WE ARE BLOGGERS UNITED

Friday, July 15, 2011

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (Pengalaman Temuduga !! )

Salam !

Fuhh...jerit jerit sekarang jerit...sila lepas tension sekarang !! Huaaa...saya dah puas menjerit macam orang gila dalam kereta masa balik dari temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran pagi tadi. Lega betul menjerit lepas terkaku-gigil-sentap masa temuduga tadi. Jom saya ceritakan sikit pasal temuduga tadi...

debaran temuduga SPP huahaha...

Ini dia tempatnya, dan peta @ map ke Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran di Putrajaya. 

Alamat : Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
Kompleks Jabatan Perdana Menteri Level 1, 62526 Putrajaya 03-8871 7300 spp.gov.my


Suasana masa sampai SPP : Ramai giler laa cikgu cikgi hari ini pakai baju superb smart bersedia untuk masuk temuduga...dalam hati berdebar dup dap dup dap.

Suasana masuk ruang temuduga : Semua ambil tempat duduk dan dikehendaki memberi sijil kepada urusetia. Bilik temuduga pun diberikan waktu tu..dan tibalah saat untuk menunggu nama dipanggil...hati berdebar lagi dup dap dup dap.

Kringgg ! Loceng bunyi : Nurul Aina, Afiq, Alia, Razimah, dan Nairul sila masuk Bilik No. 2. Pergh...group pertama masuk interview tuh ! 

Suasana dalam bilik temuduga : Masuk sekali 5 orang satu bilik. Alhamdulillah, jumpa geng geng lama di maktab dulu...Ajeem, Alia Firda, Afiq dan seorang rakan blog Nerol. Tak sangka,masuk sebliik pulak tu...tanpa dirancang, huhu nasib badan, mujurlah ada kalian semua...

Perbualan & Soalan Temuduga SPP : Memperkenalkan diri dengan yakin sekali...dan soalan soalan yang diberikan adalah seperti dibawah (memanglah dua soalan sahaja, tapi duduk dalam bilik tu kena soal siasat sampai sejam T_T)

Dato : "Apa ciri utama guru yang disukai murid?"
alia : kreatif
saya : penyayang
ajeem : sabar
nerol : berilmu
afiq : pakar
(dan banyak lagi lah ciri-ciri guru yang kami bagi...itupun dia taknak terima gak, hampess)
Dato : "Semua salah. jawapannya Guru Yang Boleh Mengajar"

Dato : "Terdapat 5 Teori Pembelajaran iaitu Konstruktivisme, Masteri,  Belajar Cara Belajar, Akses Kendiri, Kecerdasan Pelbagai. Ha...pilih sorang satu dan terangkan apa maksud dan berikan contoh"
Kami : Gulp...telan air liur...ahh sudah, teori pulak !
Saya : mampus...satu haprak pun aku tak tau...
Kami pun saling bisik membisik.
Dato : Woi, ni peperiksaan ni, mana boleh bisik bisik ! (muka ketat)


Mampus...sampai time saya...saya pun selamber belasah jela...apa yang terlintas kat kepala otak, jawab je la. Memang saya tak berkenan betul semua benda teori ni. Nasib baik dato tu terima je jawapan saya dengan pasrah.

Geng-geng yang lain pun semuanya bertarung bagi jawapan. Rasanya kami semua dah beri sehabis baik dah dalam menjawab soalan dato tu. Tapi dato tu ada je nak pusing pusing cerita , saja buat kami cuak lebih., sebab tulah makan masa sampai sejam ! Tapi overall semuanya boleh bercakap dan takde yang bisu. Hehehe...InsyaAllah, kita semua akan lulus temuduga ni nanti =)


Muka-muka lega selepas habis temuduga SPP =)
Ajeem.

Afiq

Alia firda

Nerol

Neo

Gambar ni entah nak senyum ke, nak jerit ke, nak memerut ke, hahaha...oklah, sebenarnya kepala otak saya ni tengah sengal sebab tamparan daripada sesi temuduga tadi.. Dah lama tak rasa cuak macam ni. Hahaha...lepas satu azab. Lepas ni nak tunggu panggilan untuk KISSM pulak ! Hayya....sapa dah pergi KISSM ? Leh kongsi idea...

P/s : Hampir sejam pusing putrajaya tadi cari jalan balik...aduhaii fail betul ! Konon nak ikut jalan lain masa balik...alih alih berpusing pusing saya dalam putrajaya cyberjaya tadi. Merry Go Round !


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed by Alieff Artwork