WE ARE BLOGGERS UNITED

Saturday, June 29, 2013

Jalan-jalan di Sik,Kedah.

Assalamualaikum..

Harini pagi pagi maen beskal, lepas main basikla terus duduk dapur tak keluar keluar. Sekarang ni tengah tunggu biskut siap masak sebenarnya. So sambil sambil tu tangan ringan je nak update benda yang dah basi :p

Gambar gambar ni diambil masa saya jalan jalan kat kampung kawan saya, Aqilah bulan lepas. Lokasi rumah dia kat Sik, Kedah. Inilah rumah kawan yang paling jauh saya penah datang. Siyesly..jauh gila. Walau jauh tapi hati tetap excited. (maklumlah nak lari dari hiruk pikuk KL)

Sebenarnya niat hati nak ke sana pun nak relek relk je. bukan nak jalan sangat. Penat tuan rumah layan saya..naik segan kawan saya sebab kat situ mmg takde tempat menarik sangat...tapi tak kesah la, Alhamdulillah, dapat jugak hirup udara segar kat Sik ni kan ? :)


Dapat la singgah isi petrol paling popular kat kedah tu, BuroqOil
dapat tengok hutan
tengok rusa,
tengok tasik pedu,
tengok ladang anggur
tengok ladang strawberry
pergi pasar malam sik
pergi pekan sik
makan kuey tiow thing
makan karipap inti anggur !
dapat minum air anggur fresh dari ladang anggur hahaha.
haha
paling best
tengah musim buah kuinin !
makan buah kuinin :)


Terima kasih sangat sangat aqilah and family sebab sudi bagi saya tumpang sekejap dan layan kerenah saya :) Hehehe..Alhamdulillah moga Allah sentiasa memberkati kita semua ye :)
















 

thaks to all. alhamdulillah.
jom, saya nak pi shah alam ni.. nak tengok anak buah baru lahir :) ni yang keempat !
love yall. muax.



Sugar Glider : Baby dalam kantung dan pelbagaikan makanan SG.

Assalamualaikum semua !

Sorry lately busy gila ! Sampai blog penuh dengan taik cicak :( huu..sedih. Takpe...kehidupan perlu diteruskan. Walau payah, walau jatuh, bangun dan teruskan usaha ye...=) smile even you dont feel like it.

Sebelum ni rasanya i ada cerita si ninja dan mumu tu beranak kan ? Hehe..ni update nye...ninja confirm beranak anak si boboi omputih tu..tapi tak sure laa dia boleh jaga ke tak anak dia tu...ninja suka jadi single..im soo worried if ninja eat her baby again.

While si mumu pulak, cam biasa, steady je...mesti beranak sepasang :) Tak sabar nak tunggu semua babies out of pouch / keluar dari kantung. Hehehe...

Sebenarnya kan, bukan taknak jual sugar glider ni..tapi setiap kali baby sugar glider keluar, diorang akan keluar dengan pattern dan gaya yang baru. Semuanya berbeza..dan buat sangkar tu lagi bertambah meriah pulak..hehe..







ok. asyik cerita pasal sugar glider je..kenalah cerita sal makanan diorang sikit. bagi korang semua idea :)

Saya dapat banyak sms tanya macam mana nak jaga sg ni dengan elok..macam mana kalau dia sakit..macam mana kalau nak gemuk kan sg...minta maaf mmg tak terdaya nak text balik...tapi meh laa saya share idea kat sini.. (nak ikut boleh, tak setuju takmau serang saya ok) :)

Makanan dan habitat - cer pk kalau korang jadi sugar glider kat dalam hutan...ada tak diorang makan process food ? takde kan..dorang makan fresh fruits and fresh insects or any small animals. diorang duduk kat pokok pokok. diorang terbang sana sini cari makanan. and they really hates to be on the ground. sentuh rumput pun diorang geli. 

so, bab makanan sugar glider ni taklah susah sangat sebenarnya. Kalau stok hpw hbs..takkanlah sugar glider boleh mati kot..bagi je la pelbagai buah dan sayur..dan serangga kecik bagi diorang makan..kalau jumpa kumbang ke lipas ke cicak ke..ko bagi je dia makan..dia takkan mati punya...because they really eat small animals tau. Even small birds also they can eat.


