Wednesday, June 01, 2011

Cara Buat Puding Karamel.

Yeepe ! Berjaya juga saya buat Puding Karamel hari ni...memang syok dan seronok sioot. Korang suka tak makan puding karamel nih ? Senang je nak buat puding nih..sedap tauuuu ! cuba laa

Cara Buat Puding Karamel. 

 Cara Buat Puding Karamel.
Sediakan bahan bahan seperti berikut : 
  • Tepung kastad 1/2 sudu besar
  • Telur 7 biji
  • Susu pekat 1/2 tin
  • Susu cair 1 tin
  • Esen vanilla 1/2 sudu besar
  • Gula pasir 8 sudu besar
  • Loyang
  • Periuk kukus
 ok sediakan bahan bahan di bawah

Mula mula ambil loyang, dan masak gula atas loyang. 
Masukkan 8 sudu gula, dan kacau sehingga warna perang. 
Kemudian biarkan loyang tu kat tepi.

Ambil mangkuk dan pecahkan 7 biji telur dan kacau sebati. 
Kemudian masukkan tepung kastad dan kacau...

Masukkan esen vanilla 1/2 sudu besar ya..kacau lagi...

Masukkan 1/2 tin susu pekat & 1 tin susu cair dan kacau lagi..

kacau sehingga sebati yaaa...

dah siap...
sekarang masukkan larutan telur tadi ke dalam loyang berisi gula perang tadi.

sediakan peralatan untuk mengukus seperti periuk di bawah...
letak air dalam periuk...

Masukkan loyang yang sudah berisi larutan tadi ke
dalam periuk untuk dikukus...

Buka api, dan biarkan puding karamel dikukus selama 25-30 minit...
gunakan api yang sederhana sahaja...

selepas 25 minit puding karamel dikukus..tada.aaaaa...

Ambil loyang tadi dan terbalikkan isi puding karamel ke atas dulang kaca yang cantik !

sungguh menarik perhatian dan menyelerakan

wow...cantiknya !

jemput makan kawan kawan, jemput makan semua

potong dengan penuh bergaya

makan ! sodapppp !
Hebat takk huhu =) Lepas ni nak cuba resepi apa lagi yer...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed by Alieff Artwork