Trafik Blog Bulan September.

Salam..

Hajat nak capai 2000  unique visitors sehari belum lagi tercapai eh...sekarang baru 1,700 lebih jer..kalau buat entri panas panas..macam entri memey suhaiza kahwin dengan norman hakim ke, gambar fasha sanda cium ke...mesti melambung naik trafik ni..heheh tapi takmau la camtu kan...semua entri kena bersih dan dikawal rapi oleh saya...maklumlah..banyak lapisan masyarakat baca blog saya ni...= )

Minta maaflah... mood blogging kurang lahh sejak kebelakangan ni...sampai bila macam ni pun saya tak pasti..korang semua pun dah malas nak jengah blog silampuneon kan...sampai hati korang semua tinggalkan saya sorang-sorang..jangan lah kejam sangat okay...  

Haritu kononnya saya nak keluar dari nuffnang sebab dapat bayaran sikit...konon niat nak apply innity...tapi innity tolak saya laju laju..katanya blog saya tak sampai 12,000 visitor seminggu...sekarang ni blog ni baru 10,000 visitor seminggu..aduhai..mana nak cekau lagi 2 ribu tu ya...nak sangat try pakai innity =) takpelah..guna sajalah nuffnang ni sampai lebam!

p/s Masa check email kelmarin..saya ada dapat email dari seseorang...yang berminat nak letak advertorial dalam blog saya...tapi tak pasti samaada ianya scam atau pun real. this is the email ;)
Hi,
 Hope this email finds you well.
 I'm Xiang from Sirens Media Sdn Bhd, a Malaysia Social Media Company.
 I'm interested to propose your blog to the client for advertorials.
 If you do interested in it, could you kindly send me a screen shot of your blog unique visitor and unique pageview stat ( a week ) for reference and proposal purposes?

Cheers,

XiangCool
Sirens Media Sdn Bhd
Email : xiang208@gmail.com
Email : xiang@sirens.my
Website : http://www.xiangcool.com
Twitter : @xiangcool



mood : lebam...





Daftar Percuma Terima RM10
Modal RM10 Pendapatan Berterusan
Jana Pendapatan Cara Mudah & Terbaru
Portal Iklan & Bisnes Online No. 1 Malaysia

Read more

Sugar Glider : Ninja Makan Makanan Ikan !

Hyeee all!

Tadi kan, saya terdengar satu bunyi yang agak pelik .. hihi...rupa rupanya...anak saya ni buat perangai giler pulak dah...si ninja la..dia pergi kobak nyer tabung makanan ikan laga saya...entah camne dia bukak pun saya tak tahu laaaa...=P Habis berterabur makanan ikan laga tu..hihihi...nasib bek takde alergic ke ape ke..heh.

buat muke syokk je tengah makan...entah apa yang sedap tahh yakesss

tengokkk habis berterabur tau takkk

ninja kutip balikkk

nasib bek ko comel..

muahh !

mood : its been a while i didn't smile..



Daftar Percuma Terima RM10
Modal RM10 Pendapatan Berterusan
Jana Pendapatan Cara Mudah & Terbaru
Portal Iklan & Bisnes Online No. 1 Malaysia

Read more

Pembantu Pengurusan Murid : Luahan Perasaan.

Salam..

Saya terpanggil untuk berkongsi luahan perasaan seorang pembantu pengurusan murid...yang telah meninggalkan komen di blog saya hari ini...kesian saya bila baca luahan perasaan dia nih...kakak ni mesti berhati mulia..dan telah cuba yang terbaik dalam melaksanakan tugas dia sebagai PPM di sekolah yang bergelar SJKT nih...tapi malangnya...dia seakan-akan dipergunakan..dan tak dihargai...walaubagaimana pun, saya ucapkan tahniah pada kakak sebab berjaya menceriakan kawasan bilik darjah dan dapat pujian atas hasil kerja akak tu...



Anonymous said...  
Saya pun ppm jugak... tapi bagi saya amat menyedihkan.. skrg sy bertugas di sekolah tamil di sekitar kuala lumpur. Sebnarnya bukan itu masalah bagi saya tp keadaan persekitaran yg mmbuatkan saya rasa kecik hati dan rasa terhina. Setiap pagi saya dikehendaki menyediakan secawan air panas x kira milo ke atau ape ke dan satu botol air masak. Apakah itu tugas PPM... saya dah rasa mcm "tea lady". cikgu tu pulak(india) setiap kali makan, xpulak dia nak basuh pinggan...  Saya xfaham dgn sikap cikgu ni... Kerja2 yg xsepatutnya saya buat. Saya nak buat aduan tapi takut nanti kena boikot pulak tp saya nak buat mcm mana lagi ?? Saya diarahkan untuk menyiapkan kertas kerja untuk rombongan dan konvo...yang paling menyakitkn hati, setiap kali aktiviti sekolah, xkira apapun.. saya diarahkan untuk tugasan menyediakan minuman, tetapi kebajikan saya sbg kakitngn krajaan xde... semua guru dan kakitngn sokongan dapat seorng sehelai t'shit. tapi saya bayang t'shirt pun xde. higgakan ada ibu bapa pelajar yang tegur " eh u kenapa xpakai t'shir mcm diaorg semua ??' betapa rasa rendahnya diri saya dan hinanya kerja ppm ni diperlaku mcm tu...  Saya berusaha menghias dan mencantikkn kelas, hari2 blik lambat, akhirnya berbaloi sbb pihak pemantau amat berpuas hati dan nak jadikan pra contoh... tp yang dpt nama, cikgu jugak sedangkan time buat kerja2 tu, cikgu tahu mengarah je... cikgu cukup time balik sedangkan saya hari2 blik lambat hampir sebulan, rehat pun xambil semata2 nak menyiapkan kelas tu... BETAPA SEDIHNYA HATI SAYA SEBAGAI SEORG PPM...

