Tuesday, September 06, 2011

Cara Pembiakan Ikan Laga.

Salam, 

Setelah sekian lamanya saya tak cerita pasal ikan laga kesayangan saya ni. Grape nama diberi. Dah lama grape hidup berseorang dalam balang ikan tu. Kesian saya tengok...saya pasti Grape ni tengah nak mengawan sebab dia selalu buat buih dalam balang tu...kalau dia buat buih..penuh satu balang tu dengan buih dia...

So semalam saya decide untuk mengahwinkan Grape dengan si anak dara ikan laga. Anak darakah ? Hahah...Ikan laga anak dara ini saya namakan Seri Muka. Apakah tak kena langsung nama diorang ni kan ? Entahlaa saya ni tak kreatif dalam menamakan anak-anak. Nama ikan laga ni Seri Muka sebab dia warna kehijau-hijauan sikit. Harapan, agar Grape dan Seri Muka bersatu dan bertelur sebanyak mungkin ya...tapi kenalah buat dengan cara yang betul...baru menjadi.

 Grape...berseekoran dalam balang ikan

Grape...kamu dah ada teman !

sediakan cawan transparent dulu..

masukkan anak dara ikan laga ni...hai Seri Muka !

masukkan gelas dalam balang ikan =)

Seri Muka in da house ! Ha...welcome welcome..buatlah macam rumah sendiri =)

sesi ice breaking antara Grape dan Seri Muka.

bergaduh..berlaga dengan dinding sebab tak dapat berlaga satu sama lain

Mengembang menyinga dua dua ikan laga saya ni..hahaha..camne nak kahwin kalau tak serasi lagi kan ? So mari kita tunggu dan lihat sesi icebreaking ni..saya bagi tempoh orentasi kat Seri Muka selama seminggu =)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed by Alieff Artwork