Sunday, May 08, 2011

Lelaki Pisau Cukur.

Salam, (ni kisah benar laaa..ofcos)

Bila bercakap tentang lelaki...ada lelaki yang jenis pisau cukur. Kelakar pun ada , bengang pun ada. Seriously aku tak nak mengaibkan sesiapa. Aku cuma berkongsi rasa...suka duka, pelik aneh yang aku lalui ...untuk dijadikan tatapan korang sebagai pengajaran dan pedoman.Inilah pengalaman pertama aku dengan lelaki pisau cukur ni.Nak tahu cerita aku dengan lelaki pisau cukur ni ? Baca...


Aku kenal SENOL ni through rakan youthsays, kira dia ni rakan alam maya la. Aku ni jenis tak kesah la kalau nak berkawan as long as orang tu sempoi dan tak banyak songeh. Senang nak get along...dan yang paling penting dalam berkawan ni kita biarlah ikhlas berkawan tanpa ada niat lain tersembunyi...

Nak dijadikan cerita, aku namakan lelaki ni as SENOL. Sebelum ni dah banyak kali SENOL ajak aku keluar lepak same...tapi memang takde masa. Baru baru ni aku sempat lepak dengan SENOL..so ni first time aku jumpa SENOL secara live.

Masa keluar dengan SENOL ni, ada beberapa perkara pelik dan aneh berlaku la...walaupun raut wajah SENOL seems so fine, tapi cak cak bom cak jangan sangka air tenang takde buaya...

First place aku dengan SENOL pergi ialah wayang...nak tengok wayang punya pasal, okaylah. Dalam otak aku, aku ni belum dapat gaji lagi walaupun dah kerja 5 bulan...Kalau tengok wayang, biarlah sendiri sendiri bayar...aku pun takde duit nak bayar untuk orang lain kan. Masa nak bayar tu SENOL suruh aku dahulukan duit aku dulu...Aku dalam hati... "Aik..aku yang kayap ni nak kena belanja ko ke ? , Ok ok...aku bayar dulu, jap g tak bayar siap ko" And so , kami pun tengok wayang.

Dalam wayang tu pulak...tak habis habis mencuit aku. Menunjukkan betapa sosial nya si SENOL ni bergaul dengan perempuan...Mungkin dia silap orang nak berkawan, sebab aku bukan jenis suka bercuit cuit dengan lelaki nih. (GLAD). Boleh kata setiap butir yang SENOL nak cakap dengan aku, setiap kali tu dia cuit aku...macam tak boleh duduk diam. Last last aku cakap macam ni "Weh ko boleh tak jangan nak pegang pegang?". Seriously, tengok wayang dengan mood rosak, tak sabar tunggu wayang THE END.Habis wayang, terus mood nak balik je !

Ohya, for your information, SENOL ni ada awek tau tak. Masa jumpa tu aku siap tanya, "Ko dah bagitau awek ko ke belum ko keluar dengan aku ni?" ... SENOL "Haah, dah inform dah tadi"...Ok bagus la tu. Tapi, apa yang tak bagusnya perangai yang SENOL baru tunjuk kat aku masa sebelum dan selepas wayang tadi memang betul betul wat hati perempuan aku tersentuh lagi lagi bila mengenang awek dia. Aku tak tau ape perasaan awek dia kalau dapat tahu perangai boyfriend dia macam ni...Ok, sambung cerita...kitorang lepas wayang terus rasa nak balik.

On the way nak hantar SENOL balik naik pengangkutan awam ni, aku pun rasa nak singgah makan pau panas. Aku sindir SENOL, "Beb, aku dah belanja ko tengok wayang tadi, ko belanja aku makan pulak". SENOL nampak macam tak selesa tapi menurut...Dalam hati aku, bukanlah nak dia belanja besar, cuma aku nak tengok keikhlasan dia keluar sedikit duit untuk hangout hari ni. Makan pau panas je pun, dengan air kosong dua gelas, murah je RM3.80. Lepas makan, SENOL tak dapat nak bayar pulak dah. Dia cakap..."Weh aku betul betul takde duit ni, serious". Aku pulak..."Ko biar betul ko takde duit ni?Hurm..." Dalam hati aku memang dah panas tahap matahari dah...muka macam burning, tapi maintain cool. "Takpelah biar aku bayar." Pergh nasib baik aku makan pau sambal je ni ! Kalau aku drop singgah Kentucky tadi camne?! Cis. Cis, kalau betul lah SENOL ni takde duit, kenapa dah hampir berminggu minggu ajak aku keluar ? Ajak keluar macam banyak duit,..tapi macam ni punya gaya !

Dah makan pau kan, dah kenyang kan, dah tengok wayang happy kan...aku pun drop dia kat pengangkutan awam...Bye bye dan Salam diberi. Namun balik dengan rasa hati panas...panas...sabar. Dalam kesabaran aku tu, aku nak juga SENOL ni tahu bahawa takde dah perempuan dalam dunia ni boleh tahan berkawan dengan lelaki jenis pisau cukur, tak nak keluar se sen pun masa keluar , suka ambil kesempatan dan kesempitan perempuan. Bukan aku...kalau orang lain yalah. So aku tagged dia kaw kaw dalam facebook supaya orang lain AWARE dan BEWARE dengan gelagat si SENOL ni. Macam aku cakap tadi, bukan niat nak mengaibkan, tapi aku taknak perempuan lain kena kencing macam aku kena tuh. Niat aku baik kan ?

Malam tu jugak aku dapat mesej dari SENOL... "THANKS FOR SPOIL EVERYTHING TODAY". Sentap ? Adakah aku yang sentap atau dia yang sentap...Sebenarnya dia bermain api dengan perempuan yang salah. Bukan aku jenis berkira setakat wayang dan makan pau panas, tapi gaya SENOL memang tak layak nak dijadikan kawan. Maafkan aku SENOL, lain orang lah yer. Mungkin SENOL terasa dengan apa yang aku buat dekat dia, serentak dengan itu aku pun terima MESEJ SORRY, & MESEJ TOPAP RM15 dari SENOL.

Kalaulah SENOL ni dan suku sakat dia baca kisah lelaki pisau cukur ni. Berubahlah ke arah kebaikan, hargailah perempuan yang korang kenal. Hargailah nilai sebuah persahabatan...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed by Alieff Artwork