Saya harap..sebagai guru...kita tak seharusnya mempergunakan dan buat PPM rasa terpinggir...jangan wujudkan jurang atau berpuak dalam satu bumbung di tempat kerja...kita ada nilai kemanusiaan...jadi sama-samalah kita hormat menghormati dan bekerjasama dengan PPM yang bertugas di sekolah kita...PPM bukan orang gaji..bukan tea lady...PPM ada tugas yang perlu dilakukan..kalau nak tahu lebih lanjut..sila lihat entri Tugas PPM : Pembantu Pengurusan Murid N17
Daftar Percuma Terima RM10
Modal RM10 Pendapatan Berterusan
Jana Pendapatan Cara Mudah & Terbaru
Portal Iklan & Bisnes Online No. 1 Malaysia

Read more

Tugas PPM : Pembantu Pengurusan Murid N17

Salam semua...
SAya nak kongsikan senarai tugas seorang pembantu pengurusan murid..jawatan N17...sumber ni saya ambil dari UPPKL : Unit Pendidikan Khas Kuala Lumpur. Harap dapat membantu warga PPM untuk meneliti skop tugas mereka dengan lebih jelas... =)


Bidang Tugas Pembantu Pengurusan Murid

Pengurusan Kelas Akademik Pendidikan Khas
 
1. Menjaga Hal Ehwal Murid Pendidikan Khas
2. Pengurusan Bilik Darjah/Bangunan Pendidikan Khas
3. Pengurusan Dokumen dan Stok Pendidikan Khas
4. Perjalanan Pengajaran dan Pembelajaran
5. Pengurusan / Pergerakan dan Aktiviti Murid Pendidikan Khas (Mobiliti)
6. Tugas Sewaktu Cuti Sekolah



PENGHURAIAN KERJA BAGI SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID

1. SKIM PERKHIDMATAN
1.1 Pembantu Pengurusan Murid Gred N17, N 22

2. PERINGKAT ORGANISASI
2.1 Kelas Akademik Pendidikan Khas

3. RINGKASAN TUGAS
3.1 Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas membantu guru di kelas-kelas akademik pendidikan khas di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

4. SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS
Pembantu Pengurusan Murid ( PPM ) bertanggungjawab ke atas tugas-tugas seperti berikut:-

4.1 Menjaga Hal Ehwal Murid Pendidikan Khas
4.2 Mengawasi murid semasa perubahan P&P/ sewaktu guru
4.3 Menjaga murid yang sakit sementara menunggu kedatangan ibu bapa/penjaga/ semasa urusan ke hospital.
4.4 Membantu merawat kecederaan ringan yang dialami oleh murid.
4.5 Bersama murid pada perhimpunan rasmi sekolah.
4.6 Menjadi contoh dan teladan yang baik kepada murid dari segi tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri.
4.7 Membantu menguruskan murid baru.
4.8 Membantu mengambil dan menghantar buku rekod kedatangan murid ke pejabat.
4.9 Membantu mengawasi murid sewaktu RMT dan semasa rehat.

5. PENGURUSAN BILIK DARJAH/ BANGUNAN PENDIDIKAN KHAS
Bertanggungjawab membuka dan menutup kelas serta memastikan kelas dalam keadaan terurus sebelum dan selepas P&P.

5.1 Memastikan kebersihan dalam dan luar bilik darjah/bangunan Pendidikan Khas.
5.2 Memastikan kebersihan di dalam dan di luar tandas Pendidikan Khas.
5.3 Membantu murid menjaga projek pendidikan khas seperti kebun, taman dan lain-lain.
5.4 Membantu menjaga keselamatan alatan di dalam dan di luar bilik darjah/ bangunan Pendidikan Khas.
5.5 Membantu menyediakan ruang maklumat dan mengemaskini papan kenyataan dari semasa ke semasa.
5.6 Membantu mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif.
5.7 Membantu menceriakan dalam dan luar bilik darjah/bangunan Pendidikan Khas.
5.8 Membantu memastikan kandungan peralatan dalam peti ubat dan alat pemadam api masih boleh digunakan.