Grooming - dulu masa mula mula start bela sugar glider, yeah..saya mandi kan..saya potong kuku..potong misai...eh eh takde tak potong misai ok. pastu lama lama..malas ar.. tak buat dah tu semua..kuku original panjang dan tajam, bau badan dorang original..punya takde bau sabun. Hahaha...yela baru real ape ? pandai pandai laa dia mandi sendiri kot..semua nak ajar..kasi lepas kat hutan kang baru terkebil kebil menangis..cari makanan sendiri pun tak reti. ;p tapi grooming ni terpulang..tak salah untuk korang belajar sayang sg ni dengan membelai dia potong kuku dan mandikan dia tu :)



 tips : kalau sg tak suka makan, ajar dia makan ! hehehe..
misalnya kalau dia tak suka makan lobak putih. saya letak je tanpa buah buah lain..mesti dia makan punya...

lobak putih
labu
timun
papaya
buah pear
madu 
(kalau dia tak suka makan buah or sayur tu, saya letak madu sikit supaya selera dia naik)






 saje longgok nak tangkap gambar lepas tu mak bising : enaaaaa ape bersepah dapur mak ni ko lambak macam ni ???
aaaaaaaaaaaaaaa...ok ok kemas masuk dalam peti ais balik ! 

 psssssstt !! haritu kan, jantung hampir terkeluar dari badan sebab pagi subuh lepas main dengan sugar glider LUPA NAK TUTUP SANGKAR..lepas tu bila balik kerja baru perasan SANGKAR TERBUKAK !! Lepas tu saya check sekor sekor..nasib baik semua ada...huaa kalau tak dah menangis air mata cendol dah :( syukur diorang semua selamat tidur...

babai semua!!

2 Round 7 Kilometer !

Assalamualaikum semua !

Love love you all. Kita kena kurangkan benci dendam kesumat walaupun benda tu normal wujud dalam hati. Betul tak ? Tak payah nak hipokrit sangat lah. Tapi ingat la...kalau tak suka seseorang tu..janganlah benci pada orangnya..benci pada perangainya je la kan. Dan beringatlah, kita pun bukan perfect sangat. Apa apa pun, benda jahat sebesar zarah pun dicatat, begitu juga perkara perkara yang baik kita buat. 

oh harini kan. 

Kita jalan jalan naik basikal lipat neos7 kita ! hueww...cam biasa memang nak kasi peluh peluh sikit. Harini buat dua lap jer. Nanti esok esok kita kasi up beberapa lap lagi ikut kemampuan diri. Hahaha..2 lap pun nak kecoh. weee..

ok jom kita pi cek kat google berapa kilometer kita kayuh harini. puiiih ! (penat gila edit gambar map woi) blarghh...

ok, inilah gambar map ...saya buat dua kali pusing. so total around 7 kilometer laaa...

Seronot sangat sebab dapat keluarkan peluh woi. lepas ni nak target keluar sikit dari taman perumahan..heee..nak pergi lake kat bandar tunhussien on, tapi cam banyak kereta pulak lalu lalang kat situ..kang kena pakai astronout costume pulak sambil nek beskal..ish malu lak.

Papehal pun gambar beskal laa ape lagi! nama saya nurul. nama blog saya silampuneon. orang panggil saya neo or neon. basikal saya pun nama neos7 ! Hehehee..suka !

gambar peloh...peloh je ok !





lepas ni nak target muscle kat bahagian peha, bukan lagi lemak...hurm..takyah laa pi bazir duit g celebrity fitness...malu i..kikikiki..

holiaou ! harini rasa nak buat GINGERBREAD MAN...jom buat jom ! 
weeee...




Thursday, June 13, 2013

Klinik Kesihatan, Bandar Tun Razak.

Assalamualaikum.

Dari minggu akhir cuti sekolah lagi rasanya mood sakit ni datang. Tapi wat bodo je sebab takkan lah nak ambil MC bila sekolah mula nak buka kan. So tahan..relek je. Dua tiga hari makan panadol.

Semalam pulak escort budak sekolah pergi main bowling di Ampang Point. Hampir hilang suara masa balik tu. Balik balik je terus rasa biol kepala..Niat mmg nak ambil MC tapi bab bab pergi klinik laa paling saya malas sekali tau.

