Jangan Berkira Sangat.

Salah satu sifat manusia yang saya kurang gemar ialah, orang yang suka berkira. Tau apa maksud berkira tu tak ? Berkira ni lebih kurang dengan maksud bahasa inggeris stingy, self centered. Berkira ni teridiri dari segi duit, masa, tenaga, ... semuanya nak berkira. Semuanya nak kedekut, semuanya nak mengungkit, semuanya dilakukan untuk diri sendiri je...orang lain lantak kira.

Tak kira dalam kalangan kawan atau famili. 
Janganlah berkira sangat. 

kadang kadang kita tak perasan kan...

Kalau bab duit tu...setakat belanja kawan-kawan sekali sekala apa salahnya. Ikhlaskan hati...tau tak kalau kita memberi, Allah janjikan pahala serta rezeki yang lebih besar pada kita. So hari ni korang belanja la kawan korang tu..esok nanti dia belanja korang pulak kan ? Janganlah pula terlampau mengharap orang lain akan balas balik..ikhlaskan hati bersedekah.

Kalau bab masa tu...setakat tolong kawan hantar kat LRT sekejap apa salahnya...takkan sekadar nak kejar tidur atau nak jumpa boipren punya pasal..kawan pun taknak tolong. Berapa minit sangatlah nak hantar kawan tu kat LRT kan ?

Kalau bab tenaga tu...setakat tolong jaga harta benda kawan kawan tu apa salahnya, tolong simpan barang ke, tolong ambilkan buku rekod ke, tolong buatkan kerja sikit ke, tolong belikan barang ke..tak luak pun tenaga korang tu. Kalau kita tak buat baik untuk diri orang lain, masakan orang lain nak buat baik terhadap kita kan ?

So, sama-samalah kita jadi insan yang pemurah ya (termasuk saya ni ha). Pemurah dari segi duit, masa dan tenaga...besar pahala dan ganjaran bagi orang yang pemurah ni tau...1 kita beri...10 Allah kasi...jadi renung renungkan dan selamat beramal =)


Read more

Bahagia Dengan Kebahagiaan Orang Lain.

Jangan ada benci. Jangan ada dengki. 

Walau saat bahagiamu belum tiba, raikanlah dan gembiralah dengan saat bahagia orang lain. Hari ini hari dia. Mungkin esok hari kamu...

Cubalah bersihkan hati, lembutkan hati...terimalah kebahagiaan orang lain sebagai sebahagian dari kebahagiaan diri sendiri...

"Im Happy For You"


P/s: jangan ada sifat dendam pada orang lain yang sedang gembira...

Read more

Kuala Lumpur, Bird Park.

Salam,

Camne dengan weekend korang ? Semua ceria dan gembira tak ? Harap harap begitulah yep...di hari yang mulia ni saya nak kongsi sikit gambar saya dan anak anak murid saya masa "Our Trip to Kuala Lumpur Bird Park". =)

Bawa anak-anak murid khas keluar jalan-jalan bukanlah satu kerja mudah. Korang faham faham je la, budak budak khas ni...kuat meragam, dan susah nak faham arahan kita. Letih woo...saya ingat pergi Bird Park ni dapatlah menghayati keindahan alam dan burung burung...tapi hampeh...kami semua semput dan lelah jaga murid je. Hahaha...walaucamne pun kitorang tetap have fun, murid murid happy, ibu bapa happy, cikgu pun happy tapi penat =)

jalan jalan pergi Bird Park, KL

sementara tunggu bas sekolah tiba

anak anak murid semua cantik berbaju hijau...siapa yang tempah baju ni ?
saya laaa...huhuhu

ada yang masih mamai nak tidur...

bas sekolah pun tiba...ibu bapa tengok anak sampai naik bas...

ada juga ibu bapa yang turut serta

naik bas ambil tempat duduk masing masing

semua guru dapat anak angkat...

budak budak terlampau excited

dah sampai KL bird park sekitar pukul 9 pagi

bergambar sekejap ... walaupun tengah semput jaga anak murid

time berjalan lah ko nak makan...tadi kat sekolah suruh makan taknak..