6. PENGURUSAN DOKUMEN DAN STOK PENDIDIKAN KHAS
6.1 Membantu menyusun fail Pendidikan Khas dengan teratur dan mudah diperolehi.
6.2 Membantu dalam pengurusan surat menyurat.
6.3 Membantu mengemas kini data murid setiap bulan.
6.4 Membantu mengemas kini rekod dan fail murid.
6.5 Membantu membuat inventori peralatan dan perabot di dalam kelas.

7. PERJALANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
7.1 Membantu menyediakan bahan,peralatan dan buku yang diminta oleh guru sebelum sesi P & P
7.2 Membantu mengurus masalah tingkahlaku murid semasa P&P sekiranya perlu.
7.3 Membantu menguruskan murid semasa aktiviti P&P sekiranya perlu.
7.4 Membantu murid inklusif di kelas aliran perdana sekiranya perlu.

8 PENGURUSAN/PERGERAKAN DAN AKTIVITI MURID PENDIDIKAN KHAS (MOBILITI)
Membantu:

8.1 Menguruskan murid yang tidak mampu berjalan atau bergerak dengan sendiri untuk ke sesuatu tempat .
8.2 Setiap aktiviti terapi dan aktiviti luar contohnya terapi renang, terapi berkuda, senamrobik, terapi refleksiologi, aktiviti sukan dan aktiviti lawatan.
8.3 Mengawasi pergerakan murid ketika mereka menjalani aktivitim kokurikulum.
8.4 Menghantar dan mengambil murid inklusif di kelas aliran perdana.

9 TUGAS SEWAKTU CUTI SEKOLAH

9.1 CUTI PENGGAL
Memastikan:

9.1.1 Bilik darjah dan tandas di blok pendidikan Khas sentiasa bersih, kemas dan selamat.
9.1.2 Semua peralatan kelas dalam keadaan selamat dan tidak rosak.
9.1.3 Projek Pendidikan Khas seperti kebun, taman dan lain-lain sentiasa dijaga dengan baik.
9.1.4 Menghubungi Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas/ Penyelaras sekiranya diperlukan untuk tindakan segera.

9.2 CUTI AKHIR TAHUN
Memastikan:

9.2.1 Bilik darjah dan tandas di blok pendidikan Khas sentiasa bersih, kemas dan selamat.
9.2.2 Semua peralatan kelas dalam keadaan selamat dan tidak rosak
9.2.3 Projek Pendidikan Khas seperti kebun, taman dan lain-lain sentiasa dijaga dengan baik.
9.2.4 Menyemak stok dan inventori.
9.2.5 Melabel dan mengemaskini sistem fail.
9.2.6 Menyediakan borang-borang dan fail untuk pendaftaran murid baru.
9.2.7 Menghubungi Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas/Penyelaras atau Guru Pendidikan Khas yang lain sekiranya diperlukan untuk tindakan segera.

10. TUGAS-TUGAS RASMI LAIN YANG DIARAHKAN DARI SEMASA KE SEMASA OLEH PIHAK PENGURUSAN

Tugas PPM : Pembantu Pengurusan Murid
pembantu pengurusan murid


=)

Daftar Percuma Terima RM10
Modal RM10 Pendapatan Berterusan
Jana Pendapatan Cara Mudah & Terbaru
Portal Iklan & Bisnes Online No. 1 Malaysia

Read more

Ciuman Perokok Boleh Membunuh!

Salam yall..

 

CIUMAN DARI SEORANG PEROKOK BOLEH MEMBUNUH!
Prof Robert Booy berkata ini kerana perokok berkemungkinan besar membawa sejenis bakteria berbahaya pada kerongkong mereka.

Apa??? ciuman dari perokok boleh membunuh? wahhh adakah ini benar bak dikata .. huhuhu... Camne agaknya cium mulut orang perokok ni ek..mesti busuk nak pengsan... grrr...sesapa ade laki bini yang suka hisap rokok tu bawak-bawaklah berhenti..."er...aku dah 30 tahun merokok...bini aku tak mati pon ??" huhu..

Anyway...

Saya dapat gambar ni di facebook tadi. Terima kasih kepada orang yang share benda ni...bagus kalau semua kaki rokok tu tengok apa yang ada dalam badan diorang tuh...

Tapi pelik la...orang yang merokok ni bukannya tak tahu yang organ dalaman dia akan jadi teruk macam ni..diorang dah sedia ada tahu...tapi tak nak berhenti jugak merokoknya...neway...benda ni, tabiat ni bermula dari ibu bapa...

Kalau ibu bapa juga perokok, dan tak didik anak baik-baik..tak nasihat anak bahaya merokok dan melarang anak dari merokok..tentunya anak-anak akan mengikut perangai mak bapak nye tuh...tak kiralah lelaki ke perempuan ke...