Asal g jumpa doc je terus sakit hilang. Asal jumpa doc je terus demam tak berapa nak panas. Terus suara jadi okay. Hehe..selalunya camtu lah.

Harini tak kira. Nak MC gak..gigih jugak keluar pukul 6.45pagi pergi klinik kesihatan bandar tun razak. Sampai kol 7.15pagi camtu.

Harap haraplah dapat MC dan ubat ubat yg sepatutnya..zaman sekarang kos dan ambil MC dan beli ubat pun tinggi gila..so mana yang boleh jimat..kita jimatkan okay..klinik kerajaan bayar RM1 jer sekali pendaftaran seumur hidup..lepas tu tak payar bayar dah..semua free..

Sekian..

Wassalam..





posted from Bloggeroid

Wednesday, June 05, 2013

Cara Buat Macaroni Cheese Bakar (Mudah)

Assalamualaikum warahmatullah :)


Woi buat lah macaroni bakar !
Woi buat lah macaroni bakar !
Woi buat lah macaroni bakar !
Bunyinya seperti gegak gempita kat gegendang telinga saya ni.
Kakak saya kemaruk sangat nak saya buat macaroni bakar.
Mentang mentanglah saya cuti sekolah ni..hiuuu..hiuuu...


So i pun search laa kat google. Mak aiii banyak gila resepi macaroni bakar,
lepas tu banyak mazhab pulak tu !
Ada yang kena letak telur, ada yang kena letak tepung.
Mana satu ni ? Belasah mana dan je la ye ~




Bahan Macaroni Cheese Bakar (Bahan A)
Macaroni 500g
(rebus dengan sedikit minyak dan tos, letak tepi dulu. boleh buat awal awal)


Bahan Sos Daging (Bahan B)

300gm ayam/daging kisar
2 sosej
3 filamen ketam
1 tin cendawan butang
1 tin prego
Mix vege sikit
Serbuk parsley sikit
Garam secukup rasa
Bawang besar 1, bawang puting 4 biji.


Cara buat Sos Daging : Tumis bawang sampai naik bau. Masukkan prego, sedikit air dan ayam kisar dan gaul sampai ayam masak. Masukkan semua bahan cendawang, sosej, filamen ketam, serbuk parsley, garam secukup rasa. Last sekali masukkan & gaul macaroni yang dah siap rebus tadi.


Bahan Sos Cheese (Bahan C)
250gm cheese philadelphia (cheddar pun boleh)
500ml susu segar
3 sb tepung gandung
4 sb butter
4 sb pepper (taknak pun takpe)



Cara buat Sos Cheese : Panaskan butter dalam periuk, masukkan 3 sudu tepung dan gaulkan hingga tidak  berketul. Masukkan cheese philadelphia kacau hingga likat, masukkan susu & pepper dan gaul hingga pekat. Dah siap semua lapiskan sos macam gambar dibawah : 

Nah siap lukis lagi...lapiskan macam gambar kat bawah ni =) hehe..



 segala cara nak buat saya dah terangkan kat atas, 
papehal tgk pada gambar ikut urutan kalau tak faham ya :)


sediakan bahan bahan seperti dibawah.

Cara buat Sos Daging

Cara buat Sos Cheese

Cara tuang atas loyang...
lapisan pertama - macaroni
lapisan kedua- sos cheese
selang selangkan dua bahan ni :)
lepas tu tabur serbuk cili ontop..tu saja je i tambah ;p
dah siap semua, masukkan dalam oven, bakar 180 degree selama 45 minit.




Gambar sebelum bakar...mula mula letak dalam loyang..tapi macaroni tak cukup kering so pindah letak dalam aluminium foil =) baru cantik..







selepas bakar...





 siapp !! =)



Nak hidang atas loyang / casserol pun boleh, (kebanyakkan kat wesite lain buat camtu)
Nak hidang atas aluminium foil cup pun boleh. Ikut suka hati.
Tapi pastikan loyang/casserol leper supaya macaroni cepat bakar. 
Kalau loyang tinggi, nanti isi macaroni lembik. tak jadi.

Sebenarnya pada mulanya saya mmg hidang dalam casserol, tapi sebab casserol tinggi sangat macaroni tak bakar sepenuhnya dalam oven. So saya pindah kat aluminium foil cup jer :) Heheh...


ok tu je. babai ! nak makan makaroni cheeseee hehe..



