WE ARE BLOGGERS UNITED

Sunday, July 14, 2013

(Gambar) Pergolakan Di Mesir, 2013



(Gambar) Pergolakan Di Mesir, 2013



Egypt
Country
Egypt, officially the Arab Republic of Egypt, is a transcontinental country spanning the northeast corner of Africa and southwest corner of Asia via a land bridge formed by the Sinai Peninsula. Wikipedia
Capital: Cairo
Dialing code: 20
Currency: Egyptian pound
Government: Provisional government
Continent: Africa
Official language: Modern Standard Arabic

 

Pergolakan Mesir: 16 Maut Di Universiti Kaherah

KAHERAH – Jumlah kematian akibat demonstrasi yang berlaku berdekatan dengan Univesiti Kaherah dilaporkan telah meningkat kepada 16 orang selain 200 yang lain mengalami kecederaan.
Perkara itu telah disahkan oleh jurucakap Kementerian Kesihatan negara tersebut. 

Universiti Kaherah
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ditubuhkan
pada
: 1908
Jenis: Awam
Presiden: Prof. Aly AbdelRahman Yosef
Kakitangan: 12,158
Siswazah: 200,000
Lokasi: Giza, Mesir
Kampus: Giza
Laman sesawang: www.cu.edu.eg/


Universiti Kaherah (Bahasa Arab: جامعة القاهرة) (dulu dikenali sebagai Universiti Mesir) merupakan sebuah institut pengajian tinggi yang terletak di Giza, Mesir. Universiti telah ditubuhkan pada 21 Disember 1908 sebagai satu hasil daripada usaha untuk menubuhkan satu pusat kebangsaan bagi pemikiran liberal. Kolej-kolej berasingan mendahului penubuhan universiti ini. Sebagai contoh, Muhammad Ali Pasha menubuhkan Kolej Kejuruteraan (Mohandes Khana مهندسخانة) sekitar 1820, yang kemudian ditutup oleh Mohamed Said Pasha sekitar 1850.


Demonstrasi: 16 Maut Di Universiti Kaherah




Selain itu, sumber dari pihak keselamatan berkata, penunjuk perasaan pro-Morsi mula bertindak ganas terhadap pasukan keselamatan sementara saksi yang berada di tempat kejadian menyatakan mereka terdengar beberapa bunyi das tembakan yang dilepaskan oleh kumpulan tersebut.

Menurut laporan AFP, demonstrasi yang bertujuan untuk menuntut Presiden Dr. Mohamed Morsi supaya meletak jawatan serta mahu pilihanraya umum dijalankan lebih awal mula bertukar ganas sejak Jumaat lalu di Kaherah apabila penunjuk perasaan mula bertindak menyerang pihak polis.

Demonstrasi tersebut dijalankan berdekatan dengan Dataran Tahrir, kawasan dimana jenis demonstrasi yang sama digunapakai untuk menjatuhkan Presiden Hosni Mubarak pada Febuari 2011 oleh pihak pembangkang.
 
 
 "Merampas" kuasa Presiden Dr Mohammed Morsi.
  
Jeneral Abdel Fattah al-Sisi
 
Akhbar di seluruh dunia melaporkan pihak tentera Mesir dengan sokongan ahli politik dan agamawan "merampas" kuasa Presiden Dr Mohammed Morsi.

Ketua angkatan tentera Mesir Jeneral Abdel Fattah al-Sisi mengeluarkan satu deklarasi menggantung Perlembagaan dan melantik Ketua Mahkamah Perlembagaan sebagai Ketua Interim negara.

Dalam siaran televisyen, Abdel Fateh diapit oleh pemimpin tentera, pihak berkuasa agama dan tokoh-tokoh politik mengisytiharkan penyingkiran Presiden Mohamed Morsi yang dilantik memegang jawatan itu pada 30 Jun 2012.

Pembantu Presiden memaklumkan Morsi telah dipindahkan ke suatu lokasi yang tidak didedahkan.

Susulan daripada perisytiharan itu, rakyat Mesir yang memenuhi Dataran Tahrir menyambut khabar itu dengan sorakan dan tembakan bunga api ke udara.



Morsi Tumbang, Kini dalam Tahanan Tentera
Mohamed Morsi
 
 
[SH] KAHERAH-MESIR. Tentera Mesir akhirnya menumbangkan Presiden Mohamed Morsi sekali gus mengumumkan pelan tindakan masa depan politik negara ini yang bakal dilaksanakan oleh sebuah jawatan kuasa perdamaian nasional.