Zaman sekarang ni saya tengok...perempuan lagi dasyat hisap rokok..lebih-lebih lagi perempuan melayu...dah tak malu dah hisap rokok di khalayak ramai...kalau orang tegur..."relek laa, lelaki merokok, ingat perempuan takleh merokok ke ?"..."ahhh pedulik apa aku nak merokok pun...kau susah ke? mak bapak aku pun tak kesah aku merokok, kawan-kawan aku semua merokok..ko nak pedulik apa"

Sebenarnya nak berhenti merokok memang lah payah...tapi anda boleh lakukannya...bak kata pepatah...kalau nak seribu daya..tak nak seribu dalih...Takde orang yang boleh buat korang berhenti hisap rokok selain dari diri korang sendiri...paksa bagai nak rak pun, kalau hati kata tak...sampai mati pun korang nak merokok gak...

p/s : jangan menyusahkan anak bini korang..bila korang dah tua bangka sok..keluar masuk hospital sakit jantung laa , hati tak berfungsi laaa , ape laaa... anak bini jugak yang susah..nak tanggung bapak yang banyak penyakit nih...fikir-fikirkanlah...jangan menyusahkan hidup orang lain dengan tabiat suka merokok korang tuh...
 



 
Merokok adalah senjata Yahudi yang paling berjaya, nak tahu kenapa?

Sebabnya :
✔ Mana ada orang hisap rokok bermula dgn BISMILLAH..!
✔ Mana ada selepas habis merokok ucap ALHAMDULILLAH..!
✔ Menyalakan api adalah kesukaan syaitan...!
✔ Meletakkan jari di mulut adalah amalan Yahudi...!!
✔ Mengepit 2 jari pada rokok adalah melambangan salib...!

SAUDARA2ku SEKALIAN... BERHENTILAH MEROKOK.....
(̅_̅_̅_̅(̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅̅_̅()ÚªÛ’hidup lebih sihat tanpa merokok...
Alhamdulillah..



Daftar Percuma Terima RM10
Modal RM10 Pendapatan Berterusan
Jana Pendapatan Cara Mudah & Terbaru
Portal Iklan & Bisnes Online No. 1 Malaysia

Read more

Sugar Glider Murah !!

Salam semua..

Apa khabar? harap sihat dan ceria selalu...ceria-ceriakan harimu...walaupun hari tak seberapa nak ceria ..huhu...



Saya dengar harga sugar glider di Jalan Reiko kajang murah...serendah RM180 seekor tuuu...mana nak dapat harga macam ni zaman sekarang ni...kalau biasa orang jual mesti RM250 ke atas...Jom kita pergi jalan-jalan kat Jalan Reiko nak...hehe.. 

Selain jalan reiko kat kajang tu...saya ada dengar dengar jugak yang kat Seremban ada jual sugar glider murah jugak...harga seekor RM200...oklah tu kan...wahhh rasa nak merayau rayau je cari sugar glider ni..pantang ada duit .. nak menambah ahli keluarga si shemie dan ninja heheh...

mood : bim bam bim bam bidee bidee bam bidee bam bidee bam bim bam...




Daftar Percuma Terima RM10
Modal RM10 Pendapatan Berterusan
Jana Pendapatan Cara Mudah & Terbaru
Portal Iklan & Bisnes Online No. 1 Malaysia

Read more

Awek Leggings Marah !!!!

Hello anonemes...thanks sebab sudi menjengah blog silampuneon ya...ohh yaa..saja je nak kongsi komen dari seorang anonemes ni...mungkin si dia ni kaki lenggings punya type...hihi...komen ni dilemparkan kat entri bertajuk Awek Pakai Leggings - Haram.....




Anonymous said...
relaks la.. legging je pon. korang beriye iye mengata pompuan yang pakai legging jelous eh? ye lah korag tak brani nak pakai sebab muka burok rambut busuk. Pakai tudung tapi bau hapak. agak-agak ar. tudung tu jangan la pakai banyak kali. basuh ler.. baru takde bau achemmm.. bongok!

p/s ; takde sape halang u pakai leggings pun lahh...i ade halang ke...huhu ... =p


Pendapat jujur saya tentang leggings ? 

- saya malu tengok orang pakai leggings...sebab nampak alur bontot...alur karipap pun boleh nampak...
- saya mual tengok orang pakai leggings...especialy melayu...takde nilai kemelayuan langsung...semua nak tiru gaya orang...konon UPTODATE.
- saya segan tengok orang yang berisi dan gempal pakai leggings...atau seluar ketat...entah macam mana agaknya nak menyarung leggings tu dari buku lali ke pinggang...mesti seksa..

Anyway bergaya bergaya jugak...tapi jangan lah sampai pakai pakaian yang mencolok mata...kalau lelaki..memang la suka tengok..kalau perempuan tengok rasa mual mual ikan keli...apakah...=P




Daftar Percuma Terima RM10
Modal RM10 Pendapatan Berterusan
Jana Pendapatan Cara Mudah & Terbaru
Portal Iklan & Bisnes Online No. 1 Malaysia

Read more

Video Sugar Glider : Pergi Meeting Pun Bawak.