Doa Solat Dhuha & Terjemahan (UNIC)

Lirik Doa Solat Dhuha – Unic 

 




Jom Keluarkan Peluh...

Assalamualaikum selapat pagi dunia.


Alhamdulillah masih bernafas lagi hari ni ye.
Allah nak bagi peluang tengok muka mak ayah adik beradik, tengok awan, burung, makcik jual nasi lemak dan kucing dan juga taik kucing. (busuknye seisi taman cheras utama dengan taik kucing).


Syok wooo berpeliuh main basikal pagi pagi. Manusia ni kalau lama-lama tak exercise, sampai satu tahap dia akan jadi pemalas gila. Nak buat apa pun malas. (saya lah tu) hahaha.


Sebab tu la bila dah ada basikal ni, duk rajin rajin kan diri untuk exercise..
Ni pun sebab belum biasa lagi,tiap kali maen basikal je rasa nak pitam longlai. (saya ni lembik kan!!)
Its ok. Sekurang kurangnya 3 kali senaman setiap minggu. Cukuplah.
Sekurang kurangnya dalam seminggu tu jantung ada gak mengepam laju laju.


Tapi boring gak cycle sorang sorang.
Setakat ni pun round sorang dari area rumah jer, sampai ke kedai mamak hujung sana.
huhi
Sape kat sini ada beskal? Jom kita tour ramai ramai :) hehe..


ni nak tunjuk peluh ni! zoom la kalau tak caya !


Senaman kan ada banyak cara ?
Ada orang pergi gym untuk keep healthy.
Ada yang berjalan kaki pergi kerja.
Ada turun naik tangga setiap hari.
Ada yang naek beskal pergi kedai.


Korang yang mana satu tah ? :-)




Tuesday, June 04, 2013

Filem Melayu Sekarang =(

Assalamualaikum warahmatullah.


Fuhh tarik nafas dalam dalam. Hembus.
Semalam saya tengok satu filem melayu kat Astro.
Tajuk filem tu "Jiwa Taiko"
Cerita ni pasal sekumpulan budak budak liar yang duduk di kawasan terbiar.


Sebenarnya tak nak tengok filem ni, tapi sebab adik saya nak sangat tgk..terpaksa join sekali.
Saya paling anti betul cerita yang sal benda merapu contoh macam samseng,gangster,rempit,
Saya tak suka sangat tengok sebab banyak adegan yang 18sx sg.
budak budak zaman sekarang suka tgk filem camni.
Terkadang malu dengan budaya melayu yang dipertontonkan kat kaca tv :(


Dalam cerita jiwa taiko ni, hampir 70% adegan berciuman berpelukan..selebihnya keganasan.
Apekejadahnye tu. Yang melakonkan pulak melayu, islam.
Iyelah dah nama pun pelakon, mestilah berlakon bersungguh sungguh ye tak ?
Kalau disuruh peluk,cium,buatlah bersungguh sungguh ye tak.
agak agak kalau pelakon tu tgk balik filem tu tak rasa malu langsung ke ?


Sakit mata. sakit hati.
Macamana manusia camni boleh tergamak berlakon camni.
Director pun gila ke apa..tayang benda merapu camni kat TV.
Sampai jelik saya tengok pelakon hero heroin dalam cerita ni melekat lekit.


Sekarang dunia pun dah makin tua. dah banyak artis artis yang semakin insaf.
pakai tudung, berlakon pun nak pilih watak muslim dan muslimah.
tak kurang juga artis yang makin galak.
galak kejar populariti dan duit, semua watak main sapu.
bila dah tua sok baru nak malu, baru nak nyesal,
baru nak suruh TV tapis semua gambar dan filem zaman jahiliah.


hah, lagi satu cerita.
banyak banyak karier, kenapa nak sangat jadi artis ?
penyanyi,pelakon,model, public figure ? kenapa ?
dah takde benda lain boleh jadi ?
kan kerja kerja camtu terdedah dengan perkara yang tak elok..


hurm.
moga Allah bagi petunjuk dan hidayah pada kita semua,
agar tak terpesong dari jalanNya.













Cara Buat Chocolate Chip Cookies (Mudah) !

Assalamualaikum warahmatullah !

