Thursday, December 15, 2011

Hukum Suami Pukul Isteri.

Salam,

Apa hukumnya kalau suami memukul isteri? Sekarang ni dah banyak kes berlaku...ada suami yang pukul isteri sesuka hati..ada juga suami yang pukul isteri sebab nak bagi pengajaran atas kesalahan isteri...tapi kebanyakkan kes yang kita dengar...ialah kes dera. Suami dera isteri. Suami belasah isteri. Isteri salah sikit, kena pukul...Semoga kita sentiasa dilindungi Allah...Jadilah suami atau isteri yang taat...dan berpegang teguhlah pada landasan agama...barulah hidup bahagia, tenang sentiasa...

Jadi apa hukumnya ?


Apa-apa jenis keganasan adalah tidak direstui oleh ajaran Islam. Kitab suci al-Quran amat menekankan kasih sayang, kehalusan budi dan keadilan di dalam perhubungan antara anggota keluarga dan melarang segala jenis kezaliman.


Aishah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. tidak pernah memukul pesuruh atau isteri Baginda, dan Baginda tidak pernah memukul sesiapa dengan tangan Baginda sendiri.

Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda bahawa, “Yang paling baik di kalangan kamu adalah mereka yang paling bersopan terhadap isterinya.”

Perlu dinyatakan bahawa perbuatan suami yang memukul isteri boleh dianggap sebagai suatu penganiayaan. Perbuatan ini adalah salah di bawah Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984. Sekiranya suami disabit kesalahan menganiayai isterinya maka beliau boleh dihukum denda sehingga seribu ringgit atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali. Ini adalah terturut di dalam Seksyen 127 Akta. - munajahcinta


Cerita , kisah benar, Suami Pukul Isteri : 

Assalamua'laikum Ustaz, saya baru saja mendirikan rumah tangga masuk 9 bulan. Suami saya seorang yang agak panas baran dan saya tidak pula pandai menanganinya. Semenjak berkahwin, suami saya sering memukul saya apabila berlaku perselisihan. Kami jarang bertengkar mulut kerana kebanyakannya dipenuhi dengan sepak terajang dari suami saya. Keadaan saya sangat teruk, selain mendapat luka lebam, kadang-kadang sehingga saya tidak sedarkan diri dan pecah darah mata saya. Setiap kali selepas kena pukul saya tidak dapat lagi berbincang tentang isu yang timbul kerana takut mengundang kemarahan suami saya. Oleh itu, saya amat tertekan kerana saya dan suami tidak dapat menyelesaikan isu yang saya anggap penting.


Buat pengetahuan Ustaz semenjak kahwen sudah 5 kali saya kena pukul ( hampir setiap bulan). Saya sedang hamil 4 bulan sekarang. Pada waktu kehamilan saya juga sudah 2 kali saya dipukul (pada usia kehamilan 2 bulan dan 3 bulan). Suami saya melepaskan marahnya tidak kira tempat termasuklah di rumah mertua saya. Dia bersifat kasar pada saya walaupun dihadapan ibu dan ayahnya, namun dia hanya memukul saya di dalam bilik tanpa pengetahuan sesiapa. Cuma orang dapat melihat kesan luka terutamanya pada wajah saya pada keesokan harinya (mertua saya juga pernah melihat kesan luka yang tidak dapat saya selindung). 
 

 Kali terakhir suami saya memukul saya semasa usia kandungan saya 3 bulan, 2 bulan yang lalu. Kebetulan keesokan harinya, suami saya perlu 'outstation' selama 2 minggu. Dia meninggalkan saya tanpa sepatah perkataan, dan pada hari itu juga saya mengalami tumpah darah, saya yang tidak mampu bangun akibat dipukul, namun saya gagah keluar untuk ke klinik mendapatkan rawatan bagi kandungan saya. Kemudian saya menelefon ibu saya, meminta bantuan ibu bapa saya dan menceritakan keadaan kandungan saya. Saya menelefon suami saya untuk memaklumkan keadaan saya dan ingin memberitahunya yang saya ingin pulang berehat di kampung sementara dia tiada, namun gagal. Abang saya sampai di rumah kami yang mengambil masa lebih kurang 10 jam, dan ingin membawa saya pulang ke kampung setelah melihat keadaan saya. Beberapakali saya menelefon suami saya, dia tidak mengangkat, maka saya hanya menghantar pesanan ringkas memberitahu saya mengikut abang saya pulang ke kampung kerana berlaku pendarahan. 
 

Sampai di kampung, saya terus diamksudkan ke wad selama hampir seminggu kerana pendarahan, luka-luka dan mengalami abdomen yang sudah bengkak ( mungkin akibat dipukul). Dari situ, barulah ibu bapa saya mengetahui bahawa saya dipukul oleh suami saya. Selama ini saya tidak pernah memaklumkan hal ini kepada sesiapa. Sepanjang berada di kampung saya gagal menghubungi suami saya walaupun sudah berulang kali menghubunginya. Keluarga saya amat marah kepadanya, begitu juga saya yang terkilan dengan sikapnya. Keluarga saya tidak dapat menerima lagi suami saya, namun saya meminta agar saya diberi masa untuk berfikir. 
 

Hampir sebulan menunggu barulah saya mendapat berita dari suami yang menyatakan hasratnya untuk berjumpa saya di kampung. Apabila suami saya sampai, dia menyatakan salahnya dan memohon maaf malah dia juga menyatakan dia masih sayang dan ingin bersama saya semula. Ayah saya ingin memberi kami masa dan peluang untuk berfikir, namun sementera itu ayah saya meminta izin suami untuk menjaga saya sehingga saya benar-benar sembuh dan suami saya boleh melawat pada bila-bila masa yang dikehendakinya. suami saya mengizinkannya.