Hello semua...ingat lagi tak camne saya cerita betapa berdebar nya saya kehilangan shemie dalam 5 minit di dewan auditorium tuh...huhu ini video sebelum shemie hilang huhuhu....comel kan anak anak saya nih...pergi mana mana pun tak nak beregang dengan diorang ni..sebab saya cepat rinduuuuu ... sebab tu kena bawak sentiasa heheh =p

sayang ku makan buah ... temani mummy masa meeting hehehe...


video kesayangan saya


Daftar Percuma Terima RM10
Modal RM10 Pendapatan Berterusan
Jana Pendapatan Cara Mudah & Terbaru
Portal Iklan & Bisnes Online No. 1 Malaysia

Read more

Sugar Glider : Macam-Macam Gelagat.

Tadi saya perasan anak-anak saya ni dapat sesuatu yang menarik untuk dikunyah...apa benda laaa pulak dia jumpa tu...semua nak diratahnye huhuhu....ce teka apa yang diorang makan hehehe....

shemie dengan ninja tengah bebas bermain

 hah nampak tak tu dia tengah kunyah ape tu hahahaha

tak tahulah keychain ni diperbuat dari apa..nampak sedap betul dok menguyah tuuu

ish ish ish

kesian keychain ni...kaki sebelah dia dah cacat hahaha kena makan dengan shemie dengan ninja =p

=p



Daftar Percuma Terima RM10
Modal RM10 Pendapatan Berterusan
Jana Pendapatan Cara Mudah & Terbaru
Portal Iklan & Bisnes Online No. 1 Malaysia

Read more

Lesu Lesi.

Salam..



Lesu rasanya hari ini..lemah seluruh badan...terbaring je kat lantai ni. Sambil sambil lesu tu duk termenung je tengok ninja dengan shemie yang baru bangun tidur dan melompat satu bilik...kadang-kadang diorang panjat atas badan main lompat-lompat...kesian dorang. Mummy dia letih giler...sampai si ninja kopakkan makanan ikan laga...berterabur dia makan makanan ikan laga tu...nasib baik kandungan makanan tu daripada shrimp...

Sakit kepala otak, bila fikiran terlintas pada sesuatu yang rasanya tak perlu menerjah di otak...seakan urat saraf mengejang sekejap...bengong. Mood betul betul hilang melayang....bai bai.

mood - will it make you feel better to watch i bleed..


Daftar Percuma Terima RM10
Modal RM10 Pendapatan Berterusan
Jana Pendapatan Cara Mudah & Terbaru
Portal Iklan & Bisnes Online No. 1 Malaysia

Read more

Bagaimana.



bagaimana ya...untuk menidakkan rasa hati...
bagaimana ya rasanya...untuk membendung perasaan yang cuba dipadamkan...
atau bagaimana ya untuk mengiya kan perasaan yang tak pernah wujud... 

bagaimana ya untuk menelan pahit atas kesenangan orang lain...
atau...bagaimana ya rasanya bersenang hati atas kepahitan orang lain...

bagaimana ya untuk berdepan dengan kesakitan atas kebahagiaan orang lain...
atau bagaimana rasanya rasa bahagia atas kesengsaraan orang lain...
 
please teach me how...because i really dont know...
apa rasaNYA...apa dalam HATINYA...apa fikiranNYA


Daftar Percuma Terima RM10
Modal RM10 Pendapatan Berterusan
Jana Pendapatan Cara Mudah & Terbaru
Portal Iklan & Bisnes Online No. 1 Malaysia

Read more

Sugar Glider : Shemie Hilang .... =' [

Semalam ada meeting di jalan duta. Meeting tu diadakan kat dalam dewan yang besar...duduk macam panggung tengok wayang...nak dijadikan cerita saya mesti bawak shemie dengan ninja kat mana-mana tempat saya pergi...masa tengah pembentangan tu..saya main dengan shemie dan ninja..diorang tak aktif lah..macam biasa..siang siang mesti nak tidur..

saya bawa shemie di dewan yang macam panggung ni...shemie...lari...




saya tau risiko kalau shemie dengan ninja tengah aktif...diorang mesti nak keluar dari bonding pouch..tak suka kan kongkongan...so saya yakin takde masalah kalau bawak shemie dengan ninja..

masa tu kawan saya pegang shemie sekejap..usap usap shemie...saya tengok shemie dah menggeletar sebab dewan tu sejuk...comfirm shemie mesti berak dan kencing dulu...so saya dah sedia wet tissue siap-siap. tetiba shemie kencing...bertakung atas tangan kawan saya tu..kawan saya terus ambik tisu dan lap tangan dia...shemie apa lagi , terperanjat dan terus memanjat bahu kawan saya...

bukan takat tu jer..shemie melompat lompat ke kerusi dan terus ke bawah tempat duduk...nak tahu tak..saya tak nampak langsung shemie bawah tempat duduk..saya tak dapat nak hulur tangan bawah tempat duduk tu sebab dalam dewan tu sempit dengan kerusi dan manusia..beratus-ratus orang dalam dewan tu..

