Monday, February 27, 2012

Penyakit & Rawatan Sugar Glider.


Salam,

Maklumat ni saya dapat dari blog suggie101...dan maklumat yang sama juga boleh didapati di blog suzsugarglider...sharing is caring...jadi sama sama baca dan fahamkan =) 


1. Dehidrasi

Tak bermaya je dia.. kesian.. 

Sugars yang tidak cukup air dalam badan akan kurang selera makan. 

Anda samada boleh memantau pengambilan airnya, jika anda selalu berada dengan sugars anda pasti tahu berapa banyak yang dia minum dalam sehari. 

Jika anda perasan yang sugar glider anda kurang makan dari biasa (dilihat melalui mangkuk makanan yang hampir tidak disentuh atau makanan diambil hanya sedikit) anda boleh melakukan satu ujian yang dipanggil 'camp test' ke atas sugars anda. Cuba picit kulit leher sugar glider anda dan tarik ke atas (seperti memegang leher anak kucing) tapi jangan sampai sugar glider anda terangkat sekali, hehe. Jika kulit sugars anda kembali ke tempat asal dengan lambat, maknanya sugars anda mengalami dehidrasi. Jika tidak, selamat lah.. :) 



Camp test 

Untuk rawatan, beri sugars anda Gatorade yang dicampur dengan air. Contohnya, setengah cawan Gatorade, setengah lagi air minuman. Kalau 100 Plus boleh? Saya lagi syorkan Gatorade, sekurang-kurangnya ia mempunyai kandungan garam. Macam kalau awak demam, kan awak minum Oral Salts? 
Sekali sekala saya suka memberikan Gatorade Storm yang berwarna ungu kepada sugar glider saya, baby. Dia minum satu penutup botol tu sampai licin.. hehe. Tapi lepas tu dia kencing macam air terjun. Pilih lah perasa yang anda rasakan sedap untuk sugars anda. Saya? saya suka Gatorade ungu, jadi baby pun kena minum yang ungu. :D 


Nak cari Gatorade? Ada di 7-11, RM2.20 sebotol untuk rawatan cepat bagi dehidrasi. 

2. Cirit-birit
Perubahan dalam bentuk dan kepekatan (Eii geli bukan, sebut kepekatan?) najis sugars anda. 
Warna najis juga boleh berubah beserta lendir atau darah. Najis basah dan tidak ada bentuk, cair. 
Najis sugars yang sihat biasanya agak pejal, melekat di kulit jika sugars anda membuat 'bisnes' atas lengan anda. Najisnya mesti 'moist' atau lembab. 

Najis Sugar Glider yang sihat walafiat. Hehe. (Gambar ihsan Suggiesathome

Cirit-birit boleh disebabkan diet pemakanan yang baru diperkenalkan, makanan yang tidak cukup serat, makanan tidak elok/basi atau parasit. 
Untuk rawatan bagi makanan yang tinggi serat. Dan jangan lupa beri air yang secukupnya. 

Antara makanan yang tinggi serat;
Sayuran tinggi serat
Avokado 
Brokoli 
Sayur kobis 
Lobak merah 
Chick Peas 
Terung 
Cendawan 
Kentang dengan kulit 
Labu 
Kacang Peas - kacang polong bermata hitam, kacang hijau 
Sayur bayam 
Ubi keledek 

Buah-buahan tinggi dengan serat
Epal 
Pisang 
Beri - Blueberries, beri hitam, raspberi, dll. 
Buah-buahan kering - Buah tin, Raisins, aprikot, kurma, dan sebagainya. 
Jambu Batu 
Kiwi 
Buah limau/oren 
Pir 
Prun 


3. Depresi atau stres

Tekanan untuk jangka masa yang panjang boleh menyebabkan pelbagai penyakit pada sugars anda. Antara faktor-faktornya ialah;

Sugars merasakan dirinya di dalam bahaya 
Kesedihan atau kehilangan orang yang dikasihi (manusia atau sugars) 
Kesepian 
Penyakit yang dihidap 
Pemakanan yang tidak sihat atau seimbang 
Gula darah yang rendah 
Perubahan secara tiba-tiba dalam persekitaran, diet, atau persahabatan 

Rawatan depresi adalah memastikan sugars anda mengikuti diet pemakanan yang seimbang. 

