Friday, May 27, 2011

Petua Cairkan Taik Telinga & Bahaya Cotton Buds.

Hah, best tak tajuk entri kali ni ? Pernah tak kamu rasa yang taik telinga kamu tu cair semacam ? Huhuhu...time tu lah rasanya nikmat paling best, kena cepat cepat ambli cotton bud dan jolok jolok dalam lubang telinga..alaa sape kata tak pernah tu tipu la ok..

Bahaya nya cotton buds...dari pengalaman saya sendiri...
tapi saya masih menggunakan cotton buds ni

Sebenarnya memang tak elok pakai cotton bud bila nak bersihkan @ korek taik telinga ni...Pengalaman telah mengajar saya. Tapi err...saya memang tak reti nak pakai pengorek telinga yang besi tu..geli laa nak kena bersihkan lepas guna. Hehehe..better cotton bud @ kapas tu..pakai buang jer..


Di sini, saya nak kongsi maklumat tentang Cara Bersihkan @ Cairkan Taik Telinga dengan mencairkan taik telinga. Wah..camne tu agaknya ek..
Petua @  Tips @ Cara Bersihkan @ Cairkan Taik Telinga : 
  • Gunakan mineral oil @ baby oil dan titiskan dalam beberapa titisan ke dalam telinga korang..
  • Sengetkan kepala semasa menitiskan baby oil tu supaya minyak tu masuk betul dalam telinga tu..
  • Ulang langkah titis minyak baby oil ni dalam masa 2-3 hari..Hal ni untuk melembutkan taik telinga yang keras cam konkrit tuh...
  • Sampai hari ketiga tu..ambil air suam dan titiskan ke dalam telinga korang..
  • Sambil titiskan air suam tu, pastikan kepala senget dan tarik telinga tu sikit untuk bagi air suam tu sampai terus ke dalam telinga.
  • Kemudian, get ready pergi kat sinki dan sengetkan kepala korang..InsyaAllah taik telinga @ ear wax tu akan keluar dengan lancar ; )

P/s : Jangan cuba untuk membersihkan penyumbatan telinga lilin apapun dengan kapas atau instrumen lain , anda boleh mendorong kotoran telinga lebih jauh ke telinga anda dan menyebabkan kerosakan serius pada telinga bahagian dalam atau gendang telinga. Credit : Melt Ear Wax



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed by Alieff Artwork