WE ARE BLOGGERS UNITED

Tuesday, December 13, 2011

Cara Buat Mashed Potato =)

Salam!

Dah lama teringin nak buat mashed potato ala ala KFC ! Akhirnya...berjaya juga saya buat mashed potato yang super sedap ! Simple dan senang sekali =)

 
Nak tau cara buat mashed potato mudah ?Sediakan bahan bahan berikut :

  • 6 Biji Kentang
  • Lada Hitam
  • Kiub ayam / Chicken Gravy Mixed (yang telah dicampurkan dengan air)
  • 2 Sudu besar tepung jagung
  • 2 Sudu butter
  • Air 

Cara memasak Mashed Potato !
  1. Rebus kentang yang telah dikupas kulitnya sehingga empuk.
  2. Lenyek kentang yang sudah empuk sehingga sebati.
  3. Kepalkan kentang lenyek menjadi bulatan kecil yang cantik.


Cara membuat kuah Mashed Potato !
  1. Cairkan 2 Sudu besar butter dalam periuk.
  2. Masukkan kiub ayam @  chicken gravy mixed yang telah dicampur air 
  3. Gaulkan sehngga sebati
  4. Kemudian masukkan 2 sudu tepung jagung dan gaul sehingga mendidih
  5. Masukkan lada hitam secukup rasa. 
  6. Siap !

Cara untuk menghidang Mashed Potato ?
  1. Sediakan mangkuk.
  2. Masukkan 2-3 ketul kentang yang dikepal bulat cantik tadi.
  3. Tuangkan sedikit kuah chicken pepper sauce tadi ke atas kentang tu.
  4. Sedia untuk dimakan =)




Daftar Percuma Terima RM10
Modal RM10 Pendapatan Berterusan
Jana Pendapatan Cara Mudah & Terbaru
Portal Iklan & Bisnes Online No. 1 Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed by Alieff Artwork