Menurut anggota kanan Ikhwan Muslimin, Morsi kini berada di bawah tahanan tentera.

“Morsi dan pasukan presiden berada di di bawah tahanan rumah ketika ini,” kata anak kepada pembantu Morsi, Gehad El-Haddad.

Bapa Hadad, Essam El-Haddad, antara orang kanan Morsi ketika yang ketika ini turut berada dalam tahanan.

Ketua angkatan tentera mengeluarkan satu deklarasi petang semalam, menggantung perlembangaan dan melantik Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour, sebagai ketua interim negara.

Morsi melalui laman Facebooknya berkata, beliau menolak sekeras-kerasnya rampasan kuasa yang dibuat oleh pihak tentera ini.

Dalam siaran televisyen tempatan, pemimpin tentera dan tokoh politik, Abdel Fattah al-Sisi telah mengisytiharkan penyingkiran Morsi.

Penyokong Morsi yang berkumpul di pinggir bandar Kaherah sangat tidak puas hati dan penyingkiran pemimpin negara Mesir ini membangkitkan kemarahan mereka dengan pengumuman yang dibuat oleh tentera itu.
 


Rogol dan serangan seksual di sebalik bantahan di Mesir
06 Jul 2013
Sekumpulan wanita mengambil bahagian dalam protes di Dataran Tahrir, Kaherah. 

Sekumpulan wanita mengambil bahagian dalam protes di Dataran Tahrir, Kaherah.
KAHERAH – Lebih daripada 100 wanita telah dicabul dan dirogol oleh kumpulan perusuh antara 28 Jun dan 4 Julai dalam pergolakan di Mesir, menurut Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia.
Pada malam 28 Jun, seorang wartawan Belanda mendakwa dirogol oleh lima orang lelaki sebelum dibawa ke hospital.
Malangnya, ini bukanlah fenomena luar biasa bagi wanita di Mesir. Wartawan perang CBS, Lara Logan dirogol pada malam 11 Februari semasa dia membuat liputan revolusi Mesir pada 2011.
Gangguan seksual telah menjadi sebahagian kehidupan seharian di jalanan wanita Mesir dan mereka sering dipersalahkan oleh lelaki yang mengatakan mereka yang mengundang jenayah terbabit kerana gaya mereka berpakaian atau berjalan.


 
Para pengunjuk rasa Mesir memasang spanduk raksasa berwarna bendera kebangsaan Mesir di barikade kawat berduri yang dipasang di depan tentara anti huru-hara yang berjaga di depan pintu masuk istana Kepresidenan Mesir di Kairo, 25 Januari 2013.


Foto
SEKUMPULAN penduduk mengadakan kawalan keselamatan di sekitar kawasan perumahan mereka di Cairo 


Tentara menjaga ketat markas besar militer di Kairo (8/7). Ikhwanul Muslimin Mesir kembali menyerukan aksi protes, sehari pasca bentrokan militer-pendukung Morsi menewaskan 51 orang.



9,101 pelajar Malaysia selamat, tidak terlibat pergolakan di Mesir
Seramai 9,101 pelajar Malaysia selamat, tidak terlibat dalam pergolakan di mesir. 
 
Pelajar Malaysia di Mesir selamat, ibu bapa usah bimbang
Pergolakan di Mesir masih belum berakhir. Terbaru puluhan ribu penyokong Ikhwanul Muslimin turun ke jalanan mendesak agar pemimpin mereka Presiden Mohammed Mursi yang digulingkan tentera dibebaskan segera.
Pergolakan di Mesir masih belum berakhir. Terbaru puluhan ribu penyokong Ikhwanul Muslimin turun ke jalanan mendesak agar pemimpin mereka Presiden Mohammed Mursi yang digulingkan tentera dibebaskan segera.
 
Krisis di Mesir 2013 : Keadaan pelajar Malaysia dilaporkan selamat
keadaan pelajar malaysia di mesir krisis di mesir 2013 keadaan pelajar malaysia selamat 

Mesir


Semoga Allah sentiasa melindungi muslimin dan musimat disana dan juga pelajar pelajar malaysia yang ada disana....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed by Alieff Artwork