kaku dan pucat saya ... dalam bayangan saya karangsatu dewan ni menjerit dan hentak kaki bila ada makhluk macam shemie merayap kat kaki diorang...hentak kaki sebab geli..dan terpijak shemie kesayangan saya...saya macam nak nangis dah time tu...saya da tawakal je laa 

saya cuba panggil shemie ... saya gerak gerakkkan badan saya...semua orang dalam barisan tempat duduk saya tu dah gelabah bergerak sebab tau shemie ada kat bawah tempat duduk..semua orang tak dapat berdiri dan hulur tangan ke bawah sebab tempat tu super duper sempit...saya ingat shemie dah ke tempat duduk bertangga yang kat bawah dah..kompom saya takkan dapat cari shemie kat dewan yang besar ni...

cemas...sekitar 5 minit...omaisugarr....jangan buat mummy camnie...

tetiba dalam kepucatan muka saya tu...shemie memanjat kaki saya...dalam hati...please panjat sampai atas shemie...mummy tak boleh hulur tangan ke bawah..please...

yes...shemie naik atas badan saya...terus saya cekup dia dan cium dia laju laju...and cakap sorry kat shemie ... sorry sayang...sayang sangat kat dia..sayang sangat...saya boleh terima hakikat kalau shemie selamat masuk dalam beg orang..tapi saya tak boleh terima kalau shemie mati kena pijak dalam dewan tu...mau meroyan saya...

moralnya...korang kena lebih berhati-hati kalau bawa sugar glider kat tempat orang ramai..terutama sekali kat dewan, panggung, majlis keramaian...jangan biarkan dia sewenang wenangnya berada di luar pouch...walaupun dia nampak tak aktif..dia boleh sekelip mata je hilang dari pandangan orang...sugar glider hilang...dan mati...kejadian yang tak ingin berlaku...ingat, hanya owner sugar glider sahaja yang faham dan arif tentang kerenah sugar glidernye...so..berhati-hatilah lepas ni yer...

Daftar Percuma Terima RM10
Modal RM10 Pendapatan Berterusan
Jana Pendapatan Cara Mudah & Terbaru
Portal Iklan & Bisnes Online No. 1 Malaysia

Read more

Mesej.


Gambar sekadar hiasan je...macam takde kaitan je..hurmm...sakit kena cucuk dengan jarum tak sama dengan sakit berperang dengan perasaan kan...cucuk laa saya dengan jarumm...sakitnya rasa mungkin 1-2 jam jer...sanggup lagi dari kena tahan sakit dalaman ni ... entah paling sekejap makan 1-2 tahun peritnye...

Saya terima satu mesej dari ... hurm..hampir tak kenal nombor yang appear ni.. .perlahan-lahan.. saya cuba  membayangkan perasaan orang yang menghantar mesej tu pada saya...orang tu seakan akan  cuba meletakkan diri dia di tempat saya...wajarkah ... saya rasa tak perlu...

Apa yang berlegar-legar fikiran saya...

Apa yang kita rasakan, keadaan atau situasi kita tak pernah sama..yang merasakannya lain..yang menilainya lain...jadi mengapa dia seperti rasa apa yang saya rasa sekarang...tak perlulah bertindak untuk memuaskan hati saya..atau menenangkan keadaan saya..sebab ia sikit pun tak membantu saya mengikis apa yang sedia ada dalam hati saya ni...

Manusia...sudah tentunya punya perasaan  berbeza.. tak perlu  wujud rasa bersalah atau rasa simpati...sedangkan saya tak pernah menyalahkan sesiapa dalam hal ni...benda yang berlaku bukan kita yang minta... bahkan saya tak pernah suruh orang memasang janji pada saya...saya tahu bukan semuanya kekal...

Apapun yang berlaku pada saya..saya jalani dengan redha, seperti yang dikatakannya pada saya...biarkan saja saya ...saya harap saya tak mengusik hati sesiapa..tak menganggu hidup sesiapa...itu sahaja... maafkan saya kerana tindakan saya banyaknya seakan membenci..tapi tak..saya tak dendam dengan sesiapa pun... saya  menjauh lebih baik ..tak perlu ada kaitan dengan sesiapa..kerana itu yang lebih buat saya lebih bahagia. 

MOOD - biarlah perit pun... saya sendiri tanggung. harap tak susahkan ati orang lain...saya benci simpati orang pada saya..saya takperlu kan simpati..saya cuma perlukan insan yang memahami..



Daftar Percuma Terima RM10
Modal RM10 Pendapatan Berterusan
Jana Pendapatan Cara Mudah & Terbaru
Portal Iklan & Bisnes Online No. 1 Malaysia

Read more

Yoga #9

Salam...

