturday, May 28, 2011

Cara Buat Pizza !

Salam yall. 

Eah sepertimana yang kamu semua tahu, saya dalam mood cuti...cuti cuti ni saya nak penuhkan dengan perkara yang berfaedah, tak nak berpeleseran tak tentu hala, tak nak fikir benda benda berat berat, tak nak layan orang orang tak senonoh, saya nak jadi orang baik baik je. Jaga diri sendiri dan kecantikan diri dan juga cungkil bakat dan kehandalan saya di dapur. 

Gambar Pizza Handmade neon =)

Wahh macam anak dara pilihan abad semesta gitu..ok ok, tak tak. Papepun saya dah buat sedulang pizza hari ni. *Tepuk**Tepuk**Tepuk* Ya, ini hari bersejarah sebab ini first time saya buat pizza sendiri. Uuuu...Saya memang suka memasak sebenarnya, tapi ikut mood la..so sekarang mood Pizza, esok tak tahulah mood masak ape. Ok lah tanpa lebih banyak membebel tak tentu pasal, meh saya ajar korang cara buat Pizza yang sempoi !

Cara Buat Pizza ! 

Sediakan bahan bahan seperti di bawah :
  • Tepung gandum
  • Yis 
  • Butter
  • Mozarella Cheese
  • Hotdog
  • Chicken Ball
  • Mayonise
  • Daging Kisar or Burger
  • Tomato
  • Bawang
  • Mix Vegetable

ok , yang ni buku turun temurun nih...ni buku resepi mak saya..saya guna resepi dia je.

sukat tepung gandum sebanyak 1Lb = 1 Paun.

dari tepung yang disukat tadi, campurkan...
1/2 cawan tepung + 1/2 packet yis + 1 cawan air suam + 1 sudu gula
gaulkan dan tunggu sehingga larutan pekat , naik dan kembang

gaulkan bahan tadi..

 tunggu larutan kembang seperti ini...yeah...tindakan yis sudah aktif !

sementara tu, tepung yang lebih tadi dimasukkan dalam satu bekas

ambil butter

dalam bekas ni perlu dicampurkan ...
larutan yis yang dah kembang + 10 sudu besar air + 2 sudu besar butter
gaul sehingga jadi doh...

Sementara buat doh, boleh sediakan bahan bahan untuk topping atas pizza.
Mula mula hiriskan bawang besar...

kemudian hiris tomato..

masukkan dalam periuk dan campurkan + sos tomato + sedikit air

masak sehingga jadi kuah  atau tomato pes kalau taknak susah susah, 
boleh beli tomato puri je yang dalam tin tu

Bahan bahan untuk topping Pizza ialah ...
Ketam , Chicken Ball, Hotdog

sementara tu...doh yang belum siap tadi harus lah diuli .. 
uli doh tadi di atas dulang ya...uli banyak kali supaya roti nanti tak bantat atau tak masak...

lepas rasa siap diganyang doh tu..potong belah macam kat bawah ni..
kemudian uli balik semula..means, ulang uli dan uli dan uli lagi...
sampai nampak tekstur doh sebati dan lembut.

siap uli dah...

ambil kain basah kemudian tutup doh yang dah siap tadi..nak tunggu dia kembang

cakk ! dah kembang dah doh pizza kita ni...

sediakan dulang...dan sapu dulang dengan butter dulu ya...
kemudian masukkan doh tadi..pastikan doh tu tak memenuhi paras tinggi dulang. Tinggi doh biar separuh je dari dulang sebab roti tu nanti akan mengembang..
And then cucuk cucuk doh pakai garfu  untuk bagi ruang udara untuk doh bernafas dalam ketuhar...huhu

ambil mayonise dan sapu atas doh...

taraaa cantik kan sapuan ku ini

ambil tomato puri bawang yang da masak sikit tadi dan sapu atas doh...

siap sapu tomato dan bawang...hehehe

ambil daging burger tadi dan hancurkan dan letak atas doh...
kemudian masukkan kejap dalam ketuhar, bagi roti naik kembang kejap...
dalam suhu 180 degree , 5 minit cukup

keluarkan roti yang dah naik kejap tadi dan tabur Mix Vegetable pulak ye

Taburkan Mix Vegetable, Hotdog, Chicken Ball & Ketam

ambil Mozzarella Cheese

Taburkan dengan sesuka hati..penuhkan pizza anda !

Masukkan dalam Ketuhar @ Oven yang suhunya 180 degree, biarkan selama 40 minit.

Ambil garfu dan test sama ada roti  Pizza tu dah masak ke belum..
Kalau lembik tu belum masak laa..Kalau dah nampak macam pizza tu dah masak laa...huhuhu

Ok, inilah rupanya bila dah siap masak !

Huhuhu...Teruja nih nak makan !

Roti Pizza elok kembangnya...nice one !

Time untuk makan !

pingga pertama...1st round..

pinggan kedua..second round..

Sampai 2 pinggan saya makan ni...Komen ? Not bad for first time Pizza lol ! Roti lembut..tapi terlampau kembang pulang, nampak besar gabak tu pizza aku. Ketebalan tahap maksimum ! Hahaha...Rasa boleh tahan la tapi lepas ni saya nak tambah banyak perisa pepper ke nenas ke, bagi mencapai kesedapan tahap maksimum = ) Hihihi...nice one ena , cayook !


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed by Alieff Artwork