Masalah yang saya hadapi ustaz, saya amat takut untuk kembali kepada suami saya, dan saya juga risau akan perkara ini akan berulang. Saya juga pernah meminta nasihat di pejabat agama. Hampir 2 bulan saya tinggal di kampung dan suami datang menjenguk setiap 2 minggu. Keluarga mertua saya pula menyalahkan saya, namun meminta saya melupakan hal yang lama. Saya sayangkan rumahtangga saya, tapi saya benar-benar takut akan perkara ini berulang dan ia memudaratkan saya dan juga kandungan saya.Saya juga tidak mudah melupakan perkara yang berlaku kadang-kadang sehingga terbawa-bawa ke mimpi. Malah saya takut suami saya akan memukul anak kami dengan teruk suatu hari nanti. Apa yang perlu saya pertimbangkan atau lakukan ustaz? Pada bulan puasa ini suami saya menyatakan yang dia terlalu rindu dengan kehadiran saya disisinya, dan saya juga tidak mahu membiarkn suami saya seorang diri.  -tanya-ustaz-
 

Jawapan kepada kisah Suami Pukul Isteri : Hukum Suami Pukul Isteri.

Islam melarang dengan keras seseorang memukul isterinya seperti memukul hamba abdi, ini bertentangan dengan kesucian Islam sebagai agama selamat. Islam mengajar kepada umatnya agar berlemah  lembut dan bertimbang rasa didalam segala hal, terutama sekali didalam perkara2 berhubung dengan rumah tangga   (isteri dan anak2).

Sabda Rasulullah dalam hadis yang bermaksud : "Sesempurna iman orang2 mukmin ialah yang paling baik kelakuannya, dan  yang paling lembut terhadap isterinya". Riwayat Imam Al Bukhari dan Muslim.

"Tergamakkah seseorang kamu memukul isteri sepertimana memukul seorang hamba abdi, kemudian dia memeluknya pula, tidakkah dia (suami) merasa malu". Riwayat Imam Ibnu Saad.

Sekiranya berlaku salah sangka atau pun mengesyaki sesuatu yang kurang baik terhadap isteri. Maka janganlah mengambil tindakan yang keterlaluan terhadapnya atau menuduhnya, atau memaki hamunnya, dengan mengeluarkan kata2 yang kesat yang boleh menyebabkan rasa hormat isteri terhadap suami akan berkurangan.

Sebaiknya hendaklah segera kembali kepada Allah dan rujuklah kepada AlQuran, didalamnya terdapat ubat yang paling mujarab yang dapat megatasi  segala masalah tanpa menghadapi apa2 kerugian baik dari segi kewangan atau fizikal. (tak payah nak pakai lawyer dan sebagainya).

Dalam surah An Nisa' ayat 34-35 Allah menerangkan : "Dan wanita2 yang kamu bimbang penderhakaannya mereka, hendaklah kamu  (sang suami) memberi mereka nasihat2, dan berpisahlah kamu dari tempat tidur mereka, kemudian pukullah mereka, maka jika mereka patuh kepada kamu, janganlah mencari jalan untuk memberatkan mereka lagi, sesungguhnya Allah adalah Maha Tinggi lagi Maha Besar.... Dan jika kamu bimbang perceraian antara kedua mereka, hendaklah kamu kirimkan orang tengah dari keluarga isteri .... Sekiranya keduanya inginkan kebaikan, nescaya Allah akan menyatukan fikiran mereka antara keduanya. Sesungguhnya Allah itu adalah Amat mengetahui lagi Amat Mengerti.

Begitulah ajaran Allah terhadap hamba2nya yang mahu beriman. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Seburuk2 yang halal kepada Allah ialah Thalak..." Hadis riwayat Imam Abu  daud dan Ibnu Majah . 

Pukulan yang ringan menandakan kasih sayang supaya memberi insaf kepada sang isteri. Pukulan itu hendaknya tidak mengeluarkan darah atau pecah,terutama sekali dikawasan muka isteri.

Pukulan dimuka adalah dilarang samasekali. Rata2nya ramai sang suami yang melakukan perbuatan yang melampaui batas ini. Bertaubatlah dan insaflah terhadap apa yang kita lakukan terhadap seseorang yang kita sayang dari mula alam  perkahwinan. Pukulan yang tidak mendatangkan faedah lagi menyiksakan makhluk yang lemah ini mendatangkan haram dan murka Allah.

Maka berpisahlah dengan baik kerana Allah. Sekiranya seorang isteri itu meminta Thalak kepada sang suami tanpa sebarang sebab yang di HALALkan oleh Syarak. maka haramlah isteri tersebut mencium bau Syurga, Apatah lagi memasuki Syurga. Kalau derhaka kepada sang suami melalui kata2 kesat, maka digunting lidahnya didalam Neraka dan akan dituang kedalam mulutnya dari air Neraka
yang mendidih.-sue-

P/s : Ya Allah...lindungilah kami dari kejahatan , kekejaman, keganasan makhlukmu...Sayangi kami, rahmatilah kehidupan kami...amin...





Daftar Percuma Terima RM10
Modal RM10 Pendapatan Berterusan
Jana Pendapatan Cara Mudah & Terbaru
Portal Iklan & Bisnes Online No. 1 Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed by Alieff Artwork