budak kecik ni banyak sangat songehnye !

cikgu neo dengan anak murid dan parent

jumpa waterfall yang cantik





peace

cantik kan ?

saya jaga budak ni la...penat woo..dia suka lari lari =(


time ni dia kata nak mandi kat air terjun tu...adui...

kemudian jumpa pula anak anak ayam dan itik dalam bekas besar...
boleh siap main picit picit lagi huhu

anak itik...puas saya picit hahaha

anak ayam dan anak itik ni menetas dalam incubator tau...canggih tak ?

cak ! da menetas dah sekor...tak payah guna mak ayam pon !

aksi memicit anak itik

anak murid jagaan saya...nasib baiklah yang ni tak banyak ragam sangat.

tengok ostrich pulak...bagi makan sayur kat burung unta..

leher burung unta besar dan panjang..

masa untuk bagi burung makan

burung kat situ jinak woo...semua murid merasa bagi burung makan

masa untuk makan sebelum berangkat pulang...

peace yo

wajah anak murid ku...

makan nasi ayam..lepas tu balik...huhu

Ok, lain kali kita buat lawatan lagi ya ? Next time kena bawa lebih banyak bala tentera untuk jaga anak-anak murid ni. Huhuhu...korang ingat 5 orang guru dan seorang pembantu pengurusan murid cukup ke untuk jaga anak murid khas seramai 20 orang ? Erk...semput beb..ok chow !

Read more

Semakin Hampir.

Semakin cuba ku jauhi...semakin dekat pula kau menghampiri daku...Biarlah aku tetap berdiri teguh di sini. Walau perit, walau pahit, biarlah ku berserah sepenuhnya pada yang satu. InsyaAllah.


P/s : Kesian tengok anjing tu kan...hujan, sejuk, dia duduk la kat situ sampai mati kejang kene langgar . sadis tul...

Read more

Trafik Blog Silampuneon, Target Tercapai.

Salam,

Hai korang semua ! Buat ape tu... hehehe. Jom kita tinjau tinjau sikit macam mana la agaknya trafik blog ni bila berdepan dengan situasi jarang update ! Walaupun saya jarang update, tapi setakat ni saya rasa target saya hampir tercapai.

Ohya, sebelum tu..saya nak ucapkan terima kasih kepada yang sudi follow blog saya ya ? Follower saya dah meningkat ke 2412 orang... wow, tak sabarnya nak tengok angka 3000 pulak...ceh, macam berangan sangat pulak kan !

Dulu saya ada target yang saya nak sekurang kurangnya 1,500 UV (pelawat blog) dalam sehari. Sekarang ni target tu dah tercapai dah...huhu. Saya hanya maintain dengan entri personal je dalam blog ni, ada nampak entri SEO tak ? Takde kan...ade nampak entri hangat hangat pasal artis cerai berai tak ? Takde kan...jadi hasil trafik ni semua dari entri biasa sahaja...

trafik blog minggu lepas

trafik blog minggu ini

Dan trafik ni datangnya dari korang juga kan ? Jadi saya nak ucapkan terima kasih sangat sangat...takky,aswad, sunshine, cempaka, mfi, azani, norma azura, ubey, bintang eridanus, dan ramai lagi tu sebab sudi lepak sini dan menemani saya selalu. Bagi saya, koranglah yang buat blog saya ni lagi bernyawa.. 

P/s : Carian dalam blog ini kebanyakkannya tentang mona fendi, sugar glider, kissm, spp, khairul fahmi che mat, ketumbit, hehe..

Read more

Yoga #4

Salam,

Apa khabar semua pembaca blog yang budiman ? Saya harap kamu semua dalam keadaan yang baik dan ceria selalu. Macam biasa, setiap hari jumaat atau sabtu saya akan ke kelas yoga. Makin lama join kelas yoga ni saya makin suka...=)

Gila seronok kot kelas kali ni. Saya dan lee siap tergolek golek buat position yang cikgu tu tunjuk. Kali ni siap ade yang lompat, angkat punggung, imbang badan, pulas badan...pergh..memang mantop ! 

