Saturday, April 28, 2012

Tawas Untuk Ketiak Putih =)

Salam,

Tawas Untuk Ketiak Putih =) Huhu...ramai yang tanya dan drop komen pasal tawas yang i guna tu kan ? Okay..meh saya jawab..







  • Tawas ni beli kat mana ? Tawas ni beli kat kedai jamu pun ada.. beli tawas kristal bentuk batu garam tu...kalau takde kat kedai jamu, boleh cari kat watson / guardian.  Bahagian deodorant.
  • Tawas ni bentuk dia camne ? Tawas ni rupa macam batu garam...selalunya berbentuk silinder...sekarang ni dah buat bentuk silinder sebab senang nak tenyeh kat ketiak.
  • Tawas ni mahal ke ? Berapa ringgit ? Tawas ni kalau korang beli kat kedai jamu tak mahal laa...dalam RM5.00-10.00 camtu..Tapi bila dah dikomersialkan kat watson..jadilah RM16.00 - RM30.00..sebab tawas ni banyak jenis dah keluar..kalau boleh belilah yang murah je sebab fungsi dia sama je =)
  • Tawas ni boleh putihkan ketiak ke ? Apa kebaikan tawas ni ? Kalau tanya i...i mengaku yang tawas ni memang boleh mencerahkan ketiak (more to men-normalkan warna kulit korang)...memang berbeza warna ketiak semasa pakai deodorant stick dulu...berbanding pakai tawas ni..dulu masa pakai deodorant , ketiak naik hitam..berdaki..bila bertukar pakai tawas..hahhh amik kauu..ketiak tak berdaki sebab yang kita tenyeh tu garam jer..pastu lama-lama warna kulit jadi normal balik =)
  • Tawas ni rasa camne ? Hahahah percaya tak i pernah jilat sikit tawas ni ? hahahahah Memang masin laa sebab garam kan ! =P 
  • Tawas ni bau wangi tak ? Boleh wangikan ketiak tak ? Tawas takde bauuuu...tak tak mempunyai bau. Bau dia natural je...hihi..ingat, apa apa product yang ada bau wangi..mesti ada bahan kimia kan ? so lebih baik pakai benda semulajadi...
  • Tawas boleh hilangkan bau ketiak yang tengik tak ? Huhu...gunalah tawas..insyaAllah bau tengik ketiak korang tu akan berkurangan..dan paling penting ketiak korang bernafas dengan baik sekali..tak tersekat hehe...macam saya, tawas berkesan dalam 12jam...lepas dari 12 jam, kalau saya masih lagi buat aktviti yang keluar peluh..saya akan apply balik tawas ni..
  • Tawas ni boleh tahan berapa lama pakai ? Setiap sekali pembelian tawas.. boleh digunapakai 1-2 tahun ! Haaa percaya tak ? I cuma beli tawas sekali je .. lepas tu long last sampai 2 tahun .. kalau ye pon i beli tawas baru..itupun sebab tawas tu jatuh dan pecah. huhuuuuuuuu...jimat kan !
  • Bagaimana nak gunakan tawas ni ? Lepas mandi ..pastikan ketiak korang basah dengan air.  Lepas tu terus apply tawas kat ketiak / atau celah mana yang korang nak yang berdaki daki tu..sapukan dalam 3-4 kali...lepas tu baru pakai baju =)
  • Kat mana nak simpan tawas ni ? Simpan tawas kat dalam bilik air pun leh..setiap kali lepas mandi..boleh terus pakai. Tak pun simpan kat bilik..tawas ni kene jaga sikit sebab kalau jatuh dan pecah.. camne korang nak tenyeh kat ketiak.
 
So stop laa guna deodorant yanga da kat pasaran tu k.. sebab deodorant tu akan buat ketiak korang lebih melekit..walaupun bau wangi..tapi ketiak korang akan berdaki dan hitammm..banyak chemical ..pakailah tawas =)


Mood : lepak...hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed by Alieff Artwork