WE ARE BLOGGERS UNITED

Sunday, July 03, 2011

Tempat Tidur Sugar Glider.

Salam,

Saya tak pernah membeli apa apa peralatan untuk Sugar Glider saya bermain. Bukan taknak beli, cuma kalau difikirkan, banyak lagi yang boleh saya beli dengan duit tu. Kalau ada rezeki lebih, saya teringin nak buat sendiri je semua peralatan dan kelengkapan untuk sugar glider saya ni. 

Sebelum ni sugar glider saya ni tidur dalam kotak tisu yang dialas dengan kapas sahaja. Makin lama makin kotor kotak tisu tu, jadi saya pun buang lah. Semalam saya buatkan tempat tidur khas buat sugar glider kesayangan saya ni. Hehe.mudah sahaja !

Cara buat tempat tidur Sugar Glider ? 

Guna tuala goodmorning jer untuk buat kantung tempat tidur sugar glider ni. Apa yang diperlukan hanyalah goodmorning towel, dan riben. Ambil riben dan ikat keempat-empat penjuru goodmorning towel tu.Kemudian pasang la kat sangkar =) Kalau kotor ni bloeh basuh tau, Senang jer...kan ?

tempat tidur untuk sugar glider saya, boleh basuh lagi tu =) handmade tau

merasa tidur kat katil baru hehehe...syok la tu..lembut pun lembut...

macam buaian baby la pulak kan

yeay, mummy bagi katil baru untuk kami...hoorey

seronoknya !!

Comel kan diorang ni ? Ada idea tak peralatan apa lagi yang boleh dibuat sendiri tanpa perlu beli ? Huhu...Seronok laa buat barang barang sendiri ni...tak payah membazir tau.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed by Alieff Artwork