Luangkan masa dengan bermain secara berkala dengan sugars anda. Sebaik-baiknya luangkan 1-2 jam pada waktu malam Jika tidak ada masa, pastikan anda mempunyai teman untuknya.
Sediakan sangkar sugars dengan banyak mainan dan ruang untuk bermain.

Ini pula simptom-simptom depresi/stres

Cirit-birit 
Muntah 
Hilang selera makan 
Perubahan dalam tabiat tidur 
Mencederakan diri sendiri/'Self-mutilation' 



Sanggup ke lihat sugars anda begini? Luangkanlah masa dengan mereka dengan secukupnya.. 

Kekurangan atau penurunan keinginan untuk bermain 
Tidak aktif 
Tidur tabiat yang luar biasa 
Bunyi komunikasi yang berlebihan seperti menyalak atau barking 

4. Obesiti
Sugars gemuk atau berat badan berlebihan. Mereka tidak aktif dan saiz badannya sangat besar. Perlu ada perbezaan dari obesiti dengan jenis rangka sugars. Ada sugars yang bertulang rangka besar dan ianya adalah normal untuknya bersaiz besar dari biasa. Ada juga sugars yang aktif bersenam dan bermain tetapi badan mereka masih bersaiz besar. 



Macam bantal pun ada.. 

Jadi, kembali kepada obesiti, rawatan untuk sugars adalah untuk bersenam dan kurangkan pengambilan 'treats' yang manis dan letakkan lebih mainan dalam sangkarnya, atau anda boleh bermain lebih dengan sugars mereka.

5. Hind Leg Paralysis

Lumpuh kaki belakang bagi sugars biasanya disebabkan oleh paras kalsium tidak mencukupi di dalam badan. Ini boleh dianggap sebagai masalah yang membawa maut jika tidak dirawat dengan segera, jika sempat dikenal pasti ianya boleh dirawat. Kekurangan kalsium adalah perkara biasa berlaku pada sugar gliders kerana kebanyakan makanan yang mereka makan mempunyai nisbah kalsium dan fosforus yang tidak cukup seimbang. 

Tandanya ialah lemah kaki belakang. Ianya dapat dilihat apabila sugars mempunyai masalah memanjat, berjalan, dan kaki menggelatar secara berlebihan.

Tanda-tandanya; 
Menggeletar dengan teruk 
Kurang koordinasi 
Letih 
Berjalan berdengkot 
Lemah 
Kehilangan penggunaan kaki belakang (mengheret satu atau kedua-dua kaki) 
Bengkak jari kaki dan, atau jari tangan 
Tulang yang patah secara tiba-tiba dengan tiada sebab yang jelas 
Sendi kejang 
Kehilangan berat badan tidak dapat diterangkan 


Baik-baik dengan sugars yang kekurangan kalsium, jika mereka jatuh.. ini boleh terjadi pada mereka 

Rawatannya: Jumpa doktor haiwan untuk rawatan dan buat perubahan dalam diet. Beri suplemen kalsium kepada sugars anda.


Jari tangan bengkak 



Jari kaki bengkak 


Sila ambil perhatian bahawa banyak tanda-tanda yang disenaraikan juga boleh
menunjukkan isu-isu kesihatan lain yang serius. Pastikan jika anda lihat mana-mana gejala ini pada sugars anda, serta-merta pergi mencari pakar penjagaan veterinar untuk didiagnosis dan ikuti rawatan yang betul.

Ini rupa sugars yang terkena Hind Leg Paralysis

Untuk diskusi lebih lanjut mengenai HLP, lawati Sugarglider.com

6. Sembelit

Sugars akan sembelit jika ia tidak mengambil buah-buahan dan air yang cukup. Sembelit juga disebabkan oleh penghapusan kumuhan yang keras dan kering. Ia amat menyakitkan, dan dalam sesetengah kes teruk, sugars mengalami kesusahan untuk membuang air besar langsung dan ini merupakan keadaan yang serius.

Tanda-tanda biasa dilihat ketika sembelit ialah apabila sugars 'hiss' atau berdesis (seperti ular) apabila ia membuang air besar. Sugars juga akan jarang membuang air, dan perutnya kekembungan.

Rawatan: 
Satu sudu jus epal tulen (tanpa gula tambahan) dua kali sehari. 
Beri suggies anda buah-buahan yang tinggi serat seperti prun, epal dll.