Memang mencabar tapi seronok gila. Kali ni saya tengok memang takde lelaki yang join, so saya pun free hair je dalam kelas tu. Seronok belajar bila semua dalam kelas tu perempuan =)

inilah bilik yoga kitorang

memang menggigil badan dan ketar lutut kelas yoga rini !

lee memang hebat woo...siap jatuh jatuh tergolek lagi masa buat yoga hahaha

lepas habis yoga...

cewah, konon badan da jadi cam model la tu ? jangan harap ok !

Ok, see you next time ! Ada sesiapa yang berminat nak join kelas yoga dengan saya tak ? Jom kita pergi yoga jom ? Saya serius ni...hehe.Kalau ada yang nak join jangan malu malu segan bagitau saya ye !


Read more

Sugar Glider Comel Melompat !

Salam, 

Atas permintaan penggemar sugar glider...saya upload lagi video tentang sugar glider saya yang nampaknya sedang membesar dengan sihat ni =) Video ni saya sempat rakam masa saya tengah bersihkan sangkar sugar glider nih...diorang ni memang semakin bijak dan semakin jinak...tak caya ? Cuba tengok video di bawah =) Seronok main dengan diorang ni..suka sangat melompat sana sini =)

Hiyahhhh
  

Lebarkan sayap mu dan melompat dengan lebih tinggi =)

Video sugar glider comel melompat =)

Amaca comel tak shemie dengan ninja =)

Read more

Yoga #3

Salam,

Baru tadi rasa ceria sikit. Ceria dengar suara yang jarang-jarang saya dapat dengar...tapi disebalik rasa ceria tu, terselit kesayuan yang sangat besar dan mendalam.  Kecewa, gembira, ketidakpastian, semuanya bercampur baur. Tarik nafas...telan air liur. Pahitnya rasa...bila lah nak telan benda yang manis manis ni. Huhu...belum ada rezeki nampaknya... 

Ohya, kamu semua apa khabar ? 

Terima kasih sebab sudi follow blog silampuneon yang nampaknya makin lama makin malap ni. Lampuneon yang dah lama tak digilap..huhu pudar je dunia ni. Tapi dengan kehadiran korang semua...bloggers yang sporting, sempoi, caring...membuatkan saya sentiasa bernyawa di sini =) So thanks for that !

Malaysia kalah la, Singapore penuh drama =)

Dah tahu Malaysia mesti kalah punya...dapat rasa dari awal lagi. Takpelah, bukan rezeki kita kan. Wawalubagaimanapun, tahniah kepada semua pemain bola sepak negara...kamu da buat sehabis baik dah tu. Jangan nangis nangis malam ni =)

Kelas Yoga ! Huhu, esok kelas yoga pukul 6.00 hingga 7.00 petang. Bersemangat betul saya nak join kelas yoga ni..hehehe...Ohya, sementara nak tunggu pukul 6.00 petang tu saya biasanya duduk melepak di sekolah je. So, sebelum ke Yoga Class esok ada planning nak tengok wayang la...huhu...! Harap dapat tengok Captain America ! 

Bai-bai,salam sayang, salam jumaat !

Read more

(Video) Sugar Glider Main Dengan Wheel.

Salam !


Ninja nak show off  yang dia suka sangat berlari dalam wheel ni. Tak sia-sia saya belikan dia roda ni walaupun kecil. Nanti kalau ade duit saya nak hadiahkan ninja dan shemie roda yang lebih besar =) Enjoy this video ya =)

Jom exercise everybody !


ni videonya

    

Chow ! Jom pergi kerja...



Read more

Sugar Glider Lagi =)

 Salam,

Ok, sebenarnya memang takde poin nak cerita kat korang pun, saya lepak jer tengah free time nih..so jom kita bermain dengan YouCam (video & picture editor). Best sangat YouCam ni sebab banyak cekadak cekedek yang korang boleh godek yang comel loteh =)

















Chow, =) Semoga ceria selalu...jangan biarkan hari hari mendung menutup cahaya keceriaan bagi korang semua...=)

Read more