Hari sabtu hari tu...saya pergi yoga lagi..ohyeah...i love yoga lalalala...oh ya..buat pertama kalinya class yoga kali ni cikgu lelaki yang ajar okayh...dan position yang dia ajar semuanya position yang mendera jiwa raga ku ini...arghhh mencabar giler lahhhh...ko ingat badan aku ni chewing gum ke per kan...

kalau korang tengok gambar gambar saya kat bawah ni kan..terserlah posisi yoga yang saya buat ni mencabar tau..tengok raut muka pun dah tauu laaa kan. masa nak amik gambar ni boleh tahan sekejap je.. beberapa saat je boleh stay dalam satu posisi.. haha..

saya suka yang ni... kaki hampir lurus ke atas..kene prektis lagi woo
 

yang ni boleh terseliuh pinggang kalau tak warm up dulu hahaha...mau kebas pinggang dua tiga bulan hahaha

mula mula ingat tak boleh cium kaki sendiri..rupanya boleh...hehehe perit gak celah kangkang wooo...

yang ni saya buat steady jerk heheyang senang jerkkk

posisi senang mesti lah boleh senyum lebar kan muahahahah berlagak jap

okeh tarik nafas ... hembussss...tahannnn napas... yang ni best gak

last sekali...
....
...
...
...
...
....

yang posisi ni apesal nampak macam orang mati kejung jer nih hahahaha..sengallll...
 
MOOD; basah... - bari  lepas mandi-



Daftar Percuma Terima RM10
Modal RM10 Pendapatan Berterusan
Jana Pendapatan Cara Mudah & Terbaru
Portal Iklan & Bisnes Online No. 1 Malaysia

Read more

Happily Ever After, He Is We.

Kadang-kadang kita nak ke masa depan..untuk mengetahui samaada kita bahagia di penghujung jalan..atau kita kecundang...kalau kita tahu yang sesuatu perkara tu akan kecundang..mesti kita lebih berhati-hati dan tak buat pilihan yang merugikan diri sendiri...boleh tak macam tu...hurm...
 
Mengharap bahagia...mendoakan kebahagian orang dan kebahagiaan diri sendiri...semoga Happily Ever After...Can you tell me, do I end up, do I end up happy? End up happy...i hope you end up happy...and i end up happy too...
 
 
Video - Do i end up happy...

Happily Ever After He is We Lyrics.

Let me riddle you a ditty, it’s just an itty bitty, little thing on my mind.
About a boy and a girl, trying to take on the world one kiss at a time.
Now the funny thing about it, ain’t a story without it, but the story is mine.
And I wish you could say, that it ended just fine.
We all want to know, how it ends.
 
Oh, happily ever after, wouldn’t you know, wouldn’t you know.
Oh, skip to the ending, who’d like to know? I’d like to know.
Author of the moment, can you tell me, do I end up, do I end up happy?
End up happy.

Inhale, breathe steady, exhale, like you’re ready, if you’re ready or not.
Just a boy and a girl gonna take on the world, and we want to get caught.
In the middle of a very happy ending, let’s see what we’ve got, let’s give it a shot.
Let’s give it a shot.
We all want to know, how it ends.

Oh, happily ever after, wouldn’t you know, wouldn’t you know.
Oh, skip to the ending, who’d like to know? I’d like to know.
Author of the moment, can you tell me, do I end up, do I end up happy?
We all have a story to tell.
Whether we whisper or yell.
We all have a story, of adolescence and all it’s glory.
We all have a story to tell.

Oh, happily ever after, wouldn’t you know, wouldn’t you know.
Oh, skip to the ending, who’d like to know? I’d like to know.
Author of the moment, can you tell me, do I end up, do I end up happy?

We all have a story to tell.
We all have a story to tell.
We all have a story to tell.
We all have a story to tell.
We all have a story to tell.
We all have a story to tell.



Daftar Percuma Terima RM10
Modal RM10 Pendapatan Berterusan
Jana Pendapatan Cara Mudah & Terbaru
Portal Iklan & Bisnes Online No. 1 Malaysia

Read more

Bayi Mati Dalam Selimut Toto.

Macam manalah perasaan seorang ibu kalau bayi yang berumur  bulan mati kat rumah pengasuh akibat lemas dalam selimut toto...sungguh sadis..tapi parent ni bagus..diorang redha dengan pemergian anaknya..dan tak ambil apa-apa tindakan terhadap pengasuh tu..

gambar sekadar hiasan...



Bayi Mati Dalam Selimut Toto. 
 
PUTRAJAYA: Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan maut dipercayai lemas selepas tergumpal di dalam selimut ketika di bawah jagaan pengasuhnya di Presint 8, di sini, kelmarin.

Nur Harisya Miasarah Haizam meninggal dunia pada jam 9.30 malam, selepas lebih 11 jam bertarung nyawa ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya.

Difahamkan, mangsa dibawa pengasuhnya ke Unit Kecemasan hospital terbabit pada jam 10.30 pagi selepas ditemui dalam keadaan tidak bermaya serta kelihatan lesu, biru dan tidak bergerak sejurus ditemui bergumpal dengan toto.

Menurut ibu mangsa, Hayati Idris, 28, dia menghantar anak ketiganya pada jam 6.30 pagi, bersama seorang lagi anak lelakinya berusia empat tahun.

