"some of us think holding ON make us strong; but sometimes it is letting GO"
Mencari neon...makin malap rasanya hari hari aku ni. Wahai Kuala Lumpur, hati aku rasanya bukan di sini. Tapi aku akan cuba yang terbaik...penuh tangis dan lesunya langkah ni, aku kena gak puaskan hati semua orang yang aku sayang.
7 Feburari 2011, akan merasa bagaimana suasana sebenar seorang insan bergelar guru. Macamana rasanya nak berdepan dengan suasana itu sedangkan hati menjerit nak ke tempat lain...Ya Allah, ikhlaskanlah hati aku ni nak mengajar, janganlah esok aku buat benda yang bukan bukan pulak. Kuatkanlah semangat aku Ya Allah.
Tak pasti apa yang dikejar, tapi semestinya mahu lari dari keadaan ni. Bosan, terperuk, desakan, paksaan, kongkongan, takde tempat untuk meluah rasa hati...overall, itu yang aku rasa...Kembalikanlah sinar hidupku Ya Allah. Jadikanlah hidup hamba mu ini kepada hidup yang lebih bermakna...
Aku bukan permainan, aku bukan sebuah objek yang boleh disepak terajang sesuka hati...Aku ada hati, aku ada perasaan. Jangan dipaksa paksa aku suka benda yang aku benci. Jangan didesak aku buat perkara yang aku tak suka. Jangan bina hidup aku sebab aku nak bina hidup aku sendiri.
Ya Allah, please kuatkan semangat aku..kurniakan aku seorang kawan yang boleh membimbing aku, menasihati aku, memimpin aku ke jalan mu yang benar, yang kau redhai...