Pieww akhirnya siap sebalang cookies famous amos untuk hari ni. Hahahahahahahah.

Berpeluh peluh saya buat cookies ni tau ! Huarghhh..siap gak ! Sebenarnya saya geram sangat sebab belum dapat master dengan tepung + telur  + butter ni...kalau saya dah dapat tau lenggok adunan benda benda ni..mesti nak buat ape pun petik jari jer...

Sebenarnye nak buat roti / biksut/ cake/ senang je. Bahan lebih kurang sama je, cuma sukatan jer berbeza. So kalau dah pandai kenal barang, dah pandai sukat..kompem..nak buat roti ker biskot ke cake ke senang cam ABC jer...

huh..




Ok hari ni saya nak share cara nak buat cookies dengan cara mudah ! simple and easy bagi beginner yang cam saya ni hahaha.. 


Bahan
- 1 Kotak Butter cookie mix (brand Kijang)
- 200 gm butter
- 1 biji telur
- 1 packet chocolate chip

Cara Buat Chocolate Chip Cookies

Step 1
Sediakan oven dan panaskan ketuhar 190 degree

Step 2
Sediakan mixer
Masukkan satu pasket tepung butter cookie mix
Masukkan 200gm butter (saya buat 1 cawan penuh malas nak sukat)
Masukkan sebiji telur
Gaulkan.

Step 3
Masukkan chocolate chip sebanyak mana korang suka.
Gaulkan pakai tangan dan pastikan tepung dalam keadaan ready dan boleh dibentuk / dikepal macam biskut.

Step 4
Bentukkan biskut ikut suka hati. Nak bentuk apa pun.
(saya buat bentuk love dan bentuk bulat leper..gentel dan penyekkan pakai sudu/ garfu)

Step 5
Masukkan dalam oven 190 darjah dan biarkan 10-15 minit (saya buat 15 minit)

Siap !


haaaa sila tengok gambar kalau tak paham :) hehe..
ni laa dia butter cookie mix instant kononnya sempoi..tapi rupanya ada kekurangan sikit..sebab saya rasa kurang sesuatu..so saya (memandai) tambahkan sebiji telur dan beberapa sudu butter extra.


masukkan semua tepung dalam mixer dan gaulkan dengan bahan bahan yang saya sebut kat atas tadi...

dah siap tu baru gaulkan dengan chocolate chip..pakai tangan je..

 

Lepas tu gelek adunan biskut atas loyang dan bentukkan biskut...



lepas tuuu masukkan dalamoven tunggu 15 minit...taraaaaa da siapp !!


dah siap dah chocolate chip cookies saya ! boleh buat waktu raya nanti heheheh

antara resepi resepi shocolate chip cookies / cookies famous amos yang saya intai intai jugak..
http://impianhas.blogspot.com/2011/03/cara-membuat-chocolate-chip-cookies.html
http://www.myresipi.com/top/detail/5520
Ohya, lupa nak share pada semua ! hari ni kan saya discover satu benda yang best .. sebab kalau nak menyukat bahan tak perlu lagi guna penimbang..kita ada converter di website ni...http://www.traditionaloven.com/culinary-arts/cooking/butter/butter-multimenu.html
Contoh macam kat bawah ni..saya nak guna cawan je sukat butter..tapis aya tak tahu satu cawan berapa gram ? so saya click kat Us Cups of butter...lepas tu website akan convert into grams..so 1 cawan bersamaan dengan lebih kurang 226 gram laaa :)
Convert butter from a measure in :
sticks ( full stick ) of butter
double sticks ( 2x1 stick ) of butter
half sticks ( 1/2 stick ) of butter
US cups ( cup us ) of butter
Metric cups ( cup mtr. si ) of butter
Australian cups ( cup Au. ) of butter
grams ( g ) of butter
dekagrams ( dkg - dag - deka ) of butter
kilograms ( kg - kilo ) of butter
ounces ( oz ) of butter
fluid ounces ( fl-oz ) of butter
liters ( L ) of butter
milliliters ( ml ) of butter
pounds ( lb ) of butter
US quarts ( qt ) of butter
US dry quarts ( qt dry ) of butter
tablespoons ( tbsp ) of butter
teaspoons ( tsp ) of butter
- 100 gram portions ( 100g ) of butter
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed by Alieff Artwork