WE ARE BLOGGERS UNITED

Wednesday, June 08, 2011

Sugar Glider Saya.

Salam, alhamdulillah hari ni kita diberi peluang untuk bernafas dan hidup di muka bumi Allah ni. Saya harap kamu semua sihat selalu, ceria dan gembira. Kalau hati tak gembira pun, buat buat la macam gembira ok..

Saya nak memperkenalkan ahli keluarga terbaru saya...Sugar Glider ! Kelmarin owner Sugar Glider ni bertungkus lumus cari rumah saya, sampai pukul 10.30 malam baru jumpa rumah.Sanggup dia berkejaran dari keramat ke danau kota kemudian ke rumah saya pulak. Cewah dah nama pun businessman kan.  Penantian kehadiran Sugar Glider ni buat saya teruja huhu..malam pun malam laa..

Koleksi Gambar Sugar Glider via Blackberry Torch
Inilah Sugar Glider saya...
Dua ekor sugar glider yang sangat comel.. yang betina manja, yang jantan garang sikit. Barulah ceria kan = )
Inilah dia buah hati pengarang jantung saya...sugar glider

Allah jadikan haiwan ni comel, eksotik, unik...subhanallah =)

Koleksi Gambar Sugar Glider via BlackberryCurve (sorry gambar kurang kualiti)
Inilah sangkar suggie saya..comel je, mcm cangkar burung..orang kata suggie ni nak kena sangkar besar. Tapi Kalau suggie ni baby lagi rasanya tak perlu sangkar besar kot. Nanti kalau dah masuk peringkat remaja ke, boleh la saya bikin satu sangkar khas untuk mereka =)


Cantik kan sangkar ni...ada tempat untuk suggie saya bergayut dan beraksi...

tadaaa...inilah sugar glider saya, saya janji nak jaga diorang baik baik..
nak sayang diorang ni sangat sangat..

adik saya pun suka suggie ni ; )

bukan adik saya je suka, mak ayah saya pun macam berminat sangat dengan suggie saya ni hehehe...
mak cakap kalau kita boleh beranak pinak suggie ni leh buat bisnes = )


suggie naik atas pala saya..merayap satu badan saya...seronoknya...
berkenalan dengan tuan baru =)

Masa untuk beraksi suggie sayang...naik atas glider !

hayun hayun macam kat sarkas !

hayun lagi sayang, buai laju laju...

eh panjat pulak ? ok ok panjat laaa

eh melompat pulak ? aksi apa kamu tunjuk ni sayang ?

eh eh kamu dua ekor ni nak tido dah ke ? tak sempat menyempat laa kamu ni..

dah tidur pun.. comel sungguh !

Alhamdulillah, walau mahal harga suggie saya ni, saya bersyukur dan gembira dapat bela haiwan ni. Memang merekalah yang akan jadi kawan baik saya selain laptop dan blog lepas ni. Keutamaan hanya buat mereka dua ekor ni. InsyaAllah saya akan jaga dengan baik = ) Chow ya..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed by Alieff Artwork