 

Selain itu, pastikan sugar anda mendapat akses kepada air yang bersih setiap hari. 
Perhatikan samada sugars anda membuat najis yang normal bagi sugars yang sihat. 


*Sugars yang tidak ke tandas lebih 24 jam adalah simtom sembelit yang kronik. Bawa ke doktor haiwan dan beri rawatan sementara seperti dinyatakan. 

_________________________________________________________________________


Symptoms of a Sick Glider

The information in this article is a compilation from many GC members' input to a thread titled "Body Language of a Sick Glider". All pictures are used with the original photographers' permission and are intended for educational purposes only. Deep appreciation is given to Jen (Xfilefan), Jen (PixTrix), Chris (glidrz5), Teresa (Dancing), Peggy (srlb) and Judie Hausmann for their contributions to this page.




Xfilefan's Gimli just a few hours before passing on to the Rainbow Bridge

Unfortunately, when a glider becomes ill, they will hide their illness from us until they are extremely ill and close to death. Sugar gliders still have "wild instincts". In the wild, a sick glider will be eliminated by the rest of the colony so that it doesn't attract predators to the colony. Therefore, a sick glider will not exhibit symptoms until they are no longer able to hide them. Because of this natural inclination to hide their illness, it is imperative that we, their human companions, familiarize ourselves with minute details that will clue us in to their true state of health. As stated by Jen (Xfilefan) "The better you know your glider in ALL their moods, attitudes, and at all times of day (i.e., what is normal for playtime, just waking up time, middle of the day, etc.) the more of a chance you will have to know when something 'just isn't quite right' so that you can seek veterinary attention." The information in this article is a compilation of symptoms listed by multiple GC members over time and is not meant to be a "complete" listing.


The following symptoms are illustrated for educational purposes.



drooping eyes and ears (My Pika is shown here while ill with Hind Leg Paralysis.) 




jaundice (yellowing of skin) (PixTrix' Deirdre is shown here with severe jaundice.) 




prolapsed bladder (bubble outside of cloaca) (gidgetmom's Happy is shown here with a prolapsed bladder caused by a severe UTI.) 




swollen cheek and/or eye (My Cricky is pictured here with an abscess caused by severe sinus infection.) 




eye discharge causing eyelid to be matted fully or partially closed 


development of a fistula (drainage wound) (My Cricky is shown here with both symptoms. Note that he was already in treatment for the aforementioned abscess when these symptoms occured.) 




any wound or raw-looking area (My Mareki is shown here with a puncture wound on her patagium.) 




opened suture site (My DaisyMae is shown here after pulling the stitches out after incurring a mating wound.) 




unusually angled joints (At left, my Pika is shown with her hind leg unusually angled at a 90 degree angle. At right, her left knee is at a natural angle. *Please note that Pika's eyes look "odd" due to blindness.) 




disjointed tail (with or without bruising and/or swelling present) (My Pika is shown - this is one of many symptoms incurred, in her case, due to Hind Leg Paralysis.) 




swollen finger and/or toe (My Pika is shown here with digits swollen due to Hind Leg Paralysis.) 




baldness caused by overgrooming (My Gizmo is pictured here shortly after he came to live with me.) 




baldness caused by poor diet (Dancing's Reepicheep is pictured here shortly after going to live with her.) 




Pouch is red, swollen and/or inverted (Daphne's Roxie is shown with a severe pouch infection exhibiting all 3 symptoms - photo courtesy of Glidrz5) 

Hygiene & Diet
GC's mimijo (Joy) recently rescued a pair of gliders from a home in which they were subjected to poor diet & lousy hygiene. To read their complete story, please check out A Health & Hygiene Success Story! on Glider Central...


This first picture is of Sport on his first day with mimijo...



Symptoms of his poor health included:

Thin, patchy fur 
Yellowed fur in areas that should have been white 
Underweight 
Scraggly tail 
Overgrooming on head 


Just three weeks later, after being switched to Bourbon's Modified Leadbeater's Mix (BML) with proper housing that included a larger, sanitary cage with toys for stimulation, Sport now looks like this:



It is stories like this that underscore the importance of proper care for your gliders...

If you feel your glider is sick, please seek immediate veterinary assistance. The information on this page and in the correlating articles is for general educational purposes and is not intended to replace proper vet care. Please do not try to self-diagnose or self-treat your glider.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed by Alieff Artwork