Bagaimanapun, katanya, dia menerima panggilan daripada pengasuhnya pada 10.30 pagi yang memaklumkan Mia (panggilan manja) lemas dalam selimut dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Pengasuh memaklumkan ketika kejadian, anak saya berada di ruang tamu bersama abangnya dan beberapa kanak-kanak lain, sementara dia membawa seorang anaknya ke tandas.

“Sebaik keluar ke ruang tamu, dia lihat Mia di bawah selimut nipis dalam keadaan tidak bermaya, lesu, sedikit biru dan tidak bernafas.

“Dia kemudian membawa Mia ke unit kecemasan hospital untuk rawatan lanjut, memandangkan dia tidak tahu melakukan bantuan nafas mulut ke mulut atau Cardiopulmonary Resuscitation (CPR),” katanya ketika dihubungi Metro Ahad, di sini, semalam.

Hayati berkata, sepanjang menerima rawatan di ICU, anak sulung perempuannya kelihatan kritikal dan tidak memberikan tindakan positif kecuali menggerakkan jari tangan beberapa kali.

“Selepas itu, Mia langsung tidak menunjukkan reaksi positif hingga saat akhir dia meninggalkan kami pada jam 9.30 malam.

“Saya dan suami Haizam Sharif, 32, reda dengan pemergian Mia, mungkin sudah ajalnya. Kita tidak boleh menghalang takdir, sebaliknya terima pemergiannya dengan reda,” katanya yang mempunyai seorang lagi anak lelaki berusia enam tahun.

Katanya, jenazah kemudian dibawa pulang ke kampungnya di Kampung Pasir Gajah, Kampung Gajah, Perak, dan selamat dikebumikan pada jam 11 pagi semalam.

Berikutan kejadian itu, Hayati membuat laporan di Balai Polis Daerah (IPD) Putrajaya, namun tidak bercadang mengambil tindakan terhadap pengasuh berkenaan.

Katanya, pada usia sembilan bulan Mia sudah pandai merangkak dan cuba berdiri sendiri.




Daftar Percuma Terima RM10
Modal RM10 Pendapatan Berterusan
Jana Pendapatan Cara Mudah & Terbaru
Portal Iklan & Bisnes Online No. 1 Malaysia

Read more

Permainan Sugar Glider : DIY Handmade.

Salam...

Hujung minggu ni ada aktiviti lain selain yoga...hehe...saya luangkan masa untuk buat barang barang permainan untuk sugar glider kesayangan...nak tengok tak ...-benci betul sekarang dah tak boleh tekan shift..so jangan harap ada sebarang tanda seru atau tanda bersifat teruja...semua mendatar je entri saya haha -

Anyway..saya cuma tolong jahit je barang barang ni..sebenarnya yang tolong supply kain dan tali datangnya dari insan bernama cik noah darham tu...hehe...dia mintak tolong saya jahitkan..no hal la beb...saja testing boleh jahit ke tak...tapi nampaknya boleh dah ni...hehe.. 

Lepas ni kalau sesiapa nak upah jahit barang barang ni..boleh la contact saya ya.. tapi you all kena supply kan kain dan tali lah...saya ambil upah jahit je...sebab setakat ni saya belum ada stock kain dan tali lagi hehe..

set permainan sugar glider warna merah...comel tak

set permainan sugar glider corak leopard

yang ni saya buat ada lobang kat tengah

sugar glider boleh main nyorok nyorok dalam hammock ni

 yang ni segi tiga yang biasa diletakkan dalam sangkar sugar glider..sebab diorang suka landing kat segitiga ni...
ok babai semua...kalau ade sesiapa yang nak suruh saya jahitkan barang barang .. contact saya terus k...hehe

Daftar Percuma Terima RM10
Modal RM10 Pendapatan Berterusan
Jana Pendapatan Cara Mudah & Terbaru
Portal Iklan & Bisnes Online No. 1 Malaysia

Read more

Masih.

Salam..

Tak sangka saya masih macam ni. Saya ingat saya mampu...rupanya masih belum dapat melawan dugaan ni. rupa-rupanya saya masih lagi belum sedar dari mimpi...masih lagi di takuk yang lama..perkara ni masih lagi berlegar di fikiran...tak pernah berhenti fikir..tak pernah berhenti membayangkan...sungguh sebenarnya nak berhenti fikir perkara ni tapi...entahlah...

Dengan berbekalkan kesabaran dan keimanan...Ya Allah bantulah hamba mu yang lemah ni dalam menempuh segala ujian mu dengan penuh tabah dan sabar...kuatkanlah semangat ku ini...jangan biarkan aku terpesong dari petunjuk Mu...


Mood - like a skyscraper...

Daftar Percuma Terima RM10
Modal RM10 Pendapatan Berterusan
Jana Pendapatan Cara Mudah & Terbaru
Portal Iklan & Bisnes Online No. 1